Monday 20 January 2014

Antara BB Cream dan Foundation Cream

Pemalas sungguh sejak akhir2 ni...hehehe...bukan pemalas tapi sejak anak-anak naik skolah ni, mase tak mengizinkan saya nak mengupdate entry baru.

Baru-baru ni gatal pulak nak cube benda baru, tapi tak tau yang mane satu yang lebih baik. Sama ada BB Cream ataupon Foundation Cream. Mase lunch time sempat gaklah merayap-rayap kat Watson dok usha benda2 ni. Pastu balik opis google lah dan jumpe info2 untuk dikongsikan. Tapi saya rase kebanyakan orang dah tau, cume saya je yang tak berapa reti sangat pasal barang2 make-up ni. Hishhhh...kuno betol..hahaha..

Perbezaan Antara BB Cream dan Foundation


. Liputan ( Coverage ) – krim BB memberi perlindungan kurang daripada krim foundation dan juga ianya lebih cair dan tidak tebal. Bagi anda yang kurang gemar memakai mekap tetapi mahukan kulit yang sekata, anda boleh memakai krim BB.

2. Faedah penjagaan kulit – krim BB mungkin menyediakan lebih banyak faedah penjagaan kulit, biasanya dengan tambahan bahan-bahan tertentu untuk menghidrat atau membaiki kulit anda manakala krim asas cecair adalah hanya untuk dipakai sebelum mengenakan solekan. Biasanya krim BB disertakan dengan sunblock, pemutih wajah, ataupun pelembap.

3. Warna – krim BB mempunyai julat warna yang sangat terhad , biasanya 1 atau 2 warna – yang berada dalam pelbagai warna natural – NC25 dan ke bawah. Krim cecair asas ( foundation ) cenderung untuk mempunyai 5 hingga 10 warn. Anda juga perlu berhati-hati dengan undertones krim BB yang cenderung untuk menjadi merah jambu dan bukannya kuning yang boleh membuatkan warna kulit anda nampak kelabu atau ashy.

4. Penggunaan – krim BB adalah yang terbaik digunakan dengan jari anda. Hanya titik sedikit produk di seluruh muka dan tepuk produk ke dalam kulit dengan jari anda sehingga anda mempunyai kulit wajah yang sempurna. Cecair asas boleh digunakan dengan berus stippling, paddle brush, atau jari anda sendiri.

Pada korang yang suke main make-up make-up ni, ape yang korang boleh suggest kat saya...brand mane yang ok untuk BB Cream atau Foundation Cream..leh saye survey2...

Kalau lepas pakai BB Cream tu terus pkai make-up ok ke atau pon Foundation Cream? Yelah sebab hari-hari dok pkai blusher bagai gi opis...tolong saya choose please....


4 comments:

  1. Kita guna BB stick maybelline ..senang and smooth...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok gak tu Raudzah...saye ade gak belek2 BB Stick Maybeline tu...

      Delete
  2. :D idah tak pakai dua2 tu pgi keja... pakai skali skala jer klau ada dinner ker... idah guna jenama revlon yg liquid foundation..

    ReplyDelete