Monday 11 November 2013

Cheese Oh Cheese

Kasi tajuk cheese konon...hehehehe...saje nak cakap omputih. Keju kalau makan dengan roti sedap, wat macaroni and cheese...fuhhh lagi sedap...Tapi tahukah korang asal usul keju ni? Mari kite mulekan pembacaan kite...wah macam cikgu pulak...hehehe...

Asal Usul Keju
  • Sejarah menunjukkan pembuatannya sudah dihasilkan sejak zaman prasejarah. Namun, tiada bukti pasti di mana pembuatan keju pertama kali dilakukan sama ada di Eropah, Asia Tengah, mahupun Asia Barat. Bagaimanapun, kajian dibuat mendapati amalan pembuatan keju sudah tersebar ke Eropah sebelum zaman kuno Romawi.
  • Sementara, perkiraan awal menunjukkan bahawa pembuatan keju bermula antara 8000 hingga 3000 Sebelum Masihi manakala pembuat keju pertama dikatakan, adalah masyarakat di Asia Barat atau suku nomad di Asia Tengah. Bukti arkeologi pertama mengenai pembuatan keju pula ditemukan pada mural di makam Mesir Kuno yang dibuat pada 2000 sebelum masihi.
  • Biar mana sekalipun asal usul dan bila pembuatannya bermula, makanan padat yang dibuat daripada susu haiwan itu antaranya lembu, kambing dan unta ternyata dikenali di seluruh dunia. Malah, kini terdapat ribuan jenis keju di dunia yang menawarkan pelbagai khasiat tersendiri.


Perkara Menarik Mengenai Keju

  • Terdapat pelbagai jenis keju. Setiap satu menampilkan kelainan sama ada dari segi gaya, rasa dan teksturnya. Keadaan ini bergantung dari mana sumber susu yang digunakan untuk membuat keju berkenaan diperoleh. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh diet yang diambil oleh haiwan terbabit.
  • Walaupun ada beratus-ratu jenis keju yang dihasilkan di seluruh dunia, secara umum cara pembuatannya adalah sama yang mana
  • Jenis keju boleh dibezakan berdasarkan cara pembuatannya. Umumnya, ada dua kelompok besar keju iaitu keju segar dan keju padat.
  • Terdapat beberapa kajian yang diutarakan oleh pakar pemakanan bahawa keju yang berbeza menyediakan fungsi atau manfaat pada tubuh yang juga berbeza.
  • Keju popular sebagai antara makanan berkhasiat kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien berguna. Ia juga adalah sumber penting yang membekalkan karbohidrat, kalsium, fosforus, zink, riboflavin, protein dan lemak. Selain itu, ia turut menyediakan vitamin serta mineral seperti vitamin A dan vitamin B12.
  • Walaupun keju berkhasiat, bagi mereka yang alah dengan laktosa, selain penderita sakit ginjal, jantung dan hati, pakar pemakanan menganjurkan pengambilan keju perlulah dihadkan kerana keju juga mengandungi garam dan lemak yang agak tinggi.


macam cite kartun Tom & Jerry kan.....hehehe


5 comments:

  1. Kita suka cheese cake ...sedap..

    ReplyDelete
  2. Baca nie teringat kat lasagna.. ermm.. chedapnya.. :D
    Good n3.. :D

    ReplyDelete
  3. Sewaktu saya ke London tempoh hari, banyak kali saya terjumpa gerai yang menjual pelbagai jenis keju. Ada yang berkulat lagi. Saya dah terlupa dalam entri mana, tetapi kalau akak nak tengok gambar-gambarnya, cuba geledah entri saya dengan label 'kembara penulis muda'. :)

    ReplyDelete
  4. salam kak....teringat pulak sue kat kek cheese...suka sangat

    ReplyDelete
  5. suka sgt mkn cheese :) cheesecake lagi la suka

    ReplyDelete