Thursday, 27 March 2014
Nama Timangan
Nak Tanye uolls semua tentang nama MANJA ataupun nama TIMANGAN korang ape? Dah jadi kebiasaan kite ni ada nama MANJA atau TIMANGAN sendiri kalau nama sebenar kite tu panjang atau susah orang lain nak sebut tapi ada juga yang memang sengaja memanggil dengan nama yang lain. Selalunya ibu bapa kite yang bagi nama timangan ni dari kite kecik.
Saya sendiri ada nama timangan yang diberi oleh mak dengan abah. Nama betul Wan Maruzen, mak cakap payah je nak panggil Maruzen. So mak dengan abah sepakat panggil saya dengan nama timangan MANJA....huhuhu malunye...tapi ok kot sebab saya anak perempuan mak dengan abah sorang...jangan jeles ok...Dah tua-tua gini pun rase cam muda je sebab orang panggil kite MANJA...hahahaha...
Korang syer pulak nama sebenar dengan nama TIMANGAN aka MANJA korang ye. Kadang-kadang ada nama timangan yang unik gak.
Tuesday, 25 March 2014
MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah
Cuti-cuti GIVE AWAY
Al-Fatihah dan Takziah Untuk MH370
Bila mendengar berita terkini yang telah disampaikan oleh PM, sayu hati ini. Walaupun tidak mengenali mereka tapi sebagai seorang manusia saya juga merasakan kehilangan waris-waris mereka. Al- Fatihah dan salam takziah untuk keluarga waris-waris Pesawat MH370. Tabahkan hati dan redha atas kehendakNya.
DALAM KENANGAN
DALAM KENANGAN
Tuesday, 18 March 2014
Stocktake Datang Lagi
Argggghh.......pening-pening...opps maaf ye, Khamis ni nak Stocktake tu yang tengah pening ni. Nak tally kan physical quantity dengan system. Nasib Baik 2 kali je setahun, lagi sekali kena buat stocktake bulan 9.
First barang expired dah suruh Finance Manager buat write off, jadi barang expred tu dah nyah kuar dari system. Pasni kena check secara rambang dulu physical stock sama ada tally tak dalam system. Lebih satu dua ke kurang satu dua ke boleh tutup mata lagi, jangan terlebih ke terkurang yang melampau, ada ke pengsan kena cari kenapa dan punca stock tu terlebih ke terkurang. Adoiii...tulah yang lemah...
Semalam pon dah naik juling biji mata tengok report stock yang ada. Check satu-satu supaya barang lain tak termasuk kat dalam system store ni. Oh lupe nak bagitau, saya ni bertugas sebagai Purchasing Executive di salah sebuah Hospital Swasta. In charge Puchasing dan medical store sekali. Barang medical kan..mau tak pening kalau short, kena jawab pulak tu..huhuhu...(macam tak biase pulak menjawab..hehehe)
Doakan saya berjayalah menempuh stocktake Khamis ni ye...tak mau ade negative variance...tak mau..tak mau...Chaiyokkk!!

Friday, 14 March 2014
Doa Taubat
Salam Jumaat....masih lagi mendokan agar pesawat MH370 dijumpai. Semoga segalanya dipermudahkan.
Perkongsian untuk hari ini.....
TUHANKU AKU TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU
TETAPI AKU TIDAK PULA SANGGUP MENANGGUNG SEKSA NERAKAMU
DARI ITU KURNIAKANLAH AMPUNAN KEPADAKU
AMPUNKANLAH DOSAKU
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH PENGAMPUN
DOSA-DOSA BESAR....

Tuesday, 11 March 2014
#PrayForMH370- Kehilangan Pesawat MH370 Masih Misteri
Dari hari ke sehari seluruh rakyat Malaysia terutama para waris-waris pesawat yang masih hilang menunggu khabar terkini tetapi masih lagi hampa. Saya percaya pihak berkuasa terutama pihak penyelamat telah melakukan yang terbaik dalam usaha mereka mengesan pesawat MH370.
Paling memeranjatkan di laman Kosmo muka depan pada hari ini 11/03/2014 adalah pengakuan kumpulan yang tidak dikenali yang mengelar diri mereka sebagai Bridget Berani Mati China (Chinese Martyrs Bridge) yang bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370 melalui email kepada sekumpulan wartawan China. Namun Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan, sehingga kini tiada bukti kukuh kehilangan pesawat itu mempunyai kaitan dengan kumpulan terbabit. Manakala Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat berita yang disebarkan oleh media antarabangsa bahawa sebuah kumpulan yang mendakwa mewakili etnik Uyghur mengaku bertanggungjawab atas kehilangan pesawat terbabit. - KOSMO Selasa- 11 Mac 2014.
Kita hanya boleh mendengar pelbagai spekulasi tetapi biarlah pihak berkuasa yang menyiasat perkara tersebut. Kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira agama mahupun bangsa serta fahaman politk, mari kita sama-sama terus berdoa agar dipertemukan pesawat tersebut. Kepada waris-waris mangsa terlibat terutama yang beragama islam, diharapkan sentiasa tabah dan menerima segala ketentuan dariNya. Ingat, tetapkan iman dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Siapalah kita hendak menidakkan qada dan qadar. Doa kami tidak putus-putus bersama kalian.
Ya Allah...berikanlah petunjuk kepada kami dan permudahkan lah misi menyelamat ini. AMIN....

Monday, 10 March 2014
#PrayForMH370- Kemana Hilangnya MH370
Seluruh rakyat Malaysia amat berduka cita dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Sampai sekarang pun masih tak ada berita tentang sebarang penemuan yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370. kita hanya boleh memanjatkan doa supaya semuanya dalam keadaan yang baik. Jika berlaku sebaliknya, maka kita bersama-sama memohon kepada Allah SWT supaya dapat memberikan petunjuk kepada penemuan pesawat tersebut. Siapalah kita hendak menidakkan qada dan qadar Allah SWT.
Hentikan segala spekulasi dan biarkan pihak penyelamat dan kerajaan serta negara jiran yang sama-sama memberi bantuan operasi menyelamat menjalankan tugas mereka. Sila jaga hati dan perasaan waris-waris mangsa yang turut sama menanti khabar berita. Saya kongsikan nukilan dari siapa saya tidak pasti yang ambil dari FB untuk tatapan semua.
DI MANA MH370??
Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua
MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja
Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu
Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya
Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya
Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa
Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.
Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.
MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia
Friday, 7 March 2014
Facebook Kami Sokong Liyana Manan Ditubuhkan
Wahhh!!! Nampaknye fenomena baru dah muncul ni... Atas dasar mahu menunjukkan sokongan, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan telah pun ditubuhkan...hari ni tgk jumlah LIKE...fuhhh!!
Menariknya, laman ini turut digunakan untuk berkongsi beberapa lagi gambar mesra Hanez Suraya dan Romie.
Tu je nak share.

Thursday, 6 March 2014
Hanez Suraya Tuntut Liyana Minta Maaf Secara Terbuka
Aduhai...kenapelah ade segilintir manusia yang beginikan, masih lagi nak menegakkan benang yang basah. Hangat sangat pagi ni sampai sekarang kat FB, blog-blog, instagram dan sebagainya pasal kontroversi dorang ni. Pada saya tiak perlu kot nak wat PC bagai dah terang-terang awak yang mencabar si isteri tu di melodi tu. Sampaikan Hanez suraya pada sidang media semalam meminta isteri Mr. R memohon maaf kepada dia.
Hmmmmm...kalau korang nak cite lebih lanjut korang gi kat blog-blog terkenal seperti rotikaya, oh bulan dan beutifulnara. nak tengok PC semalam ade kat Metro Harian. Oh ye...Kat blog Rotikaya tu dah ade statement dari isteri Mr. R.
Usah bercinta dengan isteri atau suami orang
Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Paling penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: "Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini."
Haram, harus dan makruh
Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Hari ini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa.
Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.
Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (Hadis Riwayat Bukhari).
Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang.
Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.
Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.
Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak.
Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.
Artikel: Kosmo / 2012
Hmmmmm...kalau korang nak cite lebih lanjut korang gi kat blog-blog terkenal seperti rotikaya, oh bulan dan beutifulnara. nak tengok PC semalam ade kat Metro Harian. Oh ye...Kat blog Rotikaya tu dah ade statement dari isteri Mr. R.
“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”
Itu kenyataan balas Liyana Manan yang masih bergelar isteri kepada kekasih Hanez Suraya, Mr R selepas ditanya tentang permintaan pelakon itu supaya beliau memohon maaf secara terbuka. (Rotikaya)
Jadi pada mereka-mereka diluar sana cubalah elak bercinta dengan suami ataupun isteri orang. renung-renungkan....Usah bercinta dengan isteri atau suami orang
Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Paling penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: "Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini."
Haram, harus dan makruh
Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Hari ini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa.
Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.
Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (Hadis Riwayat Bukhari).
Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang.
Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.
Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.
Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak.
Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.
Artikel: Kosmo / 2012
Wednesday, 5 March 2014
Petua Kecantikan Wajah
Happy Wednesday!! Wah nampaknye tips -tips untuk kesehatan rambut mendapat perhatian ye sebelom ni, bagus-bagus...mestilah sape yang tak nak jage penampilan untuk kelihatan cantik kan?? Ok2 saya dengan rase gembira nak kongsikan pulak tips-tips untuk muka / wajah. Hah sukelah tu..bukan main meleret lagi senyuman tu ye..mana tau kan kalau serasi boleh jimatkan kos dari beli produk2 kat pasaran yang jauh lebih mahal dan belom tentu berkesan, betul tak?
Menegangkan Kulit Muka
Ambil sebiji ubi kayu dan timun, timun tu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dulumatkan. Kemudian campurkan kedua2nya dengan sedikit air. Kacau rata (mcm buat kuih pulak..hehehe) dan jangan terlalu cair. Selepas itu, saukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh.
Menghilangkan Parut
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. lama kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Menghaluskan Kulit Muka
1. Bancuh sedikit asam jawa bersama bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia kering lebih kurang 15 minit selapas itu bilas.
2. Didihkan susu segar ataupun susu tepung bercampur air (jgn pandai2 pkai susu anak pulak, kang anak tu tak cukup susu pulak). Biarkan ia sejuk. Selepas itu sapukan pada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
Melicinkan Dan Memerahkan kulit Muka
Ambil sebiji tometo masak, lecek hinggan halus. kemudian pupurkan diseluruh kulit muka. Biarkan kering selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan 2 ke 3 kali seminggu.
Selamat mencube!

Tuesday, 4 March 2014
Hujan Itu Rahmat
Alhamdulillah....pagi-pagi keluar rumah sekali rase ada titisan-titisan hujan....bersyukur sangat-sangat. Yelah kan, setelah beberapa lama
dah kemarau dengan hutan terbakar, rumput jadi kering, cuaca berjerebu serta ditambahkan lagi dengan empangan yang hampir surut sampai bercatu-catu air di sesetengah kawasan maka hari ini kebanyakan sekitar lembah Kelang dikurniakan hujan...Ya Allah...inilah hujan rahmat. Saya tak pasti dinegeri atau dikawasan lain sama ada hujan atau tidak. Sesiapa yang ade info untuk dikongsi boleh kite kongsi bersama.
Dalam pada itu marilah kite sama-sama membaca doa ini ketika hujan turun. Mudah-mudahan ianya memberi seribu rahmat kepada hidupan di muka bumi ini.
Ya Allah, bertapa banyaknya nikmat Hujan yang telah Engkau berikan ketika dalam keadaan hujan. Mudah-mudahan doa kita diterimaNya.
Lihatlah Firman Allah SWT yang bermaksud:
"....Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air(hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)menyimpannya."
(al-Hijr : 22)
".... Allah, dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, Maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.
(Ar-rum:48)
"....Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu Telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu, Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti Itulah kami membangkitkan orang-orang yang Telah mati, Mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.
(Al A’raf:57)
Moga menjadi iktibar pada kita semua dikemudian hari kerana kita telah pun diuji dengan kemarau yang baru sedikit. Jadi, janganlah kita mengeluh apabila hujan turun. Dengan menguji kesabaran hamba-hambanNya, menjadikan kita sebagai hamba yang tahu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan selama ini daripadaNya.

Subscribe to:
Posts (Atom)