Monday 9 December 2013

Kerja Seorang Suri Rumah

Malasnye nak gi keje pagi2 ni....tapi disebabkan hari Rabu Public Holiday kat Selangor ni, jadinye saye terpakse motivate diri sendiri....hehehehe....terok bebenor perangai kan..Okey...Entry hari ni yang saya nak kongsikan adalah SURI RUMAH SATU PROFESION.

Walaupun tugas Suri Rumah kadang kala dipandang rendah oleh sesetengah golongan atau masyarakat tetapi adakah kite sedar yang Suri Rumah juga merupakan satu Profesion? Kebanyakan orang tidak menyedarinya dan disini saya kongsikan serba sedikit dialog antara seorang kaunselor dengan seorang suami yang sedikit kecewa dengan isterinya kerana kurang melayannya dan beliau berasa si isteri tidak menghargai penat lelah dia bekerja sedangkan isterinya tidak bekerja dan merasakan si isteri tadi hanya berehat sahaja di rumah serta tidak merasakan tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.

Kaunselor: Apakah pekerjaan Encik?

Suami: Akautan.

Kaunselor: Isteri kamu?

Suami: Tidak bekerja, dia hanya suri rumah.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Suami: isteri saya yang sediakan sebab tak bekerja.

Kaunselor: Pukul berapa isteri kamu bangun untuk menyiapkan sarapan pagi?

Suami: Pukul 5 pagi sebab saya akan pergi kerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor: Siapa yang menyiapkan anak ke sekolah dan bagaimana anak encik ke sekolah?

Suami: Isteri saya yang menyiapkan anak dan menghantar anak ke sekolah sebab dia tak   
bekerja.

Kauselor: Selepas hantar anak isteri encik buat ape?

Suami: Pergi ke pasar kemudian balik memasak dan kemas rumah.

Kaunselor: Selepas encik bekerja encik balik ke rumah, apa yang encik buat?

Suami: Saya berehat kerana seharian saya bekerja.

Kaunselor: Apa isteri encik buat?

Suami: Sediakan makan, melayan anak, mengemas, melipat baju dan dia ada mengambil upah menjahit . Dia menjahit sehingga lewat malam sebab dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita diatas, anda rasa siapa yang melakukan lebih kerja? Rutin seharian si isteri dari subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan berkerja, ye kan?

Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukan mengharapkan balasan, tetapi tidak salah sekiranya seorang suami dapat memberikan ganjaran.


PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

7 comments:

  1. suri rumah lagi penat kottt.... smpai malam buat keje

    ReplyDelete
  2. btol tu. kekadang memang suami tak memahami kepenatan isteri...

    Singgah sini nak share link penulisan budu ..sambungan yg hr tu Kerna Seorang Lelaki

    ReplyDelete
  3. kerja yang tak pernah stop. setiap ari kena OT.. hihi

    ReplyDelete
  4. Ermm.. jadi surirumah memang betul2 penat... respek la sapa yg jadi surirumah nie..

    Idah rasa hujung minggu tu jer pun dah tak larat... ini kan hari2.. huhu...

    ReplyDelete
  5. betul tu sis, itu lah pengorbanan seorang isteri..:)

    ReplyDelete
  6. Singgah untuk tinggalkan link sambungan penulisan Budu Kerna Seorang Lelaki

    ReplyDelete