Saturday 21 September 2013

SUBARU WRX STI & EVO X

Hari nak cite plak pasal kete. Amboi reti ke org pompuan cite pasal kete? Sebenarnye tak tau pon tp ade lah 2 member lelaki kt opis ni yg dok cite pasal kete ni. Yg sorang cakap Subaru bestlah, yg sorang ckp Mitsubishi EVO X lg powerlah. Saye yg dengar ni pon pening. Eh lantak korang lah kan. Tp saye tgk2 gaklah dlm encik google ni. Ape yang yg menarik tentang Subaru dan EVO X ni. So saye sediakan sket info di bawah tuk tatapan korang jugak. Eh yelah tp mane tau encik suami pon nak belikan satu utk saye bawak g keje (hehehe berangan sungguh).

Model sedan Lancer Evolution X menampilkan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo, 4 sebaris. Kuasa dan tork adalah bergantung kepada pasaran tetapi kesemuanya menghasilkan sekurang-kurangnya 280 PS (276 hp, 206 kW) bagi spesifikasi Jepun; spesifikasi Malaysia pula menghasilkan 295 PS (217 kW) @ 6,500 rpm.

Versi yang dijual di Malaysia menggunakan kotak gear klac berkembar 6 kelajuan serba baru bagi menggantikan transmisi manual 6 kelajuan pada Evolution IX. Didatangkan dengan engine 2.5 litre turbocharged, DOHC 16 Valve sekaligus memberi kepuasan kepada peminat Subaru. Bukan itu sahaja, susunan dalaman yang kemas dan juga mewah mampu mengujakan sesiapa sahaja. Harga on-the-road Impreza WRX STI ini di Malaysia adalah sekitar RM 277, 619.20.

Antara spesifikasi yang datang bersama Subaru Impreza terbaru ini ialah :

• 305-hp tubocharged 2.5 litre 4-cylinder SUBARU BOXER engine
• 6 kelajuan manual
• Sistem Brek Brembo
• 18 inci BBS aluminum-alloy wheel

Bagi Subaru WRX STI pulak, pada saye reka bentuk takde lah menarik sgt tp mungkin Subaru ni terkenal dgn kereta rally. So sedikit info saye kongsikan.

Kuasa WRX STI dijana oleh enjin petrol Boxer 2.5 liter DOHC dengan pengecas turbo yang kemudiannya disalurkan kepada sistem pacuan empat roda simetri (Symmetrical AWD).


Anda boleh memilih sama ada transmisi manual atau automatik. Kedua-duanya menawarkan kombinasi kestabilan pengendalian dan pecutan responsif.

Bampar itu turut membantu menyalurkan udara ke bahagian enjin dan intercooler turbo. Fungsi sama turut dimainkan oleh scoop yang ada di atas hud enjin.Pelindung tayar jentera tersebut dilengkapi sil bagi membantu kemasukan udara serta menarik keluar haba panas dari kawasan enjin dan sistem brek.

Spoiler dan peresap belakang melengkapkan proses pengaliran udara. Kesemua komponen itu membantu faktor aerodinamik (downforce) ketika jentera dipandu pada kelajuan tinggi.

Amacam? Tepuk dada tanye selera, tak pon tepuk kocek tanye duit cukup byk ke nak beli kete-kete ni. Harge nye kalau tak silap saye untuk EVO X tu dalam RM 290,000.00 ke RM 330,000. Tapi bagi Subaru WRX STI agak murak sket lah dalam RM 249,000.00 atas jalan.

Ntah nape lah pulak saye tak dpt nak upload gambar2 kete ni. Korang rajin2kan diri cari kt encik google lah ye. So for next entry nnti saye kongsikan lagi ape2 lg cite yg menarik kt korang. Selamat berhujung minggu!!!

No comments:

Post a Comment