Selamat sejahtera....amboi terasa macam cikgu pulok...hahaha..Kalau orang pompuan rambut ni diibaratkan seperti mahkota. Jadi penjagaan terhadap rambut pon mesti di titikberatkan jugak walaupun bertudung Yang lelaki jugak sama kan? Ok , saya dengan rasa bangganya (hahaha...banggalah sgt) nak kongsikan petua yang ade kaitan dengan rambut. Korang bolehlah try ye.
Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung (kangkung dah murah kan..hehehe..) dan dibersihkan. Kemudian masukan ke dalam bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemuadian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu dan lihatlah hasilnya selepas itu.
Dah lembut mesti nak lebat pulak ye tak. Macam-macamlah korang ni..hehehe...yelah.. yelah.. saya kongsikan jugak petua untuk melebatkan rambut demi korang.
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunya raya yang bersih (daun bunga raya je tau, jgn pandai-pandai amik daun pokok mangga pulak), ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campukan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut. Amalkan dua kali seminggu.
Nak lagi...lemaknya korang ni ye...takpe saya bagi lagi satu petua. Kali ni petua mengelak rambut gugur. Saya pon tengah mencuba gak ni.
Mengelak Rambut gugur
Ambil beberapa helai daun bunya raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Lumurkan di kepala dan perap seketika (dh macam nak perap ayam pulak). Kemudian bilas dengan air bersih.
Selamat mencuba!
boleh guna pakai nanti nie :)
ReplyDeleteCik nak cuba poetua untuk rambut gugur tu..memandangkan rambut cik ne "rajin" sangat gugur..huhuhu
ReplyDeletesame lah kite cik puan...
DeleteKangkung dah mahal balik dah Wan..! kejap jer murah nyer... :D
ReplyDeleteAda petua nak elak rambut jadi putih tak?? ;)
hahaha....kt tepi parit berlambak cik idah. Eh rambut putih tu menawan tau..tak payah susah2 nk colorkan...hahaha
Deleteoooo..dgn kangkung blh erk..baru tahu
ReplyDeleteyg lidah buaya n bunga ry tu pernah buat masa kecik dulu
nak berperang dgn itik berebut kangkung...
trylah...mana tau berkesan..
Deleteyang bunga raya tu pernah dengar cuma tak pernah cuba..
ReplyDeletetips yg bagus dan menjimatkan.. hihi
jimat duit dik Licha...hahahaha
DeleteKita pernah guna bunga raya..Rasanya macam ok..tapi sekarang bunga raya pun susah nak jumpa..ke dah tak ada..he..he
ReplyDeletekat kampung ade lah lg jumpe bunga raya ni...kt bandar memanglah susah nk jumpe
DeleteTips yg bagus ni.. t kasih atas perkongsian ye.. :)
ReplyDeleteguna kangkung ye baru tahu...boleh cuba ni.
ReplyDeleteperkongsian yg baik.. rambut saya pun x beberapa nk lebat sangat. bunga raya banyak kat rumah. boleh la try.. hehehe
ReplyDeletekena pada tempatnya..mmg tgah cari tips ni sbb rambut saya pun makin nipis sbb gugur byk sgt.. :)
ReplyDeleteRambut HD pun bnyk yg gugur bila lepas confiment dulu... Try pakai lidah buaya terasa cam lekit lekit je.. ngeeee..anyway jemput follow blog HD :)
ReplyDelete