Wednesday 30 October 2013

Punca Marah

Hari ni saye buat entry pasal 10 Punca Marah pulak. Ish..ish..ish...ape kenalah si Wan Maruzen ni...hari tu ketawa, pastu menangis...hari ni marah pulak. Hahaha...Ketawa, menangis dan marah kan ade kait mengait jugak. So mari kite amati ape punca marah ini dan kenape.

Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sifat marah:

* rasa bangga diri (sombong)
* takjub kepada peribadi sendiril
* suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
* suka bercakap perkara sia-sia
* suka membuat fitnah
* suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
* khianat
* tamak kepada harta dan pangkat
* tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi dengki dan irihati

NABI SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah.” Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, begitu juga haiwan. Seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya.

Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah ada rumah tangga runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.

Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.

Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting.

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi SAW mengajar dalam sabdanya yang bermaksud: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.”

Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah.

Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.

Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.

Sama-samalah kite mengambil iktibar dan jauhilah sifat marah yang melampau. Bukan tak boleh marah tapi biarlah bertempat..tak gitu.

Tuesday 29 October 2013

Tabiat Menangis

Salam kepade semua...semalam dah post entry pasal Senyum dari aspek kesihatan so hari ini kite kongsi pulak tabiat menangis. Bukan suruh korang ketawa pastu menangis tau..itu namanye buang tabiat...hehehehe...Sile lah baca dengan hati yang terbuke..

10 jenis tangisan manusia menurut ibnu Qayyim:
1. menangis kerana kasih sayang kelembutan hati

2. menangis kerana rasa takut

3. menangis kerana cinta

4. menangis kerana gembira

5. menangis kerana menghadapi penderitaan

6. menangis kerana terlalu sedih

7. menangis kerana rasa hina dan lemah

8. menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9. menangis kerana mengikut-ngikut orang menangis

10. menangis orang munafik (pura-pura menangis)

Tangisan menginsafi dosa adalah terpuji. Tangisan takut akan azab Allah juga dipuji. Tangisan kerinduan seorang hamba Allah kepada Tuhannya adalah sangat indah. Tangisan taubat dapat mengharamkan tubuh dari api neraka jika Allah terima taubat itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka". (Hadis ini tercatat dalam "Senyum dan Tangis Rasulullah s.a.w." susunan Hidayatullah Mohd. Syarif Aziz, cetakan kedua 2006: ms 65).

Sebaik-baiknya kita ini biarlah banyak menangis kerana Allah dan sedikit ketawa. Ketawa berlebihan tak elok, betul tak? Ketawa berlebihan tanda lalai dan jahil. Ketawa seorang ilmuwan (atau ulama) akan hilang ilmunya, hilang wibawanya, turun martabatnya jika ketawa berlebihan. Ketawa seorang jahil akan bertambah keras hatinya, perasaannya. Elok ingat Allah sentiasa. Bukan tak boleh bersuka ria boleh. Nabi pun ada masa bergurau dan berjenaka, tapi jenaka nabi jenaka yang benar bukan yang tak benar.

Berbalik kepada menangis, sesorang itu otomatik akan berasa hiba jika dia mengenang betapa baiknya Allah terhadap dirinya dan orang-orang yang disayanginya. Betapa banyak nikmat Allah pada kita.. betapa banyak Allah melepaskan kita dari kesusahan.. betapa banyak pula dosa telah kita lakukan.. betapa banyak rezeki Allah telah kurniakan kepada kita.. betapa dalamnya cinta kasih sayang Allah kepada kita... Hanya yang merasai dapat mengerti.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa." Sabda baginda lagi:" Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Marilah kita insafi perkara ini. Janji Tuhan itu pasti, kerana sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.



Monday 28 October 2013

Baju oh Baju

Dah semakin dekat dah dengan tarikh Dinner Company ni. Tapi tak taulah baju ape nak pakai. Korang boleh tolong ke? Tema adalah GALA NIGHT...Gala lah sangat..macam nak menang award pulak...hahaha...Kang saye pkai je baju kelawar baru tau..hehehe...

Tak retilah nak cari baju-baju ni semua. Nak beli ke...nak sewa ke...hmmmm ape pendapat korang? Bukan main lah belek2 tenet ni sampai naik juling biji mate tengok fesyen-fensyen baju ni..cantik memang cantik tapi kalu beli dengan harge nye yang mahal rase tak berbaloi pulak kan..Nak ajak Encik Suami gi GM Klang lah..mane tau dapat murah sket dan menarik..nak vouge sangat taklah kot. Lain lah kalu ade yang nak sponsor ye tak..


Pakai camni...hehehe...dh gile...kalu pkai camni Encik Suami pon tak bagi kuar bilik..hahahaha


Ntahlah buntu-buntu..yang penting baju tu menarik dan tutuplah ape patut ditutup...tak gitu kawan-kawan..ok..nak sambung julingkan bijik mate lagi ni, lom puas hati lagi nak tengok fesyen baju-baju yang belom tentu akan dapat membeli atau pakai..hehehe...sayonara...



Senyum Dari Sudut Kesihatan

Senyum tak perlu kata apa-apa...senyum....hehehe ape kehal lah si Wan Maruzen ni ye. Bukan ape saje nak nyanyi2 sket. Mari saye nak kongsikan 15 fakta tentang senyum kat korang. Hah korang ape lagi, janganlah nak masam2 muke lak pagi2 ni..senyum..hah kan molek tu. Jom baca..

15 Fakta Tetang Sunyum Dari Sudut Kesihatan

1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Nampak tak..nampak tak kelebihan senyum tu pada kesihatan...pasni nak marah pon kite senyum je. Agak ade tak orang cakap kite gile..hehehehe



Friday 25 October 2013

Update Facebook Dalam Kubur?

Bukak2 facebook pagi ni ade nampak si Jep Sepahtu ni share yang something yang agak touching gaklah pade saye. Ianye tentang boleh ke update facebook dalam kubur? Tanye si anak pade si bapak. Hah..suspen tak..suspen tak...bukan suspen tapi menginsafkan pulak rasenye. saye sharekan kat sini dialog antara bapak dengan anak kat sini ye..korang pon sharelah kat sape2 kalu korang rase bermanfaat.

Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"...

Ayah: "Tak boleh sayang.."

Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin




Wednesday 23 October 2013

Kenapa Susah Tidur Waktu Malam




Sesetengah orang pasti ade yang merasa susah untuk tido di malam hari kan? Kadang-kadang saye pon macam tu gak...so disebabkan hati ni menebal nak tau kenape kadang-kadang kite tak boleh tido pada malam hari, saye mengatalkan tangan untuk mencari kat Encik Google dan saye syerkan kat blog ni...sile ambil perhatian ye kawan-kawan...

Ramai yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.

Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.

Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.

Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.

Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.

``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.

``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor.

Seseorang yang menghadapi masalah tidur atau tidak mendapat kualiti tidur yang cukup dikategorikan sebagai menghidap insomnia.


Insomnia membabitkan seperti berikut:

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya.

Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.

Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya. Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.

Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja. Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap.

Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Tips

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal

* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

* Elakkan tidur pada waktu tengah hari

* Melakukan senaman dengan kerap

* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam

* Jangan merokok

* Belajar menangani tekanan

* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.





Tuesday 22 October 2013

Sakit Tekak Atau Ulser Tekak


Salam sejahtera semua....hari ni rase mengantok sangat kt opis ni sebab malam tadi bawak anak-anak (Shasha dgn Rayyan) gi spital. Tu pon gi lewat sebab tunggu Encik Suami balik. Tinggalkan kakak umah MIL, dalam kol 10.30 malam gitew baru pegi. Nape gi spital? Bagus soalan tu..hehehe...sebab budak 2 orang mi demam berbalik-balik dari hari khamis lg. Dah gi klinik, bagi makan antibiotik pon tak baik2. So malam tadi risau punyer pasal angkutlah gi spital. Lepas nurse check suhu, shasha masih demam tinggi lagi. Rayyan lak dah ok cume baby sitter ade bgtau yang Rayyan tak nak makan dengan menyusu sangat and senyap je tak main cam biase. Bile Doc check dalam mulut rupe-rupenye kt tekak budak2 ni ade ulser, sebab tulah Shasha ni masih demam lagi and Rayyan pon tak nak makan dengan menyusu sangat..sakit kot..budak2 kan apelah yang dorang tau.

Tapi untuk lebih detail doc suruh wat ujian darah, nak tengok result darah manelah tau ade virus influenza ke...aduhh mase tu cakap dengan Encik Suami jauhkanlah penyakit camtu dari anak2...mintak2 takde pape lah...risau dibuatnye..tapi memang itu pon tujuan saye dan Encik Suami bawak anak2 ke spital..biarlah kite cegah awal2 kalu ade pape yang tak kena pade anak kite kan..abis tu dah demam lama sangat..haruslah wat ujian darah tu..Tapi Rayyan wat nasal Swab je tak amik darah. Shasha yang kena wat dua2 sebab dia yang terok sket.


Sementara tunggu result kitaorang lepak jap kt kedai mamak minum teh..dalam 20 minit pastu datang balik kt ER (Eergency Room) amik result..alhamdulillah result semuanye ok cume puncanye dari tekak yang dijangkiti kuman tulah yang menyebabkan ulser. Doc suruh continue ubat antibiotik dan bagi ubat pancit kat tekak yang ade ulser tu..doc cakap dalam 2 ke 3 hari insyaallah baik semula.

Result Influenza Rayyan- negative



Blood Result Shasha



Result Ifluenza Shasha- negative
 



Ubat utk pancit kat tekak


Pastu searchlah Encik Google pasal punca sakit tekak ni..hah ni kite kongsi same2..jadi serba sedikit kite taulah ape punca nye kan..

PUNCA


Jangkitan Bakteria- disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang.

Jangkitan Virus- kebayankkan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang mengakibatkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Eptein- Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.

Tonsilitis- ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila banyak kerosakan pada tonsil. Dalam keadaan ini tekak berasa sangat sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.

PUNCA-PUNCA LAIN

Penyakit campak (measles) juga boleh menyebabkan sakit tekak pada sesetengah keadaan. bernafas melalui mulut boleh menyebabkan tekak kering dan menyakitkan. Dalam beberapa kes, sakit tekak mungkin tanda kanser kerongkong (biasanya di kalangan perokok).






Saturday 19 October 2013

Auchh...Sakit Belakang

 

Salam Sabtu...eh ade ke salam Sabtu...hehehe...salam berhujung minggu semua. Hari ni nak kongsikan entry pasal sakit belakanglah pulak. Sebab ape? Sebab saye ade kawan iaitu Kak Z yg mengalami sakit belakang yang kronik smpai jalan pon dah tak boleh..kadang2 tu sampai memapah-mapah nak berjalan..pernah gak satu hari tu dia kesakitan sangat sampai ambulans datang amik kt opis bawak gi spital. Kesian kak Z.

Nak dijadikan cerite kak Z ni pon jumpe specialist...setelah menjalani beberape ujian seperti X-ray dan MRI..akhirnye doc tu memberi kata putus untuk melakukan pembedahan tulang belakang..tapi solution yang diberikan adalah dengan memasukkan Silicone di tulang belakang Kak Z. Kak Z dah pon berbincang dengan ahli keluarge lain dan mereka sepakat untuk memberikan sokongan pada Kak Z ni untuk menjalani penbedahan. Saye hanye boleh mendoakan semoge pembedahan berjalan lancar dan Kak Z dapat menjalani kehidupan yang normal semule..saye harap korang pon mendoakan same..

Ok..mari saye sharekan Punca-Punca Sakit Belakang untuk pengetahuan korang dan untuk saye jugak..

Apa Yang Menyebabkan Sakit Belakang

  • Ketegangan Belakang
Merupakan Sebaba yang plaing umum bagi sakit belakang. Tekanan yang abnormal, samaada secara mendadak atau secara sedikit-sedikit, boleh menegangkan atau merosakkan otot, ligamen atau sendi spina. Seliuhan belakang mungkin akibat sentakan yang tidak disangka, misalnya jatuh, atau mengangkat sesuatu dengan cara yang tidak betul. Postur yang bruk atau otot yang lemah juga boleh menyebabkan sakit belakang kronik.

  • Kemerosotan Cakera
Kemerosotan aur cakera menjadikan rata dan berbonjol. Cakera yang berbonjol akan meletakan keteganganke ligament atau saraf sekeliling dan menyebabkan kesakitan.


  • Artritis
Sama seperti sendi-sendi lain dalam badan, sendi faset spina boleh menyebabkan osteoartritis. Mungkin terdapat kemeerosotan di dalam sendidan pertumbuhan tulang ataji (osteophytes)di sisi vertebra. Ianya boleh dikaitan dengan kemerosotan cakera.
  • Siatika
Saraf siatika bermula dari bahagian bawah belakangmelintang ke punggungdan turun ke bawah di belakang bahagian kaki. Saraf-saraf ini boleh menjadi radangdisebabkan oleh cakera yang bonjol atau faset yang radang serta kesakitam boleh berlaku di bahagian laluan mereka.
  • Osteoporosis
Kehilangan kalsium dari tulang-tulang spina yang mungkin mengakibatkan keruntuhan sebahagiandaripada vertebra.
  • Tekanan Emosi
Ketegangan otot yang berlanjutan akan mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan tekanan luar biasa keatas spina. Sakit belakang yang bertambahboleh dikaitkan dengan waktu-waktu tekanan.

Sakit Belakang Boleh Dicegah Dan Dikawal
  • Sentiasa peka cara anda menggunakan belakang badan anda.
  • Perbaiki postur andadan cara anda bergerak apabila duduk, berdiri, berkerja.
  • Masukan senaman yang tetap sebahagian daripada gaya hidup anda.
  • kurangkan amaun tekanan di dalam hidup anda.
  • Sentiasa tegakkan belakang badan anda.
  • Bercangkung atau melutut bekerja diparas yang rendah.
  • Angkat objek dengan kedua tangan hampir kepada tubuh, elakan membawa objek pada sebelah badan sahaja,  jika boleh.
  • Aturkan ruang kerja supaya perkakas dapat dicapai untuk mengelakkan banyak membongkok dan perengangan. 




Friday 18 October 2013

Kelebihan Hari Jumaat


Salam Jumaat semua...lambat sket mengupdate entry hari ni...sebok sketlah hari ni. Ok disebabkan hari ini hari Jumaat saye kongsikan antara 6 kelebihan Hari Jumaat pade korang semua. Mudah-mudahan diberkati kite semua diberkati..amin....

1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Marilah kita jadikan Jumaat kite kali ini lebih bererti. Bukannye ape, untuk kebaikan kite jugak. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kite rebut. Jadikanlah hari Jumaat lebih bersemangat untuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi sendiri ade menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.

Thursday 17 October 2013

Raya Lagi!





Ok...hari ni nak kongsi gambar pade Hari Raya Aidil Adha 2 hari yang lepas. Actually kali ni raye kt umah MIL & FIL kt Saujana Utama, Sungai Boloh..tak balik Johor pon sebab hari Rabu anak dah start skolah balik..hari Khamis pulak skolah agama dah mule exam...nnti Deepavali baru balik Johor ye mak, abah...kita wat meruku dgn tosai...hehehe

Kat Saujana Utama ni boleh tahan gak meriahnye..ialah orang ramai tak balik...disebabkan umah MIL & FIL depan surau je so senanglah nak pegi tgk lembu...hehehe...itu le keje...tengok lembu bukan tolong lapah lembu...pagi2 dah siap cantik2..lepas Encik suami dengan FIL balik sembahyang kitaorang melantak dulu kt umah..MIL masak ketupat, ayam masak merah, ayam beriani and nasi beriani. Gambar tak sempatlah nak snap sebab masing2 teruje nak gi surau. Surau Al-hidayah Saujana Utama mase tu memang meriah...lembu yang dikorbankan bertambah tahun ni jadi sembilan ekor...alhamdulillah...



Disamping tu surau Al-hidayah jugak menyediakan makanan seperti satay dan nasi lemak untuk pengunjung dan kakitangan surau yang terlibat...kitaorang pon ape lagi...makan kate kan...tak lepas peluanglah..pastu imam masjid umumkan untuk kanak-kanak dan orang dewase amik kupon untuk penbahagian daging korban. hah...kanak-kanak pon dapat gak...anak dare saye yang 2 orang tu pon laju je gi daftar name masing2..

rombongan nak daftar kupon (anak dare saye 2 orang dgn maksu dia)

kaunter pengagihan kupon





Penagihan dilakukan pade pukul 12 tengah hari...mule-mule kanak-kanak, diikuti oleh wanita dewase, lelaki dewase dan warga mas..yang selebihnye baru diaagihkan kepade yang tidak mendapat kupon seperti pendatang2 asing...murah rezeki tahun ni...alahamdullilah...jom lihat gambar baju raye pulak ye..watch out..

happy family, myself, Encik suami tercinta Mr. Sharil, Puteri sulong Shahrain Adriana, Puteri kedua Shasha Meliyana dan Putera kecik Shafiy Rayyan


Shafiy Rayyan (kepenatan lah tu..)
anas mama...(panas mama)..hahaha...bukaklah baju Rayyan...


1 family gile bergambo



Okey...sampai sini sjelah entry kali ni...lain kali cite bende lain lak ye...

Wednesday 16 October 2013

Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Dalam mengklik-klik Encik Google ni, saye rase tertarik dengan sebuah artikel di halaman catatan Abu Umair. ianye tentang 19 keistimewaan Wanita menurut hadis. Bukan saje wanita2 je kene bace malah lelaki pon harus bace jugak..barulah tau ape keistimewaan wanita ni pade pandangan islam kan...Jadi saye dengan besar hati ingin berkongsi artikel ini dengan korang semua.


19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.







<

Monday 14 October 2013

Ibadah Korban







Ibadat Qurban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.

Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai.




Bilakah masa yang dibolehkan untuk ibadat korban.

Waktu mula dibolehkan untuk mengerjakan ibadat ini adalah pada hari Hari Raya Korban, iaitu setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, atau cukup waktu untuk sembahyang dua rakaat (sunat raya haji) dan di ikuti dengan dua khutbah setelah terbit matahari pada pagi Hari Raya Korban. Ibadat korban ini boleh dikerjakan sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik). Walaubagaimanpun penyembelihan korban adalah ‘makruh’ pada waktu mendekati senja (maghrib) dan malam sehingga terbit matahari keesokan hari. Syarat in tidak melibatkan mereka yang telah bernazar, kerana mereka ini di boleh untuk melakukan penyembelihan korban walaupun sudah lepas waktu tersebut.


Apakah haiwan yang boleh dikorbankan.

Haiwan yang afdhal untuk dikorbankan untuk ibadat ini adalah seperti kambing biasa, kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Sekiranya kambing atau kambing biri-biri disembelihyang merupakan haiwan bersaiz kecil, ia hanyalah satu bahagian penuh untuk seorang individu sahaja (1:1), tetapi haiwan yang lebih besar saiznya seperti ‘seekor’ lembu, kerbau atau unta boleh dikongsi sebagai tujuh bahagian untuk tujuh orang individu (1:7). Dari segi jangka usia haiwan untuk membolehkan korban dilakukan, kambing haruslah melebihi satu tahun. Manakala untuk haiwan besar seperti kambing biri-biri, lembu dan kerbau, haiwan tersebut perlu melebihi umur dua tahun. Untuk haiwan seperti unta pula ianya perlu melebihi lima tahun.



Sifat-sifat haiwan yang dimestikan untuk dikorban.

Haiwan yang akan di korbankan itu dimestikan sempurna sebaik-baiknya dari semua segi fizikal haiwan tersebut. Haiwan tersebut tidak boleh cacat (atau tempang) dari segi apa pun, tidak sakit dan sihat kesihatannya, tidak terlalu kurus saiznya , tidak buta atau putih matanya ,tidak bunting (hamil bagi yang betina) atau berkurap kulitnya. Haiwan yang terpotong telinganya atau ekornya tidak boleh diterimauntuk korban. Walaubagaimanapun sekiranya haiwan tersebut yang dilahirkan tanpa ekor ianya boleh diterima tetapi yang lahir tanpa telinga tidak boleh. Manakala Mazhab Hanafi pula memberi sedikit kelonggaran yang membenarkan haiwan yang satu pertiga (1/3) teliganya terpotong masih boleh dikorbankan dimana lain-lain syaratnya sempurna seperti diatas.



Bagaimanakah daging itu boleh digunakan.

Sekiranya seseorang itu telah bernazar, maka kesemua daging yang diperolehi dari disembelih hendaklah disedekahkan sepenuhnya seperti niat nazarnya. Jika tidak bernazar dan hanya niat korban biasa, maka adalah sunat untuk orang yang menjalankan ibadat ini untuk mengunakan sedikit dari daging itu untuk keperluan sendirinya. Amalan korban yang paling afdhalnya ialah sekiranya satu pertiga (1/3) daging korban disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga (1/3) lagi dihadiahkan kepada jiran serta sahabat handai atau pun kepada ahli kariah Masjid / Surau dan satu pertiga (1/3) lagi yang tinggal untuk kegunaan sendiri serta keluarganya. Daging korban ini tidak boleh dijual atau diberikan sebagai upah kepada tukang sembelih atau yang lain yang mengerjakan ibadat ini.


Orang yang menjalankan ibadat Korban.

Orang yang menjalankan ibadat korban boleh menyembelih sendiri atau boleh mengupah orang untuk menyembelih haiwan tersebut. Dari 1 Zulhijjah sehingga masa korban ianya adalah hukum ‘makruh’ bagi memotong kuku, rambut atau bercukur bagi individu yang menjalankan ibadat ini. Bagi meraka yang mengamalan ‘Sunat’ bercukur, atau memotong rambut sempena Hari Raya atau hari Jumaat ianya tidak melibatkan mereka. Kaum wanita juga boleh menjalankan ibadat korban dengan mengambil kongsi korban tersebut tetapi tidak disunatkan menyembelihnya sendiri. Bagi tugas penyembilahan ianya adalah haram untuk orang bukan Islam untuk melakukannya kerana penyembelihan yang ‘Halal’ dimestikan oleh orang yang Islam dan perlu mengikuti syarat-syarat penyembelihan dengan bacaan yang betul dan alat (perkakas) sembelih yang betul.


Amalan Sunat ketika korban dilakukan.

Apabila mengerjakan penyembelihan untuk korban adalah disunatkan membaca ‘Bismillah’ semasa menyembelih haiwan tersebut. Sunat-sunat lain yang baik diamalkan termasuk memilih haiwan yang gemuk, lengkap dengan tanduknya dan mengerjakan sembahyang Hari Raya Korban dahulu sebelum menyembelih. Penyembelihan sunat dilakukan ditempat rata dan tidak kasar pada waktu siang hari. Haiwan yang akan disembelih itu diikat kakinya dan dibaringkan disisi kanannya dengan kakinya menghadap kiblat.. Adalah juga disunatkan menyebut nama Allah, membaca Selawat dan Salam keatas nabi dan juga membaca “Allahumma haza minka , hua ilaika, fatakabbal minni”





Dipetik dari http://www.co-uniq.com/v2/node/5