Saturday, 12 April 2014

Gangguan Atau Tekanan

Salam Sabtu dan berhujung minggu semua...yang pegi bercuti tu selamat bercutilah hendaknya...yang dok shopping tu, selamat bershopping lah ye...yang penting semoga ceria selalu.

Ni saya nak kongsikan sedikit cerita anak sulong saya masa dia darjah 1, cerita ni dah 4 tahun lalu lah...saya pernah keguguran masa tu..anak sulong saya pulak mase tu darjah 1...dia ni selalunya tak pernah rasa malas nak gi sekolah...selang 2 minggu sekolah dibuka waktu tu...dia buat perangai, dia kata dia tak nak gi sekolahlah, dia selalu menangis baik nak gi sekolah kebangsaan ataupun sekolah agama. Tapi yang paling dia malas nak gi sekolah agamalah, macam-macam dia bagi alasan. Dia cakap dia mengantuklah, tandas kotorlah...sambil tu dia menangis cakap dalam mulut dia ada rambutlah. Last-last dia pegi jugak tapi muka dia monyok je.

Dah 2 minggu dia macam tu...yang ketara selalu dia cakap dalam mulut dia ada rambut. Saya kadang-kadang rasa marahlah jugak. Sebab takde ape pon kat dalam mulut dia. Bapak mertua saya cakap bawaklah dia jumpe kawan dia berubat. Saya dengan suami pon bersetujulah sebab keadaan dia dah macam tu kan.

Sampai rumah kawan FIL lepas sembhayang isyak..pakcik tu kebas dia dengan kain. Tiba-tiba saya rase bulu roma saya meremang. Saya tak cakaplah dengan sesiapa. Selesai pakcik tu bagi air suruh mandi dan bagi dia minum. Sambil tu pakcik tu tanye, "ada sesiapa rase pape ke?" hubby, FIL & MIL kate takde tapi saya angguk. Saya cakap saya meremang. Pakcik tu kate ade gangguan sikit kat anak sulong saya. Esoknya anak saya kembali normal macam biasa. Senang rase hati.

Selang 2 hari tu masa saya tengah masak kat dapur anak sulong saya datang. Dia cakap "mama, kakak tak nak pegi sekolah mase tu sebab kakak ingat baby kite.." saya tanya dia baby mane?
Dia jawab pastu menangis semahunya "baby kite yang dah xde tu..kakak risau baby kite tu makan ke tak.." meraung-raung dia...saya rase sebak sangat...Ya Allah..sampai kesitu pulak dia pikirkan baby yang saya keguguran tu. Sampai Mak saya tepon cakap dengan dia yang adik dia tu Tuhan jaga...dia cukup makan kat sana...MIL, FIL dengan adik ipar sampai datang ke rumah untuk tenangkan dia...saya tak terkata-kata...sama pulak menangis dengan dia. Kalu kite ni sebagai mak ilang anak kite memang terase tapi dia yang kecik lagi tu pon rase sedih jugak. Sementara anak saya yang no 2 masa tu baru umur 3 tahun pon pelik-pelik tengok kami menangis.

Pada saya mungkin disebalik gangguan dia jugak ada rase tertekan pasal adik dia yang dah takde tu. Memang dia seorang kakak yang sangat baik dan pertimbang rasa serta ada rase tanggungjawab terhadap adik-adik dia.

Next entry saya kongsikan cerita keguguran saya pulak ye.

<!-- start --><script type="text/javascript" src="http://ping.busuk.org/auto/horizonA.js?limit=5"></script><!-- end -->


<a href="http://pingje.com/" target="_blank"><img src="http://pingje.com/images/plug80x15.gif" border="0" width="80" height="15"></a>

13 comments:

  1. Salam hujung minggu wan...Gangguan ni ada dimana-manakan. Bila terkena kadang-kadang kita tak sedar becoz benda-benda macam ni tersembunyikan. Semoga Allah melindungi kita semua dari ganguan syaitan dan makhluk halus..Aminn...

    ReplyDelete
  2. Benda2 halus ni mmg suka mengganggu kita manusia ni.. samaada secara nyata atau tersembunyi. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua... aamiin. Salam hujung minggu Wan.. :)

    ReplyDelete
  3. laa...siannye. budak2 kecik pun diganggu benda halus ni. moga kita sentiasa dilindungi olehNya

    ReplyDelete
  4. bnda2 ni mmg wujud.. wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  5. kesiannye...semoga dilindungi Allah SWT..amin..

    ReplyDelete
  6. alar, kesiannya tengok budak ne..kekadang budak2 sekarang dah pandai fikir orng yg dah tiada.. selalulah berdoa padaNYA, mintak d jauhkan benda halus mcm ne.

    ReplyDelete
  7. kecik2 dah ada sifat memahami, semoga anak akak membesar dengan sihat dan mentaati ibu bapa...

    ReplyDelete
  8. Rasa sedih dan terharu baca entry ni...

    ReplyDelete
  9. kecik2 dah kena ganggu...kesian kakak..semoga kita semua dilindungi olehNYA...

    ReplyDelete
  10. Al fatihah.. sayangnya seorang kakak kepada adiknya.

    ReplyDelete
  11. al fatihah. kasih seorg kakak.

    ReplyDelete