Thursday 6 February 2014

Isu Hangat JDT Dan T-Team

Selagi tak settle lagi isu JDT dengan T-Team ni selagi tu ade je cite-cite lain yang kuar. Tapi kite pon tak tahu pihak mana yang betul dan pihak mana yang salah atau serangan terhadap pemain import T-Team Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecerdasan T-team Stefano Impaguazzo di Stadium Larkin tempoh hari. Diharapkan pihak FAM dapat menyiasat isu ini dengan teliti.

Terbaru saya terbaca dilaman JDT FC - The Photoshooterz (FB) lain pulak ceritanya.

Pemain T-Team Muhammad Irfan Abdul Ghani mengesahkan tiada rakan sepasukannya mengalami pendarahan hidung seperti yang didakwa selepas insiden di terowong Stadium Larkin pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada insiden terbabit benar-benar berlaku atau sebaliknya. ...

Jelasnya, keadaan di bilik persalinan pasukannya sejurus tamat separuh masa pertama tidak kelihatan sebarang kecederaan kepada rakan dan juga jurulatih kecergasan pasukannya.

Menurutnya, hanya penolong jurulatih Azlan Johar yang mengarahkan pasukannya tidak meneruskan perlawanan di separuh masa kedua.

"Saya tampil untuk menyatakan kebenaran dan bersediakan untuk berhadapan dengan tindakan daripada T-Team," katanya.

Muhammad Ifran ditemui selepas tampil memberi keterangan mengenai insiden pergaduhan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, tengah hari tadi.

Sumber-Akbar tempatan

Insiden ini turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Siasatan berhubung insiden kekecohan perlawanan bola sepak di antara pasukan JDT dan T-Team akan dibuat secara profesional tanpa mengira individu yang berada di belakang kedua-dua pasukan berkenaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Saya rasa tidak perlu ragu-ragu dan kita akan telus dalam siasatan berkenaan, tidak kiralah pasukan dari mana dan siapa pun di belakang pasukan itu. Jangan risau, saya sendiri beri jaminan y...ang siasatan dijalankan secara telus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA antara T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor Baharu Sabtu lalu.

Khalid berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan daripada kedua-kedua pasukan berhubung insiden itu.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mula merakamkan percakapan kira-kira 15 orang bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.

"Pertengkaran biasa dalam sukan, ini bukan kali pertama pertembungan kuat dua kumpulan jadi saya menyeru kepada penyokong agar bersabar dan tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang.. biar kita jalankan siasatan terlebih dahulu.

"Serahkan kepada kita untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan, perlawanan piala liga perlu diteruskan dan kita tidak boleh mencacatkan pertandingan seterusnya," Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sumber : BERNAMA

Baiklah kite bagi mereka yang berkenaan menyiasat insiden terbabit dan buat sementara ini, peminat-peminat bola sepak tanah air diminta jangan membuat sebarang spekulasi. Dok diam-diam tengok drama kt TV je ok...hehehehe...

Terbaru:

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat JKPT Khas telah mengambil keputusan kemenangan diberikan kepada JDT 3-0.
Kemenangan 3-0 JDT diputuskan kerana mengambil kira T-Team meninggalkan perlawanan tanpa kebenaran.kes terowong tu di bawah bidang kuasa PDRM..harap maklum.



4 comments:

  1. saya bukan peminat bola takleh komen lelebih..hihi

    ReplyDelete
  2. tak pasal-pasal JDT menang 3-0 ya..macam-macamlah dia orang ni...ada krisis dalaman...

    ReplyDelete
  3. tunggang terbalik dah bola sepak malaysia neh....

    salam sis... follower baru di sini yaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear Naniey Jemiey....akak dh add kamu juge...

      Delete