Thursday 7 November 2013

Pulau Misteri

Sebuah pulau yang terletak di Selatan Mexico City, orang Sepanyol menyebutnya “La Isla de la Munecas”. Dikatakan bahawa pulau aneh ini sangat berhantu dan ada penunggunya. Kewujudannya amat menyeramkan kerana pulau ini dipenuhi oleh patung-patung yang bergantung di pokok-pokok. Patung-patung itu seperti dalam filem “Chaky Dolls”, seperti itulah menyeramkan pulau ini.

Pengunjung yang datang ke pulau itu memberikan komen bahawa mereka seperti diawasi oleh mata-mata kemana saja mereka pergi. Seram pula kan...

Mengikut mitos kononnya di pulau itu ada seorang lelaki yang bernama Don Julain Santana yang telah menghabiskan selama 50 tahun hidupnya sendirian di pulau itu. Khabarnya Don Julian Santana mengakui sering dihantui oleh hantu anak gadis kecil yang hilang kerana tenggelam di dasar laut sekitar pulau itu dan dihantui anak gadis kecil yang meminta anak patung dari Don.


Sejak dari itu Don Julian Santana menggantung anak patung di hampir setiap pohon di sekitar rumahnya untuk menenangkan roh anak kecil itu. Kemudian pada tahun 2001, Don Julian ditemui mati oleh anak saudaranya dimana anak gadis kecil itu tenggelam. Kini pulau itu menjadi kawasan paling aneh di dunia. Sejumlah pengunjung mengakui mereka boleh mendengar bisikan-bisikan aneh ketika menjejak kan kaki ke pulau tersebut. Bisikan halus seperti desiran angin itu seolah-olah mengatakan bahawa anda harus membawa hadiah bila datang ke pulau tersebut. Hadiah itu bertujuan menenangkan roh.

Fuhh...itu mesti banyak sangat setan-setan dan jin-jin yang berumah kat situ. Maklumlah mereka tu memang sering nak menguji dan menyesatkan manusa, tak gitu?

10 comments:

  1. Alamak..seramlah pulak wan..scroll cepat-cepat tak sempat tengok gambar..he..he

    ReplyDelete
  2. Mengerikan... :D
    Singgah BW.. Selamat pagiii.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear...dh singgah blog awak jugak and done follow u..

      Delete
  3. salam singgah. 'mesti banyak sangat setan-setan dan jin-jin yang berumah kat situ' setuju! apatah lagi bila ada pemujaan

    ReplyDelete
  4. Wuw, siapalah yang berani nak ke sana. Nampaknya memang menakutkan.

    ReplyDelete
  5. kenapa gantung patung2 tu kat pokok? ohh.. menakutkan .. huhu

    ReplyDelete