Friday 27 December 2013

Potong Kuku Pada Hari Tertentu

Salam jumaat, sejak akhir-akhir nie sibok sikit dengan persediaan anak-anak nak ke skolah. Korang pulak macam mane? Okeylah..tak nak membebel panjang2 nnti korang bosan pulak..hehehe...kita terus je ke entry yang saya nak kongsikan pada hari Jumaat yang mulia ini.

Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya adakah benar kalau ingin memotong kuku ada harinya?

Memotong kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara jang­gut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.” (Riwayat Muslim)

Menurut Imam Syafie, disunatkan memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sama seperti mandi, bersugi, memakai haruman sebelum ke masjid.

Menurut riwayat Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku
dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Berkenaan terdapat hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan mengerat kuku berkenaan. Ia boleh dilakukan tanpa mengikut hari tertentu.

Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat.

Justeru, sunat memotong kuku pada hari terbabit manakala memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu.



3 comments:

  1. betul tu. licha pun tunggu hari jumaat baru nak ptong

    ReplyDelete
  2. Potong kuku.. trim misai pun dapat pahala kan... :D

    ReplyDelete
  3. bab potong kuku mmg selalu amalkn hari jumaat jerk. ^^

    ReplyDelete