Tuesday 11 March 2014

#PrayForMH370- Kehilangan Pesawat MH370 Masih Misteri

Dari hari ke sehari seluruh rakyat Malaysia terutama para waris-waris pesawat yang masih hilang menunggu khabar terkini tetapi masih lagi hampa. Saya percaya pihak berkuasa terutama pihak penyelamat telah melakukan yang terbaik dalam usaha mereka mengesan pesawat MH370.

Paling memeranjatkan di laman Kosmo muka depan pada hari ini 11/03/2014 adalah pengakuan kumpulan yang tidak dikenali yang mengelar diri mereka sebagai Bridget Berani Mati China (Chinese Martyrs Bridge) yang bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370 melalui email kepada sekumpulan wartawan China. Namun Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan, sehingga kini tiada bukti kukuh kehilangan pesawat itu mempunyai kaitan dengan kumpulan terbabit. Manakala Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat berita yang disebarkan oleh media antarabangsa bahawa sebuah kumpulan yang mendakwa mewakili etnik Uyghur mengaku bertanggungjawab atas kehilangan pesawat terbabit. - KOSMO Selasa- 11 Mac 2014.

Kita hanya boleh mendengar pelbagai spekulasi tetapi biarlah pihak berkuasa yang menyiasat perkara tersebut. Kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira agama mahupun bangsa serta fahaman politk, mari kita sama-sama terus berdoa agar dipertemukan pesawat tersebut. Kepada waris-waris mangsa terlibat terutama yang beragama islam, diharapkan sentiasa tabah dan menerima segala ketentuan dariNya. Ingat, tetapkan iman dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Siapalah kita hendak menidakkan qada dan qadar. Doa kami tidak putus-putus bersama kalian.

Ya Allah...berikanlah petunjuk kepada kami dan permudahkan lah misi menyelamat ini. AMIN....

 

9 comments:

  1. Sayu hati hari hari buka tv tengok ahli keluarga mangsa :(

    ReplyDelete
  2. semoga segala urusan pencarian dan penyelamat dipermudahkanNya. amiin..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah... berilah petunjuk Mu... Semoga dipermudahkan segala urusan menyelamat & diberi ketabahan kpd ahli keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.

    ReplyDelete
  4. Tiap2 hari kalau tgk kat TV..raser tak sabar nak tahu berita terkini ...
    Bila dgr tak jumpa lg selalunya hampa ...
    Hari2 tgk tv camtu la lagaknyerr..
    tak tahu la bagaimana ahli keluarga mereka ..
    Mesti lbh dari kita duk tertunggu2 akan berita ..bagaimana keadaan meraka
    Tak dpt nak bayangkan perasaan sedih bercampur harapan ..
    Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH SWT ,..INSYAALLAH..

    ReplyDelete
  5. Semuga segala misteri terungkai segera.... dan harapan kesemua penumpang selamat...

    ReplyDelete
  6. selagi tak jumpa pesawat tersebut selagi tu la macam2 sepkulasi keluar...sekarang media asing dh mula mengecam negara kita plak...aishhh...semoga Allah makbulkan doa kita semua...

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan urusan pencarian.. doakan semoga mereka semua masih selamat..

    ReplyDelete
  8. Macam2 spekulasi. Hanya doa...doa...dan terus berdoa smoga urusan mencari dipermudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  9. Walaupun misteri awal dah terungkai, makin banyak misteri yang muncul...Semoga Allah melindungi semua mangsa...#Pray4MH370

    ReplyDelete