Tuesday 21 January 2014

Pengeluaran Tanpa Kad Dari Maybank

Nak Syer kat sini bahawa maybank lagi sekali membuat satu pembaharuan...wow ape tu? Ianya adalah Pengeluaran Tanpa Kad Dari Maybank! Kalau mase shopping-shopping tu sekali terlupe pulak bawak beg duit bile sampai kaunter, mesti kite rase panik kan?

Dengan adanya kaedah ini kite boleh mengeluarkan duit tanpa kad ATM kite dengan menggunakan handphone saje.Ini adalah inovasi terbaru daripada Maybank yang dinamakan “Cardless Withdrawal” atau “Pengeluaran Tanpa Kad”. Bukak laman web atau apps Maybank2u di handphone, macam biase masukkan username dan password dan tekan butang “Transfer”.

Ada 2 pilihan di “Cardless Withdrawal” ini. Kalau untuk kali pertama, korang kena gunakan “Open Cardless Withdrawal”. Tekan pautan tersebut dan korang akan dibawa ke screen yang berikutnya.


Okay, pastu masukan nombor telefon penerima wang yang akan korang hantar daripada akaun Maybank korang. Masukkan nombor telefon korang sendiri ye sebab korang yang akan terima duit tersebut. Jangan lupe masukkan juga nama penuh. Amaun yang boleh dipindahkan ialah RM100, RM200 dan RM300. Pastikan semua info yang korang masukkan itu betul dan tekan butang "continue"

Seperti biasa korang kena masukkan “TAC” untuk meneruskan pemindahan wang ini. Masukkan “TAC” yang diterima menerusi SMS dan korang bakal menerima satu lagi SMS yang mengandung “Withdrawal Code”. Code ini amat penting ok dan jangan sesekali bagi orang lain baca. Langkah seterusnya ialah mencari salah satu daripada 400 mesin ATM untuk mengeluarkan wang korang.


Langkah seterusnya pabila korang dah berada kat mesin ATM , Korang cume perlu tekan butang "Enter"
di mesin tersebut. Kemudian terus pilih “Cardless Withdrawal”. Masukkan “Transaction ID” dan “Withdrawal Code” yang dihantar menerusi SMS tadi. Hah pastu ape lagi, amik duit tu dan pegilah bayar barang yang korang beli tadi. Mudah kan.....



  1. Senangkan..bila terbaca ni..teringat hari tu kita nak buat entry pasal ni..dah terlupa..thanks mengingatkan kita wan..

    ReplyDelete
  2. wahh mudahnya..tp in terms of security mcm mane ye..selamat x agak2..eheh

    ReplyDelete
  3. Oooo... gitu pulak ye... ermm.. tak pe kita bagi masa skit dulu... tengok ada komplain fraud tak... kalau takda meaning selamat la tue... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol...kite tunggu...tgk ade komplain fraund ke tak...:D

      Delete
  4. Wuuu, dunia semakin maju menjelang wawasan 2020. :)

    ReplyDelete
  5. wahh makin maju..kalau terdesak boleh guna gak ni tapi sejauh mana pulak keselematannya kan..bette byr cash :)

    ReplyDelete