Wednesday 30 October 2013

Punca Marah

Hari ni saye buat entry pasal 10 Punca Marah pulak. Ish..ish..ish...ape kenalah si Wan Maruzen ni...hari tu ketawa, pastu menangis...hari ni marah pulak. Hahaha...Ketawa, menangis dan marah kan ade kait mengait jugak. So mari kite amati ape punca marah ini dan kenape.

Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sifat marah:

* rasa bangga diri (sombong)
* takjub kepada peribadi sendiril
* suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
* suka bercakap perkara sia-sia
* suka membuat fitnah
* suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
* khianat
* tamak kepada harta dan pangkat
* tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi dengki dan irihati

NABI SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah.” Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, begitu juga haiwan. Seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya.

Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah ada rumah tangga runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.

Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.

Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting.

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi SAW mengajar dalam sabdanya yang bermaksud: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.”

Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah.

Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.

Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.

Sama-samalah kite mengambil iktibar dan jauhilah sifat marah yang melampau. Bukan tak boleh marah tapi biarlah bertempat..tak gitu.

6 comments:

  1. Sabar benda paling payah nak jaga. Kadang-kadang tanpa sebab boleh jadi marah-marah. Astaghfirullah...

    ReplyDelete
  2. hm.. salu marah kalau benda tak kena. haha.

    ReplyDelete
  3. Bila marah kena cepat-cepat istighfar...Kalau nak marah Kita lebih suka sit quietly...kena cooling myself..Then In Shaa Allah hilang..

    ReplyDelete
  4. tak suka marah-marah ni tapi kalau kena marah ada la..:)

    ReplyDelete
  5. xmarah sgt....tapi xsolat mmng marah hehee adik slalu kena

    ReplyDelete
  6. kena control marah takut kena high blood pressure plak hehe...tapi susah betul...

    ReplyDelete