Monday, 10 March 2014
#PrayForMH370- Kemana Hilangnya MH370
Seluruh rakyat Malaysia amat berduka cita dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Sampai sekarang pun masih tak ada berita tentang sebarang penemuan yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370. kita hanya boleh memanjatkan doa supaya semuanya dalam keadaan yang baik. Jika berlaku sebaliknya, maka kita bersama-sama memohon kepada Allah SWT supaya dapat memberikan petunjuk kepada penemuan pesawat tersebut. Siapalah kita hendak menidakkan qada dan qadar Allah SWT.
Hentikan segala spekulasi dan biarkan pihak penyelamat dan kerajaan serta negara jiran yang sama-sama memberi bantuan operasi menyelamat menjalankan tugas mereka. Sila jaga hati dan perasaan waris-waris mangsa yang turut sama menanti khabar berita. Saya kongsikan nukilan dari siapa saya tidak pasti yang ambil dari FB untuk tatapan semua.
DI MANA MH370??
Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua
MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja
Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu
Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya
Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya
Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa
Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.
Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.
MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedihkan Wan..begitu misteri..dah masuk hari ketiga, tapi semuanya samar-samar...kena terus berdoa semoga semuanya dipermudahkan..Aminn
ReplyDeleteyelah Raudzah...nak tulis blog pon cam takde mood..sebab asyik dok nntikan perkembangan terkini pasal MH370..sedihlah :'(
Deletekita hanya mampu berdoa...semoga diberi petunjuk olehNYA...kita di sini pun rasa sedih...bayangkan perasaan keluarga yg terlibat...lagi la rasa sedih...
ReplyDeletebetol tu...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
DeleteSalam singgah ..
ReplyDeleteTq Wan perkongsian berguna untuk kita semua..
Bersama kita mendoakan keselamatan mereka semua..
Walau dimanapon mereka berada harap mereka semua selamat Ya Allah..
doa kite sentiase tak putus sampailah mereka dijumpa sama ada hidup atau sebaliknya.
Deletesemoga dipermudahkan lah usaha mencari & menyelamat ni kan..kesian sangat...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala usaha penyelamat MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.
ReplyDeletepulanglah MH370...
ReplyDeleteWalaupon cik tak kenal mane2 penumpang dan anak kapal tu..tapi sayu jugak hati dengar berita2..hari ke6 misi pencarian pesawat tu,cik still depan tv,masih mengikuti setiap perkembangan...Ya Allah,mcm mane lah perasaan famly mereka...banyak yang tertekan,tambahan lagi mereke2 yang suke membuat spekulasi tak betul..semoga mereka tabah dalam melalui ujian Allah..
ReplyDeletebegitu misteri kehilangan MH370 nie .. buat tertanya2. moga segalanya dipermudahkn olehNya. Amin
ReplyDeleteSetiap detik memikirkan MH370 nie... bangun pagi pun tertanya2... dah jumpa kerr... :(
ReplyDeletesedih sangat memikirkan MH370..kathy merasai dua kehilangan pada 8/3/2014 ini sis..dua² pun menyedihkan sangat :'( keep pray for them..dont lose hope..
ReplyDelete