Wednesday, 5 February 2014

Tanda-tanda Demam Denggi

Sekarang tengah rancak kat kawasan-kawasan perumahan buat gotong-royong membersihkan kawasan rumah. Bukannya ape, pasal kes demam denggilah. Kat hospital tempat saya bekerja ni pon banyak kes demam denggi. Jadi ayuh kite ketahui punca-punca dan cara untuk menghapuskan nyamuk Aedes punca demam denggi ni. Fuhhyooo...macam pegawai perubatan pulak rasenye...hehehe....okey serius sket....

Demam denggi ini disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina (vektor).

Ianya terbahagi dua iaitu:
  1. Demam denggi biasa (DD)
  2. Demam denggi berdarah atau Sindrom renjtan denggi (DDB/SRD)

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI
  • Demam panas yang teruk secara berterusan.
  • Terdapat bintik-bintik merah pada kulit.
  • Sakit-sakit pada otot-otot, sendi-sendi, tulang, biji mata dan kepala.
  • Pesakit demam denggi memerlukan pengawasan kerana kadang kala mereka turut mengalami pendarahan di hidung dan gusi serta kencing berdarah. (pesakit demam denggi biasa perlu diawasi agar tidak berubah kepada demam denggi berdarah)
DEMAM DENGGI BERDARAH

  • Pendarahan, demam panas, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.
  • Muntah-muntah, sakit kepala dan sakit perut.
  • Tanda-tanda pendarahan ialah kelebaman di kulit, hidung berdarah, gusi berdarah, petekia dan pemeriksaan darah menunjukan berlaku trombositopenia dan peningkatan aras hematokrit.
  • Jika pesakit kelihatan semakin parah dan menunjukan gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti kulit yang lembap dan dingin, bibir lebam kebiruan, denyutan nadi yang lemah dan hipotensi menandakan berlakunya sindrom renjatan denggi (SRD).

Kepada sesiapa yang terdapat tanda-tanda seperti diatas, sila cepat berjumpa doktor. Next entry saye syerkan macam mana kite nak kenali nyamuk Aedes dan cara pencegahan pulak. Take care uollssss.....

6 comments:

  1. Alhamdulillah so far dilindungi..tapi memang ramai yang pernah terkena kan..sekarang ni even worse..angka dia meningkat quite besar...

    ReplyDelete
  2. bahaya demam denggi berdarah tu boleh bawak maut..apepun jaga kebersihan persekitaran.

    ReplyDelete
  3. Under roof get the best convection microwave oven in India under 10000 for your kitchen and
    start cooking. best microwave convection oven

    ReplyDelete