Monday, 4 November 2013

Salasilah Dan Keturunan

Setiap orang pasti ada aalasilah keturunan atau generasi masing-masing kan. Maksudnya macam Salasilah keturunan atau generasi Tok Janggut, Mahsuri, Lebai Salleh dan bermacam-macam lagi. Dan korang pule dari keturunan atau generasi ape? Jom kite kongsi, seronok gak kalau bace salasilah atau keturunan orang lain pulak.

Saye nak kongsikan tentang keturunan dari belah abah. Mak tak yah cite sebab mak saye cina of course datang naik tongkang...hehehe..Saye dan adik beradik lain ada nama WAN dipangkal nama masing-masing sebab ikot abah dan kami memang berasal dari Johor. Hah..ade gak tang tak percaye sebab dorang ingatkan kitaorang ni dari belah Kelantan ke Terengganu ke. Inilah yang saye cite dan kongsikan.

Okey, dari kecik memang abah selalu cite pasal nenek moyang dia terutama yang meneroka Pontian, Johor suatu ketika dulu. Tapi kami ni adik beradik macam tak amik port sangatlah dan cume tau ohh memang kite ni dari Johorlah. Pada tahun 2011, abah dan adik bongsu saye dapat jemputan ke perjumpaan Persatuan Waris Temenggong Muar Johor.


Kad Keahlian Persatuan Zuriat Waris Temenggong Muar Johor.

Dari situ abah cube mengesahkan keturunan dari belah abah dan didapati abah adalah generasi keempat kalau tak silap saye dari keturunan Temenggong Muar Johor dan dari susur jalur Engku Ibrahim (Wan Hitam). Jadi untuk meneruskan generasi dan salasilah keturunan itu..kami semua telah berdaftar dengan Persatuan Waris Temenggong Muar(PEWARIS) Johor Darul Ta'zim. Siapa Temenggong Muar Johor ini?

Kalau nak cerita tentang salasilah ni memang panjang dan dipendekan cite Raja Temenggung Muar ialah pemerintah wilayah Muar yang berada di bawah kekuasaan Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Raja Temenggung Muar telah diberikan autonomi oleh Sultan Johor dalam menjalankan roda pemerintahan Muar.

Muar adalah anugerah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Shah kepada Dato' Pasir Diraja atau nama sebenarnya Sayyid Jaafar sebagai hadiah maskahwin kerana Sultan Ibrahim mengahwini adinda Dato' Pasir Diraja Sayyid Jaafar yang bergelar Marhum Bakal yang kelak melahirkan Sultan Mahmud Shah II atau Marhum Mangkat Dijulang. Keturunan beliau terus memerintah Muar sehingga zaman pemerintahan Maharaja (Sultan) Abu Bakar.

Muar telah diserahkan oleh waris-waris Sultan Ali Iskandar, Yang Dipertuan Kesang kepada Temenggung Johor yang disokong oleh British pada 1877. Pada tahun 1879, waris-waris Raja Temenggung Muar bersetuju untuk menyerahkan kuasa pemerintahan di Muar kepada Maharaja Abu Bakar (kemudian Sultan) dengan syarat mereka diberi pencen selama-lamanya. Keturunan Temenggung Muar masih menerima pencen sehingga hari ini.






10 comments:

  1. wah hebatnya keturunan. saya kalau nak cerita keturunan ni memang 3 hari tak habis kak. lebih kurang gak jalan cerita mcm kak wan ni hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak abis kalu nak cite kan...cume kite taulah dari mane salasilah keluarga kite..ye tak..hehehe

      Delete
  2. silap ada kad lagi ye? hm.. licha keturunan melayu, ayah banjar ..
    :)

    ReplyDelete
  3. Kalau dah mula cerita fasal keturunan, macam-macam nama yang akan muncul kembali. Panjang berjela-jela. Kadang-kadang tak kenal pun siapa nama yang disebutkan.

    Yang penting, keturunan kita, sejarah diri kita.
    Hargai dan pertahankan.

    ReplyDelete
  4. Patutlah Cik Wan santek..ade darah2 kerabat gitu...
    Ingatkan asal Kelantan or Kedah mcm hubby saye..

    ReplyDelete
  5. Ooo..kita pun ingatkan Wan dari terngganu or kelanta.. rupa nya johor..seronokkan bila tengok balik salur galur ni..yang best tu siap ada kad lagi ya..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... saya dari Persatuan Zuriat Engku Pduka Tuan & Engku Muda Tanjung, Waris Temenggong Muar/Segamat, Johor. Jalur nasab ayahanda sebelah bapa adalah Temenggong Muar manakala bonda sebelah bapa pula adalah dari Yang Dipertuan Besar Rembau (Raja Asil)

    boleh hubungi saya di 013-789 2662

    ReplyDelete
  7. berpa pencen sebulan, dan siapa penerimanya

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum WBT, boleh tahu tak di mana makamnya Engku Abdullah bin Engku Ismail..?

    ReplyDelete