Wednesday, 23 October 2013

Kenapa Susah Tidur Waktu Malam




Sesetengah orang pasti ade yang merasa susah untuk tido di malam hari kan? Kadang-kadang saye pon macam tu gak...so disebabkan hati ni menebal nak tau kenape kadang-kadang kite tak boleh tido pada malam hari, saye mengatalkan tangan untuk mencari kat Encik Google dan saye syerkan kat blog ni...sile ambil perhatian ye kawan-kawan...

Ramai yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.

Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.

Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.

Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.

Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.

``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.

``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor.

Seseorang yang menghadapi masalah tidur atau tidak mendapat kualiti tidur yang cukup dikategorikan sebagai menghidap insomnia.


Insomnia membabitkan seperti berikut:

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya.

Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.

Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya. Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.

Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja. Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap.

Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Tips

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal

* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

* Elakkan tidur pada waktu tengah hari

* Melakukan senaman dengan kerap

* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam

* Jangan merokok

* Belajar menangani tekanan

* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.





5 comments:

  1. Huh, nak tidur tak ada masalah. Tapi nak bagun tidur, itu yang masalah. Hehe.

    ReplyDelete
  2. kita tak ada masalah ni..he..he

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana sudi berkongsi :)

    ReplyDelete
  4. Berbicara masalah seks masih menjadi tabu bagi kebanyakan orang sekaligus menarik untuk diperbincangkan, terlebih lagi mengenai kebenaran informasi tersebut. Beberapa mungkin tepat, namun tidak jarang yang kebenarannya masih dipertanyakan. Seringkali yang terjadi, kebanyakan dari kita terjebak dalam mitos-mitos seks, seperti Anda tidak akan hamil saat pertama kali berhubungan badan, Berhubungan badan saat sedang menstruasi tidak akan membuat anda hamil, Posisi Seks Berdiri tidak akan hamil, Selaput dara robek menandakan tidak perawan, Ukuran Mr. P menentukan kepuasan berhubungan badan.
    Sumber: udoctor.co.id

    ReplyDelete