Wednesday, 4 June 2014

Telekung Exclusive

Salam semua....hari ni tak nak celoteh panjang-panjang cuma saya nak review satu produk dari Sha Zaha Shawl je.Pada saya fabrik dan setiap koleksi telekung hasil ciptaan dari Sha Zaha Shawl ini mempunyai keistimewaan dan kelasnya yang tersendiri. Harganya pun berpatutan bersesuaian dengan fabrik yang diketengahkan. Kepada sesiapa nak nak buat untuk hantaran ke, nak bagi hadiah kat mak atau isteri atau sesiapa saja, nak pakai sendiri ke pun boleh...Koleksi telekung dari Sha Zaha Shawl adalah pilihan yang baik.





Sha Zaha Shawl menampilkan Exclusive Zalea Telekung yang dihasilkan dari fabrik Satin Italy yang sangat lembut & sejuk apabila memakainya. Keunikan telekung ini mempunyai jahitan halus halfmoon dan jahitan lace yang lembut pada hujung telekung. Penutupan bahagian dagu yang mengikut syariat bersama kekemasan jahitan di bahagian muka sangat digemari oleh ramai kaum hawa diluar sana.



Terkini Sha Zaha Shawl meneruskan design terbaru dan original iaitu Exclusive Khadeeja Telekung (EKT). Menggunakan gabungan mateial Softy Dully Satin & High Quality Lycraes. Melekap sempurna diwajah begitu terasa keselesaannya ditambah pelapik dagu yang direka sesiau dengan kelebarannya dari fabrik yang sama.

Untuk pembelian secara online, sila ikuti arahan dibawah :
1) MESSAGE KLIK DISINI --> 
http://on.fb.me/1ugXh4v
2) ISI FORM KLIK DISINI --> 
http://bit.ly/1iSWItB
3) Whatsapp 0124371262 @ 0127718017





Thursday, 29 May 2014

Jagalah Hati Wanita

Hati wanita ni sangat halus...mudah tersentuh. Kalau dihargai berbunga riang. Kalau dikhianati, mahu berdarah bertahun-tahun lamanya, dan mungkin kepercayaan akan terus hilang. So kepada jejaka-jejaka diluar sana, sila jaga hati wanita anda.

Amboi.....saja feeling-feeling...hehehe...Salam Khamis uolls...





Wednesday, 28 May 2014

Menghilang Lagi

Salam.....ada yang merindui diri ini ke? hehehe....ye blogger Acik Idah nampaknya merindui saya....saya masih ada lagi cuma 2 minggu kebelakangan ni saya terpaksa mengantikan tempat rakan sekerja saya yang mana isteri dia bersalin dan rakan sekerja saya ni mengambil cuti selama 2 minggu untuk menjaga isteri dia, lappy pulak wat hal memanjang, nak blogwalking uolls pon tak menyempat...sorry ok.....itulah yang menyebabkan blog ni sunyi sepi...harap uolls mengerti....

Baru-baru ni anak teruna saya Rayyan sibuk nak ke sekolah pulak...umur baru 2 tahun 3 bulan....mungkin dia rasa bosan kot duduk umah baby sitter....last week ada bawak dia pegi Little Caliph kat area umah...teacher dia nak tengok dulu budak kalau dorang rasa budak ni boleh duduk kelas...Alhamdullillah sebab walaupun baru 2 tahun 3 bulan teacher tu cakap nampak gaya Rayyan ni boleh belajar dan akan ditempatkan di kelas 4 tahun....huh....biar betik...tapi dia yang nak sekolah sangat so ikutkan jelah....

Little Caliph ni bagus jugak program dia. Islamic, English Preschool and Child Enrichment Program...ada half day dan extended program. Macam Rayyan amik with extended program maksudnya dari pagi 7.30 pagi sehingga 6.30 petang. Sebelah pagi akan masuk kelas belajar dan disebelah petang ada diajar sembahyang dan sebagainya. Oh waktu tidur petang pun ada jugak dari pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Yelah, kalau asyik belajar jem pulak kepala otak budak kan..mesti ada rest...hahaha...

Pada sesiapa yang berkenan bolehlah layari laman web ni www.littlecaliphs.com untuk lebih maklumat terperinci atau ke cawangan berhampiran rumah uolls...





Thursday, 15 May 2014

Masalah Susu Botol

Salam Khamis!!! Saya nak mintak pandangan atau tips dari sesiapa saja pasal masalah anak saya ni.
Rayyan ni memang tolak susu botol dari baby, cume dia akan minum susu dari botol bile dia rasa haus saje. Itu pun dia minum sikit sangat dalam 3oz. Itupun lepas dia dah puas gigit-gigit puting botol tu...

Sekarang Rayyan dah 2 tahun 4 bulan tapi berat cuma 11kg. Doc cakap berat dengan umur dia tak balance. Dah macam-macam botol tukar, puting botol tu jangan cakap lah...masalah dia tak nak susu dalam botol. Dia memang bf jelah sepanjang masa...sekarang dia dah besar tentulah tak cukup kalau sentiasa bf, nak tak nak kena jugak support susu formula. Itupon punyalah seksa nak paksa dia minum susu dalam botol tau...kadang-kadang dia merayu-rayu buat muke kesian kat kite semata-mata nak bf. Kite kalau anak dah buat muke kesian tu cairlah...hahaha...

Pening kadang-kadang nak pikirkan. Sama ada dia tolak botol susu atau susu formula tu sendiri. Hmmm...tolong bagi tips sikit mudah-mudahan ada yang berkesan. Nak bentikan bf pon payah ni budak kecik sorang ni....
En. Rayyan 



Thursday, 8 May 2014

Kucing Maine Coon

Pemalas..pemalas..pemalas...hehehe...bukan malas tapi lappy rosak nak update blog ni...sorry....bile senang nanti saya BW korang okay..ni pon bantai guna komputer opis...hehehe...

Sape suke kucing? Saya suke kucing....dulu pon pernah bela kucing gak tapi bile dah mati dah tak bela...sangkar semua bagi kat orang...cuma saya pernah berangan angan kalu nak bela kucing lagi saya nak bela kucing maine coon lah....hai Maine Coon pulak...kucing persian ke siam ke tak nak ke Wan oiii....alah uollss berangan je...cer tengok gambor Kucing Maine Coon dari google ni...

Uuuuu....tengok bulu kat leher dia tu...macam singa kan.....

Tak dapat dipastikan asal usul Kucing Maine Coon ni...tetapi ada mitos mengatakan mengenai seorang ratu Perancis yang bernama Marie Antoinette. Dia akan duhukum mati dan berusaha melarikan diri dengan bantuan Cpatain Samuel Clough. Marie memasukkan harta bendanya termasuk kucing berbulu panjanf tersebut di dalam kapalnya. Walau bagaimanapun, dia gagal sampai ke USA. Kucingnya pula selamat sampai ke Wisecasset., Maine. Kucing Maine Coon ini merupakan baka asli yang ditemui di Amerika Utara, dianggarkan di paintai timur sekitar Maine, manakala Coon berasal dari perkataan racoon. Jadinya Maine Coon.



gambar dari en. google....
Ciri-ciri Kucing Maine Coon
·         Badan besar dan panjang
·         Memiliki tulang dan otot yang kuat
·         Mata lebar dan oval
·         Teling besar (lebar di bawah)
·         Dahi melengkung
·         Otot pipi sangat menonjol
·         Hidung lebar dan melengkung di hujungnya
·         Ekor panjang dan lebar

·         bulunya tebal dan tahan air

Tak kesahlah mana datang pun kucing ni tapi memang saya suke sangat sebab besar tu....berat kucing jantan boleh mencecah 6-9kg....huhuhu...kalau betina 4-6kg...cube bayangkan kalau malam hari jangan letak dalam sangkar...kite tambat dia kat pagar umah...agaknye orang lalu lalang mesti ingat kite bela anak anjing kan...hahaha...

Berangan jelah boleh...nak dapat bukan senang...nak membela pon cerewet kot terutama makanan dia...mau kena beli makanan kucing yang gempak-gempak...kang tuan yang bela pulak yang tak makan....

Friday, 25 April 2014

Sekadar Perkongsian


Salam Jumaat

Sekadar perkongsian kita bersama-sama pada hari Jumaat yang mulia ini.

(Verse 102 - 104 of 118)

فَمَن ثَقُلَتْ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ (١٠٢)
And those whose scales are heavy [with good deeds] - it is they who are the successful.
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
وَمَنْ خَفَّتْ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ فِى جَهَنَّمَ خَٰلِدُونَ (١٠٣)
But those whose scales are light - those are the ones who have lost their souls, [being] in Hell, abiding eternally.
Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -
تَلْفَحُ وُجُوهَهُمُ ٱلنَّارُ وَهُمْ فِيهَا كَٰلِحُونَ (١٠٤)
The Fire will sear their faces, and they therein will have taut smiles.
Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.


سورة المؤمنون
-Al-Mu'minun:102-104

sumber:http://quran.islamicevents.sg/23/102/104







Thursday, 24 April 2014

Kenapa Wanita Menangis


Kenapa wanita sering menangis?

Wanita sangat istiwewa.

Dijadikan bahu wanita kuat untuk menjaga anak-anaknya.

Dikurniakan wanita kekuatan untuk melahirkan anak serta dikurniakan wanita keteguhan untuk meneruskan hidup dan tidak senang-senang untuk mengalah.

Dikurniakan wanita sifat sensitif untuk menyayangi walaupun dikhianati oleh orang yang disayangi.

Tetapi jika suatu saat wanita itu menangis, maka diberikan air mata untuk membasuh luka dan seterusnya memberi kekuatan baru.

Ahh...sungguh lembut hati seorang wanita. Jika terusik hatinya maka berguguranlah air mata.....






Thursday, 17 April 2014

Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan



Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.

Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). (sumber dari: MALAYSIA KINI)

Takziah kepada keluarga mangsa...



Saya pon ngeri gak dengan lori-lori ni...yelah dorang ni kalau memandu ada yang memandu gile laju, kalau nak potong kete ke, masok lane ke... suke hati dorang je..main himpit je tak kisahkan kete ke moto orang lain. Mentang-mentang dia beso kan...

Ni yang saya saya hadapi setiap pagi bile waktu nak gi keje. Gambar yang saya snap ni kat lepas tol Bukit Jelulong (highway NKVE) Lori beso-beso gamaknye. Cube korang tengok picture bawah, lori kepala merah tu...dia punyelah self-fish berebut nak kedepan sampaikan kereta saya dan kereta kelabu depan saya pulak yang terpaksa mengelak dia. Dahlah treler panjang....aduhai...geram rasenye....tu yang snap gambo nak luahkan perasaan ni...kenapa tak kuat kuasa kat lori-lori lebih dari 1 tan ni jangan masok highway tak kiralah highway ape pon...menyusahkan pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Macam mana pulak dengan uollss? Ada hadapi situasi yang sama tak? Syer ye








Tuesday, 15 April 2014

Keguguran

15/04/2014 genap sudah 4 tahun selepas keguguran anak yang ke 3. Pada masa keguguran tu usia kandungan 13 minggu pada 15/04/2010 jam 2.30 pagi.

Pada usia kandungan mencecah 2 bulan lagi saya dah perasan ada bleeding sikit, seperti tompok coklat. Pegi jumpe doktor Gynae untuk pemeriksaan lanjut, ialah kite risaukan...doc cume bagi MC untuk berehat je. Selang seminggu ada lagi bleeding...pegi lagi...macam biasalah...bagi MC suruh rehat...Saya pon macam pelik gak nape doc tak bagi ubat untuk stopkan bleeding. Nak tanye kang cakap kite pulak yang memandai-mandai so diamkan jelah. Tapi bleeding tu tak lama...dalam satu ke dua hari tu dah stop. Bleeding pon bukan terok tapi just yang coklat-coklat tu...sikit je...

Pada hari Selasa 13/04/2010...saya bleeding lagi untuk kali yang ketiga...hati dah tak sedap dah...yelah dah tiga kali bleeding kot. Pegi hospital lagi jumpe doc Gynae, dia bagi lagi MC untuk hari tu. Soknye (14/04/2010) time siap nak gi keje saya bleeding terok, macam kite period tu...hati dah risau. Cakap dengan hubby bleeding kali ni terok ni. Hubby siap-siap terus bawak gi hospital. Kat ER mase tu RMO (Resident Medical Officer) yang check, pastu dia scan. Nampak lagi baby tengah gerak-gerak. Pastu RMO cakap dengan staff nurse suruh call doc Gynae saya sebab bleeding saya terok. Disebabkan doc Gynae saya ada urusan lain..saya ditolak ke doktor Gynae lain. Masa tu saya dah rase macam ada contraction. Saya inform kat doc Gynae tu. Sebelom saya dimasukkan ke wad..satu jep telah diberikan. Mungkin untuk menghalang dari contraction berterusan.

Contraction masih terasa...saya cakap dengan hubby saya rase mungkin kite takde rezeki kali ni. Sebab bleeding masih berterusan. Doc Gynae datang melakukan pemeriksaan lagi pada tengah hari. Doc tak cakap pape tapi suruh rest je. Pada sebelah malam lebih kurang pukul 8 mlm. Saya terasa seperti cecair keluar dengan deras. Cepat-cepat suruh hubby panggil nurse. Nurse datang dan bagi tau xde pon darah yang keluar...saya cakap saya terasa ada cecair yang keluar....rupe-rupenya air ketuban saya yang pecah....masa tu memang saya dah cakap dengan hubby sambil berlinang airmata bahawa anak kami tak selamat. Lepas tu saya rasa sakit sangat....contraction semakin kerap...nurse telah bagi injection untuk kurangkan sakit atas arahan doc.

Pada pukul 2.30 pagi Khamis,15/04/2010. Saya mengejutkan hubby untuk ke tandas. Bila saya bangun dan berdiri...tiba-tiba bayi saya jatuh. Nasib masa tu pakai pad. Hubby bawak ke tandas dan panggil nurse. Nurse arahkan saya duduk sedikit kat toilet bowl. Disaat saya duduk jatuhlah janin berserta uri didalam tandas. Mungkin disebabkan darah yang keluar terlalu banyak saya jadi pitam. Saya dipapah ke katil dan nurse-nurse yang bertugas sibok membersihakan janin dan merawat saya pulak.

gambar ihsan dari google (seperti  inilah janin saya yg telah keguguran 4 tahun lalu)
Saya menangis...hubby turut sedih dan mengalir jugak air mata lelaki dia melihat saya yang begitu hiba. Saya mungkin tak kisah kalau hanya keguguran seperti darah...tapi saya melihat sendiri janin yang agak lengkap dengan kaki, tangan, hidung, mata hitam. telinga keguguran dari rahim saya, cuma taklah sempuran semuanya keran jantina pon belom ada lagi. Berulang kali saya dipujuk...barulah saya ok dan redha atas ape yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya mengambil masa 1 tahun untuk kembali mengandung lagi selepas keguguran tu..yelah kite nak pastikan rahim kite betul-betul kuat. Itupon mase mangandung lagi saya dimonitor oleh doc selama 3 bulan. Setiap 2 minggu kena wat pemeriksaan dan makan ubat kuatkan rahim sampailah usia kandungan mencecah 3 bulan. Alhamdullillah 06/02/2012 saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.



12 minggu
Sayang....
Walaupun 13 minggu berada dalam kandungan mama...
Walaupun sekejap saja kamu mendengar degup jantung mama...
Mama tetap merasakan kehilangan mu sayang...
Mungkin kamu tak cukup kuat untuk dilahirkan di dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini...
Takpelah...bukan rezeki mama dan papa untuk membesarkan kamu....
Mama akui...bukan senang untuk lupakan kamu...
Tapi mama redha atas ketentuan takdir...
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....





Saturday, 12 April 2014

Gangguan Atau Tekanan

Salam Sabtu dan berhujung minggu semua...yang pegi bercuti tu selamat bercutilah hendaknya...yang dok shopping tu, selamat bershopping lah ye...yang penting semoga ceria selalu.

Ni saya nak kongsikan sedikit cerita anak sulong saya masa dia darjah 1, cerita ni dah 4 tahun lalu lah...saya pernah keguguran masa tu..anak sulong saya pulak mase tu darjah 1...dia ni selalunya tak pernah rasa malas nak gi sekolah...selang 2 minggu sekolah dibuka waktu tu...dia buat perangai, dia kata dia tak nak gi sekolahlah, dia selalu menangis baik nak gi sekolah kebangsaan ataupun sekolah agama. Tapi yang paling dia malas nak gi sekolah agamalah, macam-macam dia bagi alasan. Dia cakap dia mengantuklah, tandas kotorlah...sambil tu dia menangis cakap dalam mulut dia ada rambutlah. Last-last dia pegi jugak tapi muka dia monyok je.

Dah 2 minggu dia macam tu...yang ketara selalu dia cakap dalam mulut dia ada rambut. Saya kadang-kadang rasa marahlah jugak. Sebab takde ape pon kat dalam mulut dia. Bapak mertua saya cakap bawaklah dia jumpe kawan dia berubat. Saya dengan suami pon bersetujulah sebab keadaan dia dah macam tu kan.

Sampai rumah kawan FIL lepas sembhayang isyak..pakcik tu kebas dia dengan kain. Tiba-tiba saya rase bulu roma saya meremang. Saya tak cakaplah dengan sesiapa. Selesai pakcik tu bagi air suruh mandi dan bagi dia minum. Sambil tu pakcik tu tanye, "ada sesiapa rase pape ke?" hubby, FIL & MIL kate takde tapi saya angguk. Saya cakap saya meremang. Pakcik tu kate ade gangguan sikit kat anak sulong saya. Esoknya anak saya kembali normal macam biasa. Senang rase hati.

Selang 2 hari tu masa saya tengah masak kat dapur anak sulong saya datang. Dia cakap "mama, kakak tak nak pegi sekolah mase tu sebab kakak ingat baby kite.." saya tanya dia baby mane?
Dia jawab pastu menangis semahunya "baby kite yang dah xde tu..kakak risau baby kite tu makan ke tak.." meraung-raung dia...saya rase sebak sangat...Ya Allah..sampai kesitu pulak dia pikirkan baby yang saya keguguran tu. Sampai Mak saya tepon cakap dengan dia yang adik dia tu Tuhan jaga...dia cukup makan kat sana...MIL, FIL dengan adik ipar sampai datang ke rumah untuk tenangkan dia...saya tak terkata-kata...sama pulak menangis dengan dia. Kalu kite ni sebagai mak ilang anak kite memang terase tapi dia yang kecik lagi tu pon rase sedih jugak. Sementara anak saya yang no 2 masa tu baru umur 3 tahun pon pelik-pelik tengok kami menangis.

Pada saya mungkin disebalik gangguan dia jugak ada rase tertekan pasal adik dia yang dah takde tu. Memang dia seorang kakak yang sangat baik dan pertimbang rasa serta ada rase tanggungjawab terhadap adik-adik dia.

Next entry saya kongsikan cerita keguguran saya pulak ye.

<!-- start --><script type="text/javascript" src="http://ping.busuk.org/auto/horizonA.js?limit=5"></script><!-- end -->


<a href="http://pingje.com/" target="_blank"><img src="http://pingje.com/images/plug80x15.gif" border="0" width="80" height="15"></a>

Tuesday, 8 April 2014

Sebab Seminggu Tak Berblogging

Seminggu tak update blog...sebenarnya kami sekeluarga dikejutkan dengan berita pemergian nenda tercinta pada 1 April 2014 pada usia 90 tahun 1 hari. Hari ni genap sudah 7 hari pemergian nenda...semoga rohnya ditampatkan dengan orang-orang yang beriman...amin...

Sesiapa yang mengikuti blog saya pasti ingat entry saya sebelom ni yang bertajuk "MALAM YANG SERAM"..Adakah bau wangi seperti bunga kenanga di ruang dapur saya itu satu petunjuk kepada saya akan kembalinya arwah ke hadrat illahi? wallahu a'lam..

Saya teringat kembali pada 7 ke 8 tahun yang lepas semasa arwah pakcik saya meninggal. Mase tu saya dan hubby tengah tido. Tiba-tiba dalam tido yang lena tu saya dikejutan oleh ketukan pintu sebanyak 3 kali. Apa saya boleh katakan, ketukan itu sayup-sayup je tapi cukup untuk buat saya dan hubby tersentak bangun. Ketukan tu bukan datang dari main door tapi datangnya seperti di pintu bilik kami.

Lepas tu saya mendapat berita pakcik saya meniggal dari abang sulong saya yang nenelefon saya selepas saya terjaga mendengar ketukan tadi. Abang saya cakap dari tadi dia tepon saya tapi saya tak angkat. Lepas perbualan singkat, saya pon check balik missed call dan dapati memang ade missed call sebanyak 3 kali dari abang saya. Selepas selesai semua pengebumian saya dan hubby pon tertanye-tanye adakah ketukan 3 kali itu itu juga satu petunjuk atau petanda? wallahu a'lam..


Ada sesiapa yang ada pengalaman yang sama? Sila kongiskan..



Tuesday, 1 April 2014

Malam Yang Seram

Salam Selasa....sebenarnya nak cite dari hari ke sehari benda ni tapi disebabkan sibuk takde lah nak update entry ni...

Khamis malam Jumaat yang lepas punye citelah ni...satu family gi minum kat kedai mamak, saje lepak-lepak mengeteh..mase tu kuar pon dah pukul 10 malam lah...ngeteh punye ngeteh, borak punye borak sampailah dah pukul 11 lebih. So saya cakap dengan hubby, jom lah balik umah sok nak keje.

Sampai umah cam biase hubby dah bukak lampu hall pastu tujulah ke dapur...tiba-tiba hubby cakap.."ape yang bau wangi ni..?" Saya pon gilah dapur nak bau gak ape yang hubby bau tu...bau punye bau pastu cakap dengan hubby..."macam bau bunge kenangalah..jangan tegur papelah.." Setahu saya jiran-jiran takde pulak tanam bunge tu...tapi bau bunge tu kuat kat dapur. Tanpa berlengah saya suruh anak-anak naik atas.

Huh...sok hari dok pikir-pikir mane datang bau bunge tu sebab bile pagi bangun dah takde pulak bau tu...Korang rase apa yang saya bau tu? Saya dok pikir positif jelah...malas nak pikir yang bukan-bukan. Seram pon ade gak bile pikirkan tu...Khamis malam Jumaat pulak tu...adohai...




Thursday, 27 March 2014

Nama Timangan


Nak Tanye uolls semua tentang nama MANJA ataupun nama TIMANGAN korang ape? Dah jadi kebiasaan kite ni ada nama MANJA atau TIMANGAN sendiri kalau nama sebenar kite tu panjang atau susah orang lain nak sebut tapi ada juga yang memang sengaja memanggil dengan nama yang lain. Selalunya ibu bapa kite yang bagi nama timangan ni dari kite kecik.

Saya sendiri ada nama timangan yang diberi oleh mak dengan abah. Nama betul Wan Maruzen, mak cakap payah je nak panggil Maruzen. So mak dengan abah sepakat panggil saya dengan nama timangan MANJA....huhuhu malunye...tapi ok kot sebab saya anak perempuan mak dengan abah sorang...jangan jeles ok...Dah tua-tua gini pun rase cam muda je sebab orang panggil kite MANJA...hahahaha...

Korang syer pulak nama sebenar dengan nama TIMANGAN aka MANJA korang ye. Kadang-kadang ada nama timangan yang unik gak.




Tuesday, 25 March 2014

MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

Jom join giveaway kat bawah ni..very simple syarat...eh cakap omputih campur2 pulak..

MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah




Cuti-cuti GIVE AWAY

Jom join GA Fiza ni...syarat penyertaan taklah ketat sangat...ewahhh

Cuti-cuti GIVE AWAY


Fiza akan bercuti di Sarawak.




Al-Fatihah dan Takziah Untuk MH370

Bila mendengar berita terkini yang telah disampaikan oleh PM, sayu hati ini. Walaupun tidak mengenali mereka tapi sebagai seorang manusia saya juga merasakan kehilangan waris-waris mereka. Al- Fatihah dan salam takziah untuk keluarga waris-waris Pesawat MH370. Tabahkan hati dan redha atas kehendakNya.


DALAM KENANGAN




Tuesday, 18 March 2014

Stocktake Datang Lagi

Argggghh.......pening-pening...opps maaf ye, Khamis ni nak Stocktake tu yang tengah pening ni. Nak tally kan physical quantity dengan system. Nasib Baik 2 kali je setahun, lagi sekali kena buat stocktake bulan 9.

First barang expired dah suruh Finance Manager buat write off, jadi barang expred tu dah nyah kuar dari system. Pasni kena check secara rambang dulu physical stock sama ada tally tak dalam system. Lebih satu dua ke kurang satu dua ke boleh tutup mata lagi, jangan terlebih ke terkurang yang melampau, ada ke pengsan kena cari kenapa dan punca stock tu terlebih ke terkurang. Adoiii...tulah yang lemah...

Semalam pon dah naik juling biji mata tengok report stock yang ada. Check satu-satu supaya barang lain tak termasuk kat dalam system store ni. Oh lupe nak bagitau, saya ni bertugas sebagai Purchasing Executive di salah sebuah Hospital Swasta. In charge Puchasing dan medical store sekali. Barang medical kan..mau tak pening kalau short, kena jawab pulak tu..huhuhu...(macam tak biase pulak menjawab..hehehe)

Doakan saya berjayalah menempuh stocktake Khamis ni ye...tak mau ade negative variance...tak mau..tak mau...Chaiyokkk!!



Friday, 14 March 2014

Doa Taubat

 Salam Jumaat....masih lagi mendokan agar pesawat MH370 dijumpai. Semoga segalanya dipermudahkan.
Perkongsian untuk hari ini.....




TUHANKU AKU TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU
TETAPI AKU TIDAK PULA SANGGUP MENANGGUNG SEKSA NERAKAMU
DARI ITU KURNIAKANLAH AMPUNAN KEPADAKU
AMPUNKANLAH DOSAKU
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH PENGAMPUN
DOSA-DOSA BESAR....




Tuesday, 11 March 2014

#PrayForMH370- Kehilangan Pesawat MH370 Masih Misteri

Dari hari ke sehari seluruh rakyat Malaysia terutama para waris-waris pesawat yang masih hilang menunggu khabar terkini tetapi masih lagi hampa. Saya percaya pihak berkuasa terutama pihak penyelamat telah melakukan yang terbaik dalam usaha mereka mengesan pesawat MH370.

Paling memeranjatkan di laman Kosmo muka depan pada hari ini 11/03/2014 adalah pengakuan kumpulan yang tidak dikenali yang mengelar diri mereka sebagai Bridget Berani Mati China (Chinese Martyrs Bridge) yang bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370 melalui email kepada sekumpulan wartawan China. Namun Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan, sehingga kini tiada bukti kukuh kehilangan pesawat itu mempunyai kaitan dengan kumpulan terbabit. Manakala Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat berita yang disebarkan oleh media antarabangsa bahawa sebuah kumpulan yang mendakwa mewakili etnik Uyghur mengaku bertanggungjawab atas kehilangan pesawat terbabit. - KOSMO Selasa- 11 Mac 2014.

Kita hanya boleh mendengar pelbagai spekulasi tetapi biarlah pihak berkuasa yang menyiasat perkara tersebut. Kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira agama mahupun bangsa serta fahaman politk, mari kita sama-sama terus berdoa agar dipertemukan pesawat tersebut. Kepada waris-waris mangsa terlibat terutama yang beragama islam, diharapkan sentiasa tabah dan menerima segala ketentuan dariNya. Ingat, tetapkan iman dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Siapalah kita hendak menidakkan qada dan qadar. Doa kami tidak putus-putus bersama kalian.

Ya Allah...berikanlah petunjuk kepada kami dan permudahkan lah misi menyelamat ini. AMIN....

 

Monday, 10 March 2014

#PrayForMH370- Kemana Hilangnya MH370


Seluruh rakyat Malaysia amat berduka cita dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Sampai sekarang pun masih tak ada berita tentang sebarang penemuan yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370. kita hanya boleh memanjatkan doa supaya semuanya dalam keadaan yang baik. Jika berlaku sebaliknya, maka kita bersama-sama memohon kepada Allah SWT supaya dapat memberikan petunjuk kepada penemuan pesawat tersebut. Siapalah kita hendak menidakkan qada dan qadar Allah SWT.


Hentikan segala spekulasi dan biarkan pihak penyelamat dan kerajaan serta negara jiran yang sama-sama memberi bantuan operasi menyelamat menjalankan tugas mereka. Sila jaga hati dan perasaan waris-waris mangsa yang turut sama menanti khabar berita. Saya kongsikan nukilan dari siapa saya tidak pasti yang ambil dari FB untuk tatapan semua.


DI MANA MH370??

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia