Tuesday, 25 February 2014

Petua Kecantikan Rambut

Selamat sejahtera....amboi terasa macam cikgu pulok...hahaha..Kalau orang pompuan rambut ni diibaratkan seperti mahkota. Jadi penjagaan terhadap rambut pon mesti di titikberatkan jugak walaupun bertudung Yang lelaki jugak sama kan? Ok , saya dengan rasa bangganya (hahaha...banggalah sgt) nak kongsikan petua yang ade kaitan dengan rambut. Korang bolehlah try ye.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung (kangkung dah murah kan..hehehe..) dan dibersihkan. Kemudian masukan ke dalam bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemuadian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu dan lihatlah hasilnya selepas itu.

Dah lembut mesti nak lebat pulak ye tak. Macam-macamlah korang ni..hehehe...yelah.. yelah.. saya kongsikan jugak petua untuk melebatkan rambut demi korang.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunya raya yang bersih (daun bunga raya je tau, jgn pandai-pandai amik daun pokok mangga pulak), ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campukan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut. Amalkan dua kali seminggu.

Nak lagi...lemaknya korang ni ye...takpe saya bagi lagi satu petua. Kali ni petua mengelak rambut gugur. Saya pon tengah mencuba gak ni.

Mengelak Rambut gugur
Ambil beberapa helai daun bunya raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Lumurkan di kepala dan perap seketika (dh macam nak perap ayam pulak). Kemudian bilas dengan air bersih.

Selamat mencuba!



Saturday, 22 February 2014

Segmen Review Blog Sampai Lebam

jom ramai-ramai sertai segmen ni dari blog Diari Jejaka Hangat. 10 peserta terawal akan dipromote di fanpage dan 50 peserta pertama akan direview secara bergilir-gilir. Disamping tu pula dapat mengeratkan hubungan sesama blogger.








Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join 


Friday, 21 February 2014

Khasiat Tomato Dan Petua Kecantikan

Salam Jumaat buat semua....hah ni nak le pesan-pesan sikit kat blogger2, permerhati2 bebas yang mengikuti blog ni, sila lah klik2 sikit iklan yang tersedia didepan mata...hehehe...Lagi-lagi rakan-rakan blogger sekalian ye. Bukan apa kita bantulah sikit-sikit naik kan klik pengiklanan rakan-rakan yang lain jugak. Saya pun buat macam tu, setiap kali saya blogwalking saya turut klik iklan-iklan yang terpapar dalam blog tersebut. Orang kate biarlah sama-sama rase kan...oppps melalut dah ni, focus....focus...hehehe...

Ok pada entry kali ni saya nak kongsikan khasiat buah tomato. Kalau mase kecik-kecik saya panggil tometo, alah budak-budak kan...tapi memang ade gak yang panggil dengan sebutan tometo dan bukan tomato, dah terbiase kan lidah tu....

Buah tomato ni sedap dimakan itu saje sebagai ulam dan ade yang menggunakan dalam masakan. Tapi korang tau tak apakah khasiat yang terkandung dalam buah tomato itu? Selain tu saya jugak akan kongikan manfaat buah tomato dari segi kecantikan. Wah...yang pompuan-pompuan sukelah tu...

Khasiat Buah Tomato


  • Mengandungi vitamin A, B1 dan C
  • Baik untuk kencing manis
  • Baik untuk mata
  • Baik untuk gangguan usus dan hati
  • Baik untuk gangguan pernafasan
  • Baik untuk ibu yang menyusukan
Mengikut petua orang dulu-dulu, buah tomato jugak banyak memberi manfaat dari segi kecantikan wajah. Antaranya ialah:

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 atau 3 kali.

Menghaluskan Kulit 
Buah tomato dikisar halus, kemudian lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato juga berfungsi untuk membersihkan kuit.

Bagi sesesiapa yang ada alergi pada produk-produk yang ada kat luar sana tu, better amalkan cara tradisional je. Selain tu dapat jimatkan kos. Cubalah.....




Wednesday, 19 February 2014

Gusi Berdarah

Sana-sini dok sibok bercerita pasal penceraian aktress terkenal tanahair tak lain tak bukan Erra Fazira. Blog blog pun banyak bercerita pasal ini betul tak? Hah...tapi saya tak ye...saya nak kongsikan punca-punca gusi berdarah kepada korang semua. Ada diantara kita mesti ada yang menghidap gusi berdarah tapi tak tau apa punca yang menyebabkan kejadian ini. Kadang-kadang masa menggosok gigi berdarah, kadang-kadang tiba-tiba je berdarah. Mari kita ketahui kenapa gusi berdarah.




Kenapa Gusi Berdarah?

  • Pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di bahagian gigi berhampiran gusi adalah punca masalah ini.

  • Jika dibiarkan, plak yang berubah warna menjadi kuning dan kelabu ini menjadi lebih tebal dan akan mengeras membentuk karang gigi (kalkulus) jika tidak disingkirkan.

  • Plak bakteria ini kemudiannya akan mengeluarkan bahan-bahan asid-asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah serta membengkak.

  • Pada peringkat ini, ia dipanggil radang gusi. Bagaimanapun, jika tisak dikawal ia akan menjadi periodontitis.

  •  Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi

  • Kesannya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang di panggil pokok periodontium.

Cara-Cara Mengatasi Gusi Berdarah

  • Memberus gigi dengan betul - berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan berus gigi jenis medium atau yang berbulu lembut. Guna ubat gigi yang berflorida dan pastikan keseluruhan gigi dan lidah diberus.
  • Flos gigi - bagus untuk membuang sisa-sisa makanan, plak dan menghalang kaviti daripada terbentuk di antara gigi

  • Ubat kumur antiseptik - serperti Listerine untuk mencegah pembiakan bakteria pada gusi.

  • Berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Semoga dengan info ini kita dapat memberi kesedaran pada kita betapa pentingnya kebersihan gigi dan gusi. Mencegah lebih baik dari mengubati.


PEACE






Saturday, 15 February 2014

Restoran Halal Korea

 
cawangan di Subang Jaya
No 28 Jalan SS 15/8, Subang Jaya


Siape minat tengok cite Korea? Angkat tangan.....Jgn tipu jgn segan...hehehehe...Sesiapa nak minat cite-cite Korea tu mesti kadang-kadang kite rase cam sedap je makanan dia kan? Tapi sekarang kat Malaysia pon dah boleh dapat makanan-makanan Korea yang halal.

Disini saya nak rekemen satu tempat ni yang terletak di Subang Jaya dan cawangan lagi satu di Sunway Piramid. Nama restoran tu ialah "THE STREET CAFE". Biasanya kalau saya nak makan makanan Korea saya akan ke cawangan Subang Jaya lah sebab kenal dengan ownernya Mr. Andrew yang sememangnya berasal dari Korea. Restoran THE STREE CAFE di Sunway Piramid pulak diuruskan lagi seorang patnership Mr. Andrew ni.
Alamat cawangan di Sunway ialah..Sunway Piramid Outlet, Lot 197 Aisan Avenue, F Floor, Sunway Piramid Shopping Mall. Suke hati koranglah nak gi cawangan yang mane satu. Saya biase gi Subang Jaya je.



ruang atas

Restoran di Subang Jaya ni ada dua tingkat, tingkat atas agak lebih santai. Korang boleh memilih untuk duduk di atas kerusi seperti biase atau duduk bawah.

Mr. Andrew

 


Makanan seperti Bulgogi, Sup Kimci, Bibimbap, Mee kacang Hitam dan banyak lagi lah boleh didapati disini. Oh ye, jangan lupe try ice kacang tau...sedap....Nak gambo makanan? Lemak ye korang ni....hehehehe...gambo tak amik sebab setiap kali tak sabor rasenya nak makan. Minggu lepas kebetulan datang makan lagi kat situ, tetibe mate ni ternampak pulak ice-cream yang dijual same macam dalam TV tu. Huh....tekak ni dah gatal je nak menelan...anak-anak pon dah mengerling je mintak dibeli.

Pas makan saya pun tanyelah dengan Mr. Andrew..."Andrew Shi, that ice-cream HALAL to eat or not?". Mr. Andrew menerangkan yang mereka telah pon mendapat kebenaran untuk menjual ice-cream tersebut. So korang tak payah was-was. Dengan baik hati Mr. Andrew bagi kami sekeluarga ice-cream free gara-gara birthday si kecik Rayyan saya. Hehehe...rezeki jangan ditolak....amik jelah ngap...

Hubby amik ice-cream yang berbentuk ikan..huh unik tu...dalam tu ade perasa vanilla and coklat. Anak-anak amik melon...nengok gambar kat bawah ni..sorry ye tak berapa clear..


ice-cream bentuk ikan..

tebal ice-cream dia tau...vanilla dan coklat

makan jangan tak makan...hehehe






Kalau rase teringin nak makan ice-cream dorang ni leh lah dapatkan kat restoran ni ye. Jangan risau tentang service sebab service mereka cepatlah jugak.
PEACE


Thursday, 13 February 2014

Visit Pulau Langkawi Part 2

Hi everyone!
Want release stress? Definitely interesting places that be your choice.I will help you to list the places of interest to you visit when you are in Pulau Langkawi, Kedah.

Kuah

Kuah is the largest town on Pulau Langkawi. Kuah is a shopping paradise with many Duty Free Shops. At the jetty, one can use the services of taxis, car or van operators to the many places of interest on the island. There are also car and motorcycle available for rent to those keen on round island trip.

I always go shopping in Idaman Suri, Haji Ismail Group and Plaza Langkawi. Here you can buy all kinds of plates and bowls with various designs and different types of chocolate.

Place of Interest in Langkawi Island

Dataran Lang
Dataran Lang is strategically located near the Kuah Jetty. Dataran Lang is Langkawi’s most prominent landmark. The main attraction of the square is a magnificent marble statue of a reddish brown eagle that is majestically poised for flight. The square is designed with unique architectural concepts with picturesque terraces, ponds and bridges, restaurants and barrel vaults, which are made of bricks.


Langkawi Cable Car
The Langkawi Cable Car is built approximately 708 metres above sea level. The Langkawi Cable Car is located at Gunung Machinchang. At the peak, the temperature is lower than 4 degree celsius to 5 degree Celsius


Wild Life Park
The Wild Life Park is Asia first Bird paradise with fully covered walkway that enables visitors to visit the Wild Life Park at anytime. At Wild Life Park, there are hundreds of the world’s rarest and most beautiful birds.


Air Hangat Villange
The Air Hangat Village is located at about 14 km northwest of Kuah. The Air Hangat Village is a modern complex. The Air Hangat Village has an 18 metres tall handcrafted stone mural and a three tier hot spring fountain


Langkawi Corcodile Farm
The Langkawi Crocodile Farm is located at Kubang, Badak. The Langkawi Crocodile Farm covers an area of 8 hectares and has more than 1,000 crocodiles of various species


Taman Langenda
Taman Legenda is located beside the Dataran Lang. Taman Lagenda is the place to go to learn about all the famous legends and myths of Langkawi. This scenic park with its beautiful gardens of vivid local blooms, plants and fruit trees provide a picturesque and fitting backdrop for some fine examples of traditional Malaysian handicraft and cultural objects within the park.




Mahsuri Mausoleum
The Mahsuri Mausoleum is situated in Kampong Mawat, about 12 km northwest of Kuah. The Mahsuri Mausoleum was erected in honor of a Langkawi princess, which is known as Mahsuri, who is a fair maiden and was unjustly accused of adultery.

Legend has it that Mahsuri was sentenced to death and in her dying breath she laid a curse on the island that it would remain barren for seven generations. The legend goes on to say that when she was executed she bled white blood, signifying her innocence.



Pulau Singa Besar
In 1988, Pulau Singa Besar was gazette as a forest reserve and a permanent bird and animal sanctuary. There are protected animals such as monkeys, mousedeers, peacocks and many species of birds are found on in Pulau Singa Besar,


Pulau Payar Marine Park
a wildlife sanctuary that is located on the West Coast of Pulau Langkawai.
The Pulau Payar Marine Park comprises of four uninhabited islands, which are the Payar, Lembu, Kaca and Segantang. The Pulau Payar Marine Park makes up Malaysia’s oldest marine park sanctuary.

These islands are famous for the varied and colorful marine creatures that offer the best diving sites on west coast of Peninsular Malaysia. Visitors are advised to charter boats to get to this island. The journey takes about 3 hours.




Pulau Dayang Bunting (Lake Of Pregnant Lady)
The Pulau Dayang Bunting is located at the southwest of Langkawi Island. The Pulau Dayang Bunting is a small island that is covered with green lush forests. In the centre of the island locates a large and beautiful lake named Tasik Dayang Bunting or “Lake of the Pregnant Lady”. The hills that form the backdrop to the lake looks like the outline of the body of a pregnant woman who is lying down on her back.


Tanjung Rhu Beach
Tanjung Rhu is one of Langkawi’s most beautiful beaches. The beach is lined with whispering casuarina trees and has a pleasing, relaxing feel to Tanjung Rhu.


Beach of Black Sand
Beach of Black Sand is situated north of Langkawi. As the name suggested, the sand of the beach is amazingly black. Dazzling in the sunlight, the black sands never fail to fascinate and arouse the sense of wonder of its visitors.


Pantai Cenang
Pantai Cenang is Langkawi’s liveliest beach. With white sandy beaches and coconut trees that sway in the breeze, Pantai Cenang is ideal for those who want to have a getaway for a relaxing holiday.


Telaga Tujuh (Seven Wells)
Literally Telaga Tujuh means “Seven Wells”. Telaga Tujuh is actually a series of crystal clear waterfalls running 100 metres down through seven rejuvenating natural pools.

Trekking up to the falls is indeed a challenge as the paths are slippery. Visitors attempting this feat are advised to be cautious, as at certain parts of the falls, there is sudden drop of over 91 metres.


Gua Kelawar (Bat Cave)
One of several cave attractions in Langkawi island, this 60 metre-long cave derived its name from its most notorious inhabitants, the fruit bats. The trip to Gua Kelawar (Bat Cave) is a great way to enjoy Langkawi's natural beauty as you will need to take a boat ride up Kilim River. The cave is located along one of the Kilim River tributaries.


Have a nice day!!


Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

Jom ramai-ramai memeriahkan segmen ni. Selain itu kite boleh berkenalan sesama blogger. Memang sangat menarik untuk mengeratkan silatulrahim sesama blogger kan? Apa tunggu lagi jom sertai beramai-ramai.




Syarat-syarat :


1. Follow Lorong Cinta
2. Buat Entri Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..
3. Tampal Banner dan link kepada Lorong Cinta
4.Copy URL dan Paste dalam ruangan komen
5.Bermula 7 Januari dan berakhir 28 Februari 2014(Diteruskan)


Wednesday, 12 February 2014

Tuesday, 11 February 2014

Perlawanan Suku Akhir Piala FA JDT vs Kedah



Malam nie akan berlangsung perlawanan suku akhir bagi Piala FA antara JDT dan Kedah. Siapa yang bakal memenangi pertembungan suku akhir ini? Jangan lupe saksikan siaran langsung di kaca Tv anda ok. Diharapkan juga tiada provoksi antara pasukan. Tak bestlah tengok spot pun nak bergaduh bagai. Sepatutnya kite support semasa kite, melalui sukan pun kite boleh mengeratkan silatulrahim sesama kite walaupun lain negeri tapi kite kena ingat kite dibawah satu negara.






Friday, 7 February 2014

Kalau Asyik Bekerja

Salam Jummaat buat semua......tengah-tengah sibok buat keje tadi timbul pulak satu email kat inbox yang mengeletek rasenya saya ingin kongsikan. Emailnya berbunyi gini (dalam bahasa omputih ye)....Tapi saya rase ade betulnya jugak email yang saya dapat tadi. kat sini masing-masing dok mengforward kesana kemari. Nak tau ape kate korang pulak. Jom terjah!!!

ALWAYS LEAVE THE OFFICE ON TIME

  1. Work is a never ending process. You can never finish you work
  2. Interest of a client is not more important than your FAMILY. 
  3. If you fail in life, your boss or client will not be the person to offer a helping hand; but your family and friends do.
  4. Life does not mean coming to office, going home and sleep. There is more to life. You need time to socialise, entertain, exercise and relax. Don't make your life meaningless.
  5. A person who sits in the office untill late hours is not a hardworking person, he/she is a FOOL who does not know how to manage work within the stipulated time. Besides, one who does not have a personal or social life is a LOSER.
  6. You did not study hard and struggle in life to be a machine and live a meaningless life.
  7. If your boss forces you to work late, just forward him this mail. He will try and make his life meaningfull too.
Leaving Office on time:
  • More productivity
  • Good social life
  • Good family relationship
Leaving Office Late:
  • Less productivity
  • No social life
  • No family life


Hah, ade berani tak nak forward mail ni kat boss nanti.....kalau koje punye koje pon boleh bengkok badan ye tak? Saya memanglah tak suke kalau stayback ni, saya tak kisah kalau datang awal tapi balik mesti on time. Saya setuju yang kita kena utamakan keluarga dulu, lagi-lagi kite yang pompuan ni.


Thursday, 6 February 2014

Isu Hangat JDT Dan T-Team

Selagi tak settle lagi isu JDT dengan T-Team ni selagi tu ade je cite-cite lain yang kuar. Tapi kite pon tak tahu pihak mana yang betul dan pihak mana yang salah atau serangan terhadap pemain import T-Team Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecerdasan T-team Stefano Impaguazzo di Stadium Larkin tempoh hari. Diharapkan pihak FAM dapat menyiasat isu ini dengan teliti.

Terbaru saya terbaca dilaman JDT FC - The Photoshooterz (FB) lain pulak ceritanya.

Pemain T-Team Muhammad Irfan Abdul Ghani mengesahkan tiada rakan sepasukannya mengalami pendarahan hidung seperti yang didakwa selepas insiden di terowong Stadium Larkin pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada insiden terbabit benar-benar berlaku atau sebaliknya. ...

Jelasnya, keadaan di bilik persalinan pasukannya sejurus tamat separuh masa pertama tidak kelihatan sebarang kecederaan kepada rakan dan juga jurulatih kecergasan pasukannya.

Menurutnya, hanya penolong jurulatih Azlan Johar yang mengarahkan pasukannya tidak meneruskan perlawanan di separuh masa kedua.

"Saya tampil untuk menyatakan kebenaran dan bersediakan untuk berhadapan dengan tindakan daripada T-Team," katanya.

Muhammad Ifran ditemui selepas tampil memberi keterangan mengenai insiden pergaduhan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, tengah hari tadi.

Sumber-Akbar tempatan

Insiden ini turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Siasatan berhubung insiden kekecohan perlawanan bola sepak di antara pasukan JDT dan T-Team akan dibuat secara profesional tanpa mengira individu yang berada di belakang kedua-dua pasukan berkenaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Saya rasa tidak perlu ragu-ragu dan kita akan telus dalam siasatan berkenaan, tidak kiralah pasukan dari mana dan siapa pun di belakang pasukan itu. Jangan risau, saya sendiri beri jaminan y...ang siasatan dijalankan secara telus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA antara T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor Baharu Sabtu lalu.

Khalid berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan daripada kedua-kedua pasukan berhubung insiden itu.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mula merakamkan percakapan kira-kira 15 orang bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.

"Pertengkaran biasa dalam sukan, ini bukan kali pertama pertembungan kuat dua kumpulan jadi saya menyeru kepada penyokong agar bersabar dan tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang.. biar kita jalankan siasatan terlebih dahulu.

"Serahkan kepada kita untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan, perlawanan piala liga perlu diteruskan dan kita tidak boleh mencacatkan pertandingan seterusnya," Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sumber : BERNAMA

Baiklah kite bagi mereka yang berkenaan menyiasat insiden terbabit dan buat sementara ini, peminat-peminat bola sepak tanah air diminta jangan membuat sebarang spekulasi. Dok diam-diam tengok drama kt TV je ok...hehehehe...

Terbaru:

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat JKPT Khas telah mengambil keputusan kemenangan diberikan kepada JDT 3-0.
Kemenangan 3-0 JDT diputuskan kerana mengambil kira T-Team meninggalkan perlawanan tanpa kebenaran.kes terowong tu di bawah bidang kuasa PDRM..harap maklum.



Wednesday, 5 February 2014

Tanda-tanda Demam Denggi

Sekarang tengah rancak kat kawasan-kawasan perumahan buat gotong-royong membersihkan kawasan rumah. Bukannya ape, pasal kes demam denggilah. Kat hospital tempat saya bekerja ni pon banyak kes demam denggi. Jadi ayuh kite ketahui punca-punca dan cara untuk menghapuskan nyamuk Aedes punca demam denggi ni. Fuhhyooo...macam pegawai perubatan pulak rasenye...hehehe....okey serius sket....

Demam denggi ini disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina (vektor).

Ianya terbahagi dua iaitu:
  1. Demam denggi biasa (DD)
  2. Demam denggi berdarah atau Sindrom renjtan denggi (DDB/SRD)

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI
  • Demam panas yang teruk secara berterusan.
  • Terdapat bintik-bintik merah pada kulit.
  • Sakit-sakit pada otot-otot, sendi-sendi, tulang, biji mata dan kepala.
  • Pesakit demam denggi memerlukan pengawasan kerana kadang kala mereka turut mengalami pendarahan di hidung dan gusi serta kencing berdarah. (pesakit demam denggi biasa perlu diawasi agar tidak berubah kepada demam denggi berdarah)
DEMAM DENGGI BERDARAH

  • Pendarahan, demam panas, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.
  • Muntah-muntah, sakit kepala dan sakit perut.
  • Tanda-tanda pendarahan ialah kelebaman di kulit, hidung berdarah, gusi berdarah, petekia dan pemeriksaan darah menunjukan berlaku trombositopenia dan peningkatan aras hematokrit.
  • Jika pesakit kelihatan semakin parah dan menunjukan gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti kulit yang lembap dan dingin, bibir lebam kebiruan, denyutan nadi yang lemah dan hipotensi menandakan berlakunya sindrom renjatan denggi (SRD).

Kepada sesiapa yang terdapat tanda-tanda seperti diatas, sila cepat berjumpa doktor. Next entry saye syerkan macam mana kite nak kenali nyamuk Aedes dan cara pencegahan pulak. Take care uollssss.....

Tuesday, 4 February 2014

Visit Langkawi (Malaysia) Part 1

Hi everyone!! if you want to visit Langlawi (Malaysia), please welcome!!

Here I want to share some info info for you all.

If you bring the car up to Kuala Perlis, the distance traveled by ferry from Kuala Perlis to Langkawi Island is approximately 1 hour 15 minutes.
Ticket prices and ferry schedule as follows:

If you intend to depart from Kuala Kedah the distance traveled by ferry approximately 1 hour 45 minutes.

The ticket prices and ferry schedule as follows:

In addition there are many places to visit especially night market. You can try a variety of food sold in the night market with cheap price compare to the restaurant.

I have compiled the following table the night in Langkawi as per below:

Monday - Jalan Makam Mahsuri Lama (off Ulu Melaka)

Tuesday - Kedawang

Wednesday - Pekan Kuah

Thursday - Bohor Tempoyak (Cenang Beach)

Friday - Padang Lalang (Near Tanjung Rhu)

Saturday - Kuah Town

Sunday – Padang Mat Sirat (1km from Airport)

The next entry i will share with you all the interest place you must visit in Langkawi.

See you in the next entry. Watch out!!