Saturday, 15 February 2014

Restoran Halal Korea

 
cawangan di Subang Jaya
No 28 Jalan SS 15/8, Subang Jaya


Siape minat tengok cite Korea? Angkat tangan.....Jgn tipu jgn segan...hehehehe...Sesiapa nak minat cite-cite Korea tu mesti kadang-kadang kite rase cam sedap je makanan dia kan? Tapi sekarang kat Malaysia pon dah boleh dapat makanan-makanan Korea yang halal.

Disini saya nak rekemen satu tempat ni yang terletak di Subang Jaya dan cawangan lagi satu di Sunway Piramid. Nama restoran tu ialah "THE STREET CAFE". Biasanya kalau saya nak makan makanan Korea saya akan ke cawangan Subang Jaya lah sebab kenal dengan ownernya Mr. Andrew yang sememangnya berasal dari Korea. Restoran THE STREE CAFE di Sunway Piramid pulak diuruskan lagi seorang patnership Mr. Andrew ni.
Alamat cawangan di Sunway ialah..Sunway Piramid Outlet, Lot 197 Aisan Avenue, F Floor, Sunway Piramid Shopping Mall. Suke hati koranglah nak gi cawangan yang mane satu. Saya biase gi Subang Jaya je.



ruang atas

Restoran di Subang Jaya ni ada dua tingkat, tingkat atas agak lebih santai. Korang boleh memilih untuk duduk di atas kerusi seperti biase atau duduk bawah.

Mr. Andrew

 


Makanan seperti Bulgogi, Sup Kimci, Bibimbap, Mee kacang Hitam dan banyak lagi lah boleh didapati disini. Oh ye, jangan lupe try ice kacang tau...sedap....Nak gambo makanan? Lemak ye korang ni....hehehehe...gambo tak amik sebab setiap kali tak sabor rasenya nak makan. Minggu lepas kebetulan datang makan lagi kat situ, tetibe mate ni ternampak pulak ice-cream yang dijual same macam dalam TV tu. Huh....tekak ni dah gatal je nak menelan...anak-anak pon dah mengerling je mintak dibeli.

Pas makan saya pun tanyelah dengan Mr. Andrew..."Andrew Shi, that ice-cream HALAL to eat or not?". Mr. Andrew menerangkan yang mereka telah pon mendapat kebenaran untuk menjual ice-cream tersebut. So korang tak payah was-was. Dengan baik hati Mr. Andrew bagi kami sekeluarga ice-cream free gara-gara birthday si kecik Rayyan saya. Hehehe...rezeki jangan ditolak....amik jelah ngap...

Hubby amik ice-cream yang berbentuk ikan..huh unik tu...dalam tu ade perasa vanilla and coklat. Anak-anak amik melon...nengok gambar kat bawah ni..sorry ye tak berapa clear..


ice-cream bentuk ikan..

tebal ice-cream dia tau...vanilla dan coklat

makan jangan tak makan...hehehe






Kalau rase teringin nak makan ice-cream dorang ni leh lah dapatkan kat restoran ni ye. Jangan risau tentang service sebab service mereka cepatlah jugak.
PEACE


15 comments:

  1. kita pun suka gi makan kat sini..best...

    ReplyDelete
  2. Slalu tengok restoran2 korea kat ampang & teringin juga nak makan tp tak halal.. bagus info ni.. thanks sharing ye.. :)

    ReplyDelete
  3. take time untuk telan kimchi yg org korea buat..hehehe..tp tgk mcm best tmpt ni..

    ReplyDelete
  4. Aiskrim bentuk ikan? Macam comel je. Tapi nak makan belum tentu lagi. Kalau nampak macam ikan real... jawabnya tengok je la. hehe.

    ReplyDelete
  5. tak pandai sangat nak makan makanan korea kecuali kimchi.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je Licha...kalu bibimbap tu nasi dgn daging atau ayam, dgn sedikit sayur dan mcm sambal pastu gaul rata-rata and makan..

      Delete
  6. sedap ke makanan korea wan? idah tak pernah teringin nak cuba laa... tapi tak tau kot2 akan datang kan... idah nie kalau bab makan nie susah skit nak mencuba... tekak melayu.. hehehe...

    ReplyDelete
  7. unik la aiskrim tu..bentuk ikan..nampak kiut

    ReplyDelete