Monday 25 November 2013

Gejala Dan Punca Cirit-Birit

Baru-baru ni satu famili kena cirit-birit. Mungkin sebab beli kuih kat tepi jalan. Yang terok kena ialah anak sulong saye...sampai muntah-muntah..kesian dia..tapi nasib baik dia cepat recover...cume lepas satu ke dua hari tu perot agak memulas-mulas sket. Untuk korang kat luar sane tu saye syerkan sket gejala-gejala dan punca-puncanya.
Genjala- genjala

v Peningkatan kekerapan membuang air besar.
v Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan
    abdomen.
v Terdapat angin atau kentut yang melampau.
v Kehilangan selera makan.
v Adakalanya demam.
v Adakalanya terasa mual dan muntah.
v Sakit otot.

Punca- punca Cirit- Birit

v Meminum air yang tercemar.
v Memakan makanan yang tercemar.
v intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
v Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba

Apa Yang Boleh Dilakukan

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.

v Minum banyak air.
v Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
v Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
v Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
     pisang yang dimasak.

v Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
    dihadam.

v Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, sila dapatkan nasihat doktor.
v Ambil ubat untuk cirit-birit selepas berjumpa dengan doktor.

4 comments:

  1. teringat pulak kes cirit birt makan kenduri yg smpai meninggal tu..

    ReplyDelete
  2. Bahaykan...kita cukup risau kalau beli/makan kat luar tapi beli jugakakn..moga dijauhkan..terningat kes kat kedah hari..sekarang ni musim kenduri kena hati-hati...

    ReplyDelete
  3. cik blogger, salah eja tu..bukan genjala..tapi gejala.nanti anak2 tengok, malu..hihihihi

    ReplyDelete
  4. ika pernah alami juga,hehe klau sakit mcm ni jgn la ambik risiko pergi jln-2..slalu jadi klau mkn mkanan pedas je..:)

    ReplyDelete