Sana-sini dok sibok bercerita pasal penceraian aktress terkenal tanahair tak lain tak bukan Erra Fazira. Blog blog pun banyak bercerita pasal ini betul tak? Hah...tapi saya tak ye...saya nak kongsikan punca-punca gusi berdarah kepada korang semua. Ada diantara kita mesti ada yang menghidap gusi berdarah tapi tak tau apa punca yang menyebabkan kejadian ini. Kadang-kadang masa menggosok gigi berdarah, kadang-kadang tiba-tiba je berdarah. Mari kita ketahui kenapa gusi berdarah.
Kenapa Gusi Berdarah?
- Pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di bahagian gigi berhampiran gusi adalah punca masalah ini.
- Jika dibiarkan, plak yang berubah warna menjadi kuning dan kelabu ini menjadi lebih tebal dan akan mengeras membentuk karang gigi (kalkulus) jika tidak disingkirkan.
- Plak bakteria ini kemudiannya akan mengeluarkan bahan-bahan asid-asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah serta membengkak.
- Pada peringkat ini, ia dipanggil radang gusi. Bagaimanapun, jika tisak dikawal ia akan menjadi periodontitis.
- Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi
- Kesannya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang di panggil pokok periodontium.
(sumber : http://www.utusan.com.my)
Cara-Cara Mengatasi Gusi Berdarah
- Memberus gigi dengan betul - berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan berus gigi jenis medium atau yang berbulu lembut. Guna ubat gigi yang berflorida dan pastikan keseluruhan gigi dan lidah diberus.
- Flos gigi - bagus untuk membuang sisa-sisa makanan, plak dan menghalang kaviti daripada terbentuk di antara gigi
- Ubat kumur antiseptik - serperti Listerine untuk mencegah pembiakan bakteria pada gusi.
- Berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Semoga dengan info ini kita dapat memberi kesedaran pada kita betapa pentingnya kebersihan gigi dan gusi. Mencegah lebih baik dari mengubati.
PEACE |
Assalam.. dulu pernah juga menghadapi masalah gusi berdarah ni, tp dah lama lepas tu ok je. T kasih diatas perkongsian info ni ye.. pencerahan yg sgt baik utk diketahui.. :)
ReplyDeleteThanks dear coz kita pun sometimes ada problem gusi berdarah ni..
ReplyDeleteSelamat pagi. Ziarah pagi khamis. Hehe. nasib baik dah gosok gigi. :)
ReplyDeletegosok gigi biar tak berdara
ReplyDeleteinfo yang berguna ^^
ReplyDeleteAntara sebab lain gusi berdarah adalah kerana kekurangan kalsium didalam badan... :)
ReplyDeleteDulu masa duduk asrama selalu gusi berdarah ni. Masa tu gosok gigi pakai berus gigi jenis hard punya. Kes nak jimat belanja punya pasal. Haha
ReplyDeleteSebelum ni kerap gak gusi berdarah. Tapi sejak amik vitamin ni jarang dah berdarah.
ReplyDelete