Saturday, 19 October 2013

Auchh...Sakit Belakang

 

Salam Sabtu...eh ade ke salam Sabtu...hehehe...salam berhujung minggu semua. Hari ni nak kongsikan entry pasal sakit belakanglah pulak. Sebab ape? Sebab saye ade kawan iaitu Kak Z yg mengalami sakit belakang yang kronik smpai jalan pon dah tak boleh..kadang2 tu sampai memapah-mapah nak berjalan..pernah gak satu hari tu dia kesakitan sangat sampai ambulans datang amik kt opis bawak gi spital. Kesian kak Z.

Nak dijadikan cerite kak Z ni pon jumpe specialist...setelah menjalani beberape ujian seperti X-ray dan MRI..akhirnye doc tu memberi kata putus untuk melakukan pembedahan tulang belakang..tapi solution yang diberikan adalah dengan memasukkan Silicone di tulang belakang Kak Z. Kak Z dah pon berbincang dengan ahli keluarge lain dan mereka sepakat untuk memberikan sokongan pada Kak Z ni untuk menjalani penbedahan. Saye hanye boleh mendoakan semoge pembedahan berjalan lancar dan Kak Z dapat menjalani kehidupan yang normal semule..saye harap korang pon mendoakan same..

Ok..mari saye sharekan Punca-Punca Sakit Belakang untuk pengetahuan korang dan untuk saye jugak..

Apa Yang Menyebabkan Sakit Belakang

  • Ketegangan Belakang
Merupakan Sebaba yang plaing umum bagi sakit belakang. Tekanan yang abnormal, samaada secara mendadak atau secara sedikit-sedikit, boleh menegangkan atau merosakkan otot, ligamen atau sendi spina. Seliuhan belakang mungkin akibat sentakan yang tidak disangka, misalnya jatuh, atau mengangkat sesuatu dengan cara yang tidak betul. Postur yang bruk atau otot yang lemah juga boleh menyebabkan sakit belakang kronik.

  • Kemerosotan Cakera
Kemerosotan aur cakera menjadikan rata dan berbonjol. Cakera yang berbonjol akan meletakan keteganganke ligament atau saraf sekeliling dan menyebabkan kesakitan.


  • Artritis
Sama seperti sendi-sendi lain dalam badan, sendi faset spina boleh menyebabkan osteoartritis. Mungkin terdapat kemeerosotan di dalam sendidan pertumbuhan tulang ataji (osteophytes)di sisi vertebra. Ianya boleh dikaitan dengan kemerosotan cakera.
  • Siatika
Saraf siatika bermula dari bahagian bawah belakangmelintang ke punggungdan turun ke bawah di belakang bahagian kaki. Saraf-saraf ini boleh menjadi radangdisebabkan oleh cakera yang bonjol atau faset yang radang serta kesakitam boleh berlaku di bahagian laluan mereka.
  • Osteoporosis
Kehilangan kalsium dari tulang-tulang spina yang mungkin mengakibatkan keruntuhan sebahagiandaripada vertebra.
  • Tekanan Emosi
Ketegangan otot yang berlanjutan akan mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan tekanan luar biasa keatas spina. Sakit belakang yang bertambahboleh dikaitkan dengan waktu-waktu tekanan.

Sakit Belakang Boleh Dicegah Dan Dikawal
  • Sentiasa peka cara anda menggunakan belakang badan anda.
  • Perbaiki postur andadan cara anda bergerak apabila duduk, berdiri, berkerja.
  • Masukan senaman yang tetap sebahagian daripada gaya hidup anda.
  • kurangkan amaun tekanan di dalam hidup anda.
  • Sentiasa tegakkan belakang badan anda.
  • Bercangkung atau melutut bekerja diparas yang rendah.
  • Angkat objek dengan kedua tangan hampir kepada tubuh, elakan membawa objek pada sebelah badan sahaja,  jika boleh.
  • Aturkan ruang kerja supaya perkakas dapat dicapai untuk mengelakkan banyak membongkok dan perengangan. 




8 comments:

  1. kurang calcium dgn posture xbetul pun salah satu punca sakit belakang ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah
      BUKA PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL

      Delete
  2. salam ukhwah kak, tulah sakit pinggan nie kite tk leh ambik ringgan kan....tq utk info2 tuu kak, kak meh lah dtg blog sy pula, komen kat sane dan jgn luperr folow....salam ukhwah dari sy

    ReplyDelete
  3. Hayat ( fruityicemaker,com )4:45 pm, October 19, 2013

    Boleh dpt MC kan,,,hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau di pejabat...setiap sentengah jam perlu bangun n jalan-jalan...untuk neutral kan postur badan..:) nak angkat brg..

    ReplyDelete
  5. Kalau dah sakit badan, mesti rasa stress je. Nak buat apa tak boleh. Hehe

    ReplyDelete
  6. Hmm..kadang2 sakit belakang punca dari tempat bekerja..Mungkin kita selalu angkat berat, kerja duduk ngadap PC 5 jam tak bangun2 dr kerusi..Kalau dah sakit belakang, susah nak kerja.Treatment cost pun tnggi..So sila amalkan tips di atas ye kengkawan..hehe.. Nway thanx for the info..

    ReplyDelete
  7. Thanks wan for info..kadang-kadang mengadap komputer lama-lama pun boleh sakit...

    ReplyDelete