Monday 30 September 2013

Isteri Mat Yo Tetap Disaman

Ni sambungan pasal isteri Mat Yo lah. Belom abis lagi citenya. Sekarang ni pihak majikan pak guard akan mengambil serius hal ini dan membawa kes ni ke mahkamah.

Walaupun isteri pemain bola sepak iaitu Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia, saman terhadap Siti Aisya Adam tetap diteruskan oleh Syarikat Keselamatan. Kes saman ni akan diuruskan oleh peguam syarikat untuk mempertahankan dan melindungi hak pekerjanya.

Saman itu diteruskan memandangkan Siti Aisya yang terlebih dahulu mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah dengan SMS berbunyi: stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ

Tulah bak kate pepatah, terlajak perahu boleh diundur,terlajak kate buruk padahnya. Lain kali jangan berlagak sangat sampai nak berlawyer-lawyer bagai, kan dah wak pulak yang kena saman.

Ape-ape pon kite tunggu jelah cite ape pulak yang keluar lepas ni. Sambung ke samannya atau nak selesaikan di luar mahkamah je.

Saturday 28 September 2013

Minyak Naik Lagi? Ye ke?

Panas dgn kharbar angin yang melanda beberapa hari lepas sehingga semalam di laman-laman Facebook dan sebagainya bahawa minyak RON95 akan naik harga lagi.

Apalagi semalam malam berpusu-pusu kete-kete ke stesen minyak, macam pesta kete pulak rasenye. Encik suami pun tak melepaskan peluang sertai sama dalam pesta isi minyak tu. Tapi terdetik gaklah kat hati ni, betul ke minyak naik harga lagi esok? Bukan baru je ke naik 20 sen. Teruklah ekonomi keluarge camni. Kalu minyak naik lagi, harga barang yang tak jadi nak naik hari tu mesti naik mendadak. Kena naik basikal lah gi keje macam ni.

Bile tengok hari ni harga minyak masih lagi sama. Tak naik pun. Buat penat je beratur panjang malam td nak isi minyak. Kelakar pulak rasa.

Bukan maksud saye tidak menyokong tindakan kerajaan untuk menurunkan subsidi yang ditanggung kerajaan dan menambah keuntungan negara. Tapi sebagai rakyat, bukan semuanya kita harus bersetuju dalam semua perkara yang melibatkan kos hidup rakyat yang akan meningkat. Terutama untuk mereka yang berpendapatan rendah. Sedangkan gaji pun setahun baru beberapa ringgit je yang naik. Bukannye beribu-ribu ringgit.

Negara kita ni sendiri adalah pengeluar minyak. Kenapa nak dinaikan? Dan janganlah dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara lain yang bukan pengeluar minyak, memang sudah tentu harga minyak mereka lebih tinggi dari kita.

Menteri-menteri pun janganlah dok mengiyakan saja. Cuba cadangankan elaun menteri-menteri dipotong ke atau ape-ape saje yang boleh membantu meringankan beban rakyat. Ialah menteri-menteri pon dapat jadi menteri sebab rakyat jugak. Kalau tak menang PRU lepas mana boleh jadi menteri macam sekarang ni kan.

Seperti slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" .

Friday 27 September 2013

Mat Yo Pasang Pengawal

Mat Yo bertindak memasang pengawal akibat susulan dari kontroversi isu pengawal keselamatan yang dimaki hamun dan ditendang oleh isteri beliau.

Diyakini bahawa Mat Yo memasang pengawal keselamatan semata-mata untuk mengelak dirinya dari ditemubual oleh pihak media dan tindakan itu dilakukan sebaik saja penyerang JDT itu tamat sesi latihan di Padang Seri Gelam sempena persediaan suku akhir Piala Malaysia.

Mungkin dia terdesak agaknye, yelah disebabkan kontroversi tu mesti pihak media berlumba-lumba untuk menemuramah beliau kan. Apa-ape pun diharap kontroversi ni tak lama dan tidak menjejaskan prestasi beliau untuk meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak yang disegani.

Pesan saye, tangani lah masalah dengan rasional bukan dengan emosi.

Thursday 26 September 2013

Isteri Pemain Bola Kurang Ajar

Kecoh sane sini dengan cerita tentang isteri seorang pemain bola ni yang dianggap kurang ajar. Tak payah sebut pon korang dah tau kan sape yang dimaksudkan. Video tentang kekasaran yang dilakukan pada pak guard tu pon dah tersebar meluas kat laman sesawang ni.

Pada saye tak menjadi suatu hal besar pon kalu si isteri ni tadi ikut arahan pak guard tu supaye beredar dan parking di tempat yang sepatutnye. .Dah memang tak boleh nak park kete kat situ, yang nak di argue lagi tu kenape. Kalau dah tau kaye, park lah kete tu kat valet parking, RM 10 je kot. Pak guard tu pon bukannye cakap dengan kasar, cakap baik2 je rase nye. Tapi kalu dh si isteri ni dah sampai memaki hamun dan tendang pak guard sape yang tak melenting beb. Kalu kite pon ilang sabar dengan pompuan yang lancang sangat mulutnye. Kalu sayelah, dah kena menampar free dah pompuan tu.

Kat surat khabar hari ni pon pihak majikan pak guard ni pon mempertahankan tindakan yang dibuat oleh pak guard tu sebab mengikut SOP yang telah ditetapkan. Rakaman CCTV pulak memang menunjukan si isteri ni yang melampau. Kerana si isteri yang berlagak yang macam nilah, si suami pon kena tempias. Bukan tu je, pasukan si suami pon turut mendapat tempiasnye. Pada saye,Si suami ni pon bukannye banyak membantu sangat pasukan sekarang ni. Asyik kalah je pasukan ni adalah. Bile kalah tak puas hati baling pingat adelah. Ntah pape ntah perangai.

Pada si isteri ni beringatlah sket, kaye tu sekejap je. Ingat mase mati nanti kain kapan tu same je dgn kain kapan orang lain, bukannye kain kapan awak tu balut dengan duit awak. Duit yang banyak tu pon bukan boleh bawak masok kubur pon. Kalau tuhan tu nak tarik balik nikmat yang miliki tu sekelip mate je tau. Mase tu jgn pulak nak terhegeh-hegeh masok TV bagai nak mintak simpati pulak kat orang. Si suami pon kenalah didik isteri awak ni sebaik mungkin.

Yang penting tak kirelah tua,mude,kaye, miskin, kite yang sama2 hidup menumpang kat muka bumi ni kenalah saling hormat-menghormati antara satu sama lain.Budi bahasa kena jage, kalau dah memang kite ni salah, apelah salahnye ringan kan mulut mengucap perkataan maaf. Bukan susah sangat pon kan. Harap perkara macam ni tak berlaku lagi dan dapat diselesaikan dengan baik.

Wednesday 25 September 2013

Tambang Bas Sekolah

Nak cite sketlah pasal tambang bas sekolah ni. Kat area sumah saye ni tmabang bas sekolah RM 40 pegi balik. Itu saye tak kisah lah sgt, sebab itu memang tambang yg di tetapkan lah oleh Persatuan Bas Sekolah. Tambahan pulak dorang tu memang ade permit/lesen untuk bas sekolah.

Yang menjadi persoalannya ialah van atau kete-kete persendirian yang turut mengambil peluang semacam mane bas-bas sekolah yang ade permit/lesen bas sekolah ni.

Anak saye pernah naik van/bas sekolah dan nak jadikan cite tangan dia tersepit kt pintu van sebab budak yang dok kt tepi pintu ni tak sabar2 nak balik gaknye,gilah tutup pintu tu. ape lagi Melalak lah kawan tu, kesian tgk tangan dia terketar-ketar dan lebam biru sebab tersepit. Sampai dia tu traumalah tak nak naik van tu lagi. Yang tuan punye van pon tak berape nak pantau sgt sebab kejarkan trip lagi satu kan. Tapi respect gaklah yang tuan punye van sekolah tu sebab dtg umah mintak maaf. Tak cukup dgn mintak maaf, siap bagi goreng pisang lagi uollss.

Lagi satu keburukan kalu naik bas sekolah/van sekolah tu kadang2 anak saye lambat sampai ke rumah. Mane tak lambat kalu dah dok pusing2 satu kawasan hantar budak2 yang jauh dulu, umah saye yang dekat ni hantar yang last skali. Bengang gaklah kejap. Pastu terkejar-kejar nak mandi, makan, pastu gi ngajilah. kalu Selase & Jumaat pulak lepas ngaji nak gi kumon lah. Kesian budak tu. So disebabkan dia dah tak nak naik van sekolah tu saye decide naik kan dia dgn kete persendirian je. Budak pon tak ramai, muat2 kete Exora lah. Cepat pon cepat sampai umah. Ade gak lah time dia nak mandi, makan sebelum gi ngaji ke, gi kumon ke.

Masalahnye yang saye nak bangkitkan ialah tambang yang dikenankan. Same pulak macam bas/van sekolah yang ade permit/lesen. Kite ni ingatkan kalu dh awak tu takde permit/lesen sah dari Persatuan Bas Sekolah tak lah charge mahal sgt, org kate adelah murah sket mungkin dalam RM 35 ke bolehlah consider lg. Tapi ni tak, bile saye tanye si polan ni, harge tetap RM 40. Nak wat camne, bayar jelah kan. Asalkan sampai umah cepat dan dia pon selesa. Tapi saye tetaplah tak puas hati pasal harga tambang yang dikenakan tu.

Ape pulak pendapat korang?

Monday 23 September 2013

Sarapan Pagi Dengan Pancake

Hari Ahad (22/09/2013, hati berhujung minggu.Kadang2 tak tau ape nak hidangkan tok sarapan pagi kan? Nak saparan di luar macam tak berbaloi plak rasenye. Jadi saye pon masuk dapor godek2 tgh ape yg boleh saye hidangkan pada encik suami dan anak2 utk sarapan pagi.

Godek punye godek adelah balance tepung naik sendiri dgn susu kotak dutclady full cream dlm peti ais. Wah bolehlah buat pancake pagi2 ni. Senang dan ringkas. Kalu nak ikot resepi asal pakai tepung gandum dan baking powder. Tp saye kebetulan ade tepung naik sendiri so baik saye gunakan..hehehe...bijak tak? Gile tak bijak..x yah campur baking powder dah...dh jimat satu step kan... ok resepinye seperti ini ye.

Bahan-Bahan
1 cawan tepung gandum (saye pkai tepung naik sendiri)
1 sk baking powder (saye x letak sbb dlm tepung naik sendiri dh ade)
1 cawan susu (susu ducthlady kotak tu)
1 biji telur
2 sudu besar gula

Cara-Cara
1. Asingkan telur kuning dan putih
2. Putih telur dipukul hingga kembang dan ketepikan (saye pkai garfu je)
3. Dalam bekas lain masok kan tepung gandum dan baking powder. Kacau
    rata.
4. masok kan susu, kuning telur dan gula pada tepung td kan kacau sebati.
5. Tapiskan adunan supaya tepung x berketul- ketul dan halus.
6. Boleh lah sendukan adunan td dlm non-stick pan.
7. Bile dh mengembung- gelembung balik kan pancake td supaye masak lg    sebelah.
8. Ulangi smpai adunan abis. Siap utk dimakan.

Pancake ni sedap dimakan dgn coklat, jem atau madu. Nyum2...selamat mencube.

Saturday 21 September 2013

SUBARU WRX STI & EVO X

Hari nak cite plak pasal kete. Amboi reti ke org pompuan cite pasal kete? Sebenarnye tak tau pon tp ade lah 2 member lelaki kt opis ni yg dok cite pasal kete ni. Yg sorang cakap Subaru bestlah, yg sorang ckp Mitsubishi EVO X lg powerlah. Saye yg dengar ni pon pening. Eh lantak korang lah kan. Tp saye tgk2 gaklah dlm encik google ni. Ape yang yg menarik tentang Subaru dan EVO X ni. So saye sediakan sket info di bawah tuk tatapan korang jugak. Eh yelah tp mane tau encik suami pon nak belikan satu utk saye bawak g keje (hehehe berangan sungguh).

Model sedan Lancer Evolution X menampilkan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo, 4 sebaris. Kuasa dan tork adalah bergantung kepada pasaran tetapi kesemuanya menghasilkan sekurang-kurangnya 280 PS (276 hp, 206 kW) bagi spesifikasi Jepun; spesifikasi Malaysia pula menghasilkan 295 PS (217 kW) @ 6,500 rpm.

Versi yang dijual di Malaysia menggunakan kotak gear klac berkembar 6 kelajuan serba baru bagi menggantikan transmisi manual 6 kelajuan pada Evolution IX. Didatangkan dengan engine 2.5 litre turbocharged, DOHC 16 Valve sekaligus memberi kepuasan kepada peminat Subaru. Bukan itu sahaja, susunan dalaman yang kemas dan juga mewah mampu mengujakan sesiapa sahaja. Harga on-the-road Impreza WRX STI ini di Malaysia adalah sekitar RM 277, 619.20.

Antara spesifikasi yang datang bersama Subaru Impreza terbaru ini ialah :

• 305-hp tubocharged 2.5 litre 4-cylinder SUBARU BOXER engine
• 6 kelajuan manual
• Sistem Brek Brembo
• 18 inci BBS aluminum-alloy wheel

Bagi Subaru WRX STI pulak, pada saye reka bentuk takde lah menarik sgt tp mungkin Subaru ni terkenal dgn kereta rally. So sedikit info saye kongsikan.

Kuasa WRX STI dijana oleh enjin petrol Boxer 2.5 liter DOHC dengan pengecas turbo yang kemudiannya disalurkan kepada sistem pacuan empat roda simetri (Symmetrical AWD).


Anda boleh memilih sama ada transmisi manual atau automatik. Kedua-duanya menawarkan kombinasi kestabilan pengendalian dan pecutan responsif.

Bampar itu turut membantu menyalurkan udara ke bahagian enjin dan intercooler turbo. Fungsi sama turut dimainkan oleh scoop yang ada di atas hud enjin.Pelindung tayar jentera tersebut dilengkapi sil bagi membantu kemasukan udara serta menarik keluar haba panas dari kawasan enjin dan sistem brek.

Spoiler dan peresap belakang melengkapkan proses pengaliran udara. Kesemua komponen itu membantu faktor aerodinamik (downforce) ketika jentera dipandu pada kelajuan tinggi.

Amacam? Tepuk dada tanye selera, tak pon tepuk kocek tanye duit cukup byk ke nak beli kete-kete ni. Harge nye kalau tak silap saye untuk EVO X tu dalam RM 290,000.00 ke RM 330,000. Tapi bagi Subaru WRX STI agak murak sket lah dalam RM 249,000.00 atas jalan.

Ntah nape lah pulak saye tak dpt nak upload gambar2 kete ni. Korang rajin2kan diri cari kt encik google lah ye. So for next entry nnti saye kongsikan lagi ape2 lg cite yg menarik kt korang. Selamat berhujung minggu!!!

Thursday 19 September 2013

Tentang Nama

Hi semua!Ini adalah blog pertama saya.utk first entry ni saye nak kongsikan tentang nama "MARUZEN".

Nape nk kongsi?Bagus soalan korang tu.Sebab itu name unik yg telah diberikan kedua org tua sayelah.Gile tak unik,ntah2 kt Malaysia ni saye sorang je ade name tu (perasan jap)hehehe.

Okey camni citenye,lepas saye lahir mak dgn abah x tau lg nk bg name apelah kt saye ni.Cume yg memang pasti "WAN" mesti ade di pangkal name sbb abah ni keterunan "WAN" kt pangkal name dia.So pada satu hari tu abah antar andak (makcik saye) ke tempat keje and dia ternampak lah satu name yg teramat berkenan di hati abah.Dgn tanpe berlengah abah pon daftar le name yg dia berkenan sgt tu.Mak pon setuju jelah kan.Yelah unik katenye lg pon konon2 leh jd name gabongan name dorang lah sbb name mak Maria, name abah Wan Husain, anak pompuan sorang ni dia letaklah name yg dia berkenan sgt tu jd WAN MARUZEN (saye lah tu).

Tp kawan2,korang mesti gelak sakan kalu tau dr mane name tu abah dpt.Saye mase mule2 dpt tau pon tergelak gaklah.Kalu korang nk tau name tu terpampang kt Punch Card tempat keje andak saye tu. Name brand punch card tulah. Korang jgn gelak2 ye....Brand MARUZEN ni ade kedai lampu tau kt Ampang dgn PJ..brg lektrik pon ade tau...So saye kene berbagge lah gak ye tak??? (bangge lah sgt).Tp kt umah lain lah panggilan ye kawan2. Okey, smpai sini dululah entry saye ni.

For next entry saye akan kongsikan tentang ape saje yg ingin saye kongsikan pd korang.harap2 korang followlah ye.