Friday 24 January 2014

RON95 Untuk Golongan Yang Layak?

Makin ditekan-tekan rasenya jadi rakyat bawahan ni...terbaru subsidi minyak untuk RON95 mungkin akan dijual pada yang layak sahaja aka golongan miskin. Apa maksud "yang layak sahaja dan hanya golongan miskin"? Nak tau jugak ape kiteria bagi yang layak dan yang tak layak. menteri-menteri pon pakai kete besar-besar nape tak isi minyak pakai duit sendiri? Kan tak adil bagi rakyat.

Kenyataan Penuh Ku Nan
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

Apa pendapat korang pasal isu ini? Nampaknya pasni kite semua kena tunjuk slip gajilah kalau nak beli minyak....

6 comments:

  1. hakikat yg sebenarnya tidak pernah ada subsidi pun kat Malaysia nih.
    harga pasaran lg rendah dari harga kat sini.
    huhu

    ReplyDelete
  2. Macam-macam dia orang ni..dan-dan sekarang ni dia kata berita ni tak betul..Hmmm...

    ReplyDelete
  3. Keja gila...pas ni semua org pakai kereta kancil...gaji besar klau pakai kancil pon layak beli ron95...ini bkn idea yg bagus..ni nk jahanamkan rakyat..

    ReplyDelete
  4. Alamak, saya tak ada slip gaji. Mesti tak layak. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Ermm.. nak salahkan depa sepenuhnya pun tak boleh... dah sapa suruh kita pilih penyamun sebagai pemimpin...

    ReplyDelete
  6. macam-macam la, kena tunjuk slip gaji klau nak beli minyak..lawak la plak bila dengar..emm

    ReplyDelete