Wednesday, 5 March 2014

Petua Kecantikan Wajah

Happy Wednesday!! Wah nampaknye tips -tips untuk kesehatan rambut mendapat perhatian ye sebelom ni, bagus-bagus...mestilah sape yang tak nak jage penampilan untuk kelihatan cantik kan?? Ok2 saya dengan rase gembira nak kongsikan pulak tips-tips untuk muka / wajah. Hah sukelah tu..bukan main meleret lagi senyuman tu ye..mana tau kan kalau serasi boleh jimatkan kos dari beli produk2 kat pasaran yang jauh lebih mahal dan belom tentu berkesan, betul tak?

Menegangkan Kulit Muka

Ambil sebiji ubi kayu dan timun, timun tu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dulumatkan. Kemudian campurkan kedua2nya dengan sedikit air. Kacau rata (mcm buat kuih pulak..hehehe) dan jangan terlalu cair. Selepas itu, saukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh.

Menghilangkan Parut 

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. lama kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Menghaluskan Kulit Muka

1. Bancuh sedikit asam jawa bersama bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia kering lebih kurang 15 minit selapas itu bilas.

2. Didihkan susu segar ataupun susu tepung bercampur air (jgn pandai2 pkai susu anak pulak, kang anak tu tak cukup susu pulak). Biarkan ia sejuk. Selepas itu sapukan pada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.


Melicinkan Dan Memerahkan kulit Muka

Ambil sebiji tometo masak, lecek hinggan halus. kemudian pupurkan diseluruh kulit muka. Biarkan kering selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan 2 ke 3 kali seminggu.

Selamat mencube!



11 comments:

  1. Petua yg murah dan semulajadi ☺☺

    ReplyDelete
  2. kalau jeragat mcmane ya..ade kecik2

    ReplyDelete
  3. Wahhh , terima kasih yerr . Boleh try nih :D

    ReplyDelete
  4. semuanya bahan semuala jdi..
    best3 ^^

    ReplyDelete
  5. macam nak try je asam jawa tu..he..he. Thanks wan for the tips..

    ReplyDelete
  6. bagus2...boleh kita amalkan...x susah kan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...tak tahu pula kulit kayu manis blh hilangkn parut...nnti suha nk cuba...

    ReplyDelete
  8. Petua yang semua orang bolih lakukan...senang dapat dan murah....
    cuma rajin dengan tidak jer yer..

    ReplyDelete