Wednesday 8 January 2014

Diskaun!!!

Wah!! Tajuk entry bukan main lagi kan? Alah cube korang pikir, kalau kite kena saman dengan pihak berkuasa mesti saman tu kite kena bayar betol tak? Tapi kadang-kadang pihak berkuasa pon ade menawarkan diskaun apatah lagi kalau saman kite tu berkoyan-koyan. Kalau dapat diskaun separuh bayaran pon dah kire bersyukurlah sangat. Masing-masing teruja sangat untuk membayar saman kerana adanya diskaun.

 
Tapi alangkah baiknya kalau kite jugak teruja dengan diskaun dosa yang Allah SWT tawarkan. Apa-apa pun, sesiapa yang merasai dirinya banyak "saman dosa", mari semak antara senarai amalan DISKAUN dosa yang Allah SWT tawarkan. Berita baiknya, tawaran ini berlanjutan sepanjang hayat dan bukan ikut musim.

1. Taubat

2. Istighfar

3. Lakukan kebaikan

4. Zikir Selepas Solat -"sesiapa yang setiap kali selepas solat bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali, bertakbir 33 kali, iaitu 99 kesemuanya, kemusian dia akhirkan dengan
maka Allah ampunkan kesalahannya meskipun sebanyak buih dilautan." (Riwayat Muslim)

5. Mati Shahid

6. Berwuduk Sempurna

7. Langkah ke masjid

8. Bersedekah

9. Solat Taubat

10. Zikir - "Sesiapa yang berzikir sebanyak 100 kali dalam sehari, berguguranlah dosanya sekalipun sebanyak buih di lautan." (Riwayat al-Bukhari)

11. Zikir Kaffaratul Majlis- "Sesiapa yang duduk berkumpul lalu banyak sembangnya. Namun sebelum beredar dia mengucapkan:
maka Allah ampuninya ketelanjuran yang dilakukan dalam perhimpunan tadi.: (Riwayat Abu Dawud)

12. Solat Fardu

13. Puasa Hari Arafah Dan Hari Asyura


 



Semoga dengan amalan-amalan ini kite dapat meringankan dosa-dosa kite dan mudahan-mudahan ianya diterima oleh Allah SWT. Amin...


1 comment:

  1. salam kak wan..moga kita sentiasa memperbaiki diri menjadi yg terbaik..amin..
    tq kak wan singah blog sue

    ReplyDelete