Thursday 6 March 2014

Hanez Suraya Tuntut Liyana Minta Maaf Secara Terbuka

Aduhai...kenapelah ade segilintir manusia yang beginikan, masih lagi nak menegakkan benang yang basah. Hangat sangat pagi ni sampai sekarang kat FB, blog-blog, instagram dan sebagainya pasal kontroversi dorang ni. Pada saya tiak perlu kot nak wat PC bagai dah terang-terang awak yang mencabar si isteri tu di melodi tu. Sampaikan Hanez suraya pada sidang media semalam meminta isteri Mr. R memohon maaf kepada dia.

Hmmmmm...kalau korang nak cite lebih lanjut korang gi kat blog-blog terkenal seperti rotikaya, oh bulan dan beutifulnara. nak tengok PC semalam ade kat Metro Harian. Oh ye...Kat blog Rotikaya tu dah ade statement dari isteri Mr. R.

“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”
Itu kenyataan balas Liyana Manan yang masih bergelar isteri kepada kekasih Hanez Suraya, Mr R selepas ditanya tentang permintaan pelakon itu supaya beliau memohon maaf secara terbuka. (Rotikaya)
Jadi pada mereka-mereka diluar sana cubalah elak bercinta dengan suami ataupun isteri orang. renung-renungkan....

Usah bercinta dengan isteri atau suami orang


Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Paling penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: "Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini."

Haram, harus dan makruh

Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Hari ini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa.

Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.

Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (Hadis Riwayat Bukhari).

Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang.

Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.

Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.

Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak.

Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.

Artikel: Kosmo / 2012



14 comments:

  1. betul3,rasa geram sangat bila baca cerita pasal dia ni..
    hmmm..artis kan...macam macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya dia diam jelah..tak payah PC tu.

      Delete
  2. eiiii sy geram btl bce psl hanez suraya ni...mmg pantang tgk pom yg suka porak perandakan umah tangga org...cbe la phm sket...sah2 awk tu pun pom...(maaf la teremosi pula kt sini...huhuuhuhu)

    ReplyDelete
  3. Statement putar belit. Memang HS yg patut minta maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...lagi pon liyana ada hak sebagai seorang isteri...HS tu sape? oppsss terover pulok..maaplah..

      Delete
  4. Mcm2 org ni.. dah salah boleh minta org minta maaf pulak.. mmg masalah org mcm ni.. huh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...si suami pulak boleh backup orang lain dari isteri sendiri...Tak pahamlah...

      Delete
  5. macam2 la diaorg ni....jgn tau cari salah orang jer...salah sendiri x tau plak...muhasabah diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju....harus cermin diri dulu sebelum menyalahkan orang lain.

      Delete
  6. Confuse pulak cerita dia ni..nway PC tu tak perlu pun..she's trying to hard to prove she's rigrt and that guy at her side..hmm..nak salahkan that guylah..he..he

    ReplyDelete
  7. Semoga semuanya settle segera dan yang berhak mendapat haknya.

    ReplyDelete
  8. kalau ikut quote dalam gambar tu, makna kata lelaki poligami bukan lelaki sejati la.. heheheh

    ReplyDelete