Tuesday 4 March 2014

Hujan Itu Rahmat

Alhamdulillah....pagi-pagi keluar rumah sekali rase ada titisan-titisan hujan....bersyukur sangat-sangat. Yelah kan, setelah beberapa lama
dah kemarau dengan hutan terbakar, rumput jadi kering, cuaca berjerebu serta ditambahkan lagi dengan empangan yang hampir surut sampai bercatu-catu air di sesetengah kawasan maka hari ini kebanyakan sekitar lembah Kelang dikurniakan hujan...Ya Allah...inilah hujan rahmat. Saya tak pasti dinegeri atau dikawasan lain sama ada hujan atau tidak. Sesiapa yang ade info untuk dikongsi boleh kite kongsi bersama.

Dalam pada itu marilah kite sama-sama membaca doa ini ketika hujan turun. Mudah-mudahan ianya memberi seribu rahmat kepada hidupan di muka bumi ini.

Ya Allah, bertapa banyaknya nikmat Hujan yang telah Engkau berikan ketika dalam keadaan hujan. Mudah-mudahan doa kita diterimaNya.

Lihatlah Firman Allah SWT yang bermaksud:

"....Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air(hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)menyimpannya."
(al-Hijr : 22)

".... Allah, dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, Maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.
(Ar-rum:48)

"....Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu Telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu, Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti Itulah kami membangkitkan orang-orang yang Telah mati, Mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.
(Al A’raf:57)

Moga menjadi iktibar pada kita semua dikemudian hari kerana kita telah pun diuji dengan kemarau yang baru sedikit. Jadi, janganlah kita mengeluh apabila hujan turun. Dengan menguji kesabaran hamba-hambanNya, menjadikan kita sebagai hamba yang tahu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan selama ini daripadaNya.



10 comments:

  1. Alhamdulillahh...! Pagi tadi pun hujan walaupun sedikit.. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..hujan..kat sini belum lagi hujan
    cuaca panas memanjang rs x selesa..mungkin ada hikmahnya..ujian dariNya
    doa tu bagus..sama2 kita baca. moga hujan turun membawa rahmat sekalian alam

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...kat sabah ne lagi bape hari tak hujan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..dia orang buat pembenihan awan kan..hari ni dah tak hujan..dah tiga hari berturut-turutkan..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... smoga diperkenankan oleh Nya. thanks untuk doa itu..:)

    ReplyDelete
  6. syukur. di Kelate masih menunggu titisan hujan selepas sebulan kering...........

    ReplyDelete
  7. licha suka kalau hujan time malam.. nyenyak je nak tidur.. hihi..
    kalau siang plak cepat lapar

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah syukur.. mudah2an berakhirlah kemarau & panas yg menyengat ini.. aamiin..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...sejuk sket rasa kan.

    ReplyDelete