Friday 27 September 2013

Mat Yo Pasang Pengawal

Mat Yo bertindak memasang pengawal akibat susulan dari kontroversi isu pengawal keselamatan yang dimaki hamun dan ditendang oleh isteri beliau.

Diyakini bahawa Mat Yo memasang pengawal keselamatan semata-mata untuk mengelak dirinya dari ditemubual oleh pihak media dan tindakan itu dilakukan sebaik saja penyerang JDT itu tamat sesi latihan di Padang Seri Gelam sempena persediaan suku akhir Piala Malaysia.

Mungkin dia terdesak agaknye, yelah disebabkan kontroversi tu mesti pihak media berlumba-lumba untuk menemuramah beliau kan. Apa-ape pun diharap kontroversi ni tak lama dan tidak menjejaskan prestasi beliau untuk meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak yang disegani.

Pesan saye, tangani lah masalah dengan rasional bukan dengan emosi.

1 comment: