Saturday, 28 December 2013

Khutbah Yang Menggoncang Dunia !

Tersentuh hati taktala mendengar kuthbah yang disampaikan...mengalir airmata melihat penderitaan. Sesungguhnya kebangkitan yang dijanjikan itu pasti akan datang jua..



Friday, 27 December 2013

Potong Kuku Pada Hari Tertentu

Salam jumaat, sejak akhir-akhir nie sibok sikit dengan persediaan anak-anak nak ke skolah. Korang pulak macam mane? Okeylah..tak nak membebel panjang2 nnti korang bosan pulak..hehehe...kita terus je ke entry yang saya nak kongsikan pada hari Jumaat yang mulia ini.

Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya adakah benar kalau ingin memotong kuku ada harinya?

Memotong kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara jang­gut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.” (Riwayat Muslim)

Menurut Imam Syafie, disunatkan memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sama seperti mandi, bersugi, memakai haruman sebelum ke masjid.

Menurut riwayat Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku
dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Berkenaan terdapat hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan mengerat kuku berkenaan. Ia boleh dilakukan tanpa mengikut hari tertentu.

Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat.

Justeru, sunat memotong kuku pada hari terbabit manakala memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu.



Friday, 20 December 2013

Bercuti Ke Langkawi Part 2

Tanpa membuang mase saye teroskan Part 2 pulak ye...tempat-tempat yang harus anda lawati ketika di Langkawi..aikk...sendiri pon tak abis ronda lagi, hehehe..


Pekan Kuah

Pekan kuah ni adalah sebuah pekan kecil tetapi kini dah maju ok, tapi tak sesibuk cam kat bandar-bandar besar lain. Kat Pekan Kuah nilah korang boleh menjulingkan biji mata dengan berbagai-bagai perkakas dapor dan sebagainya dengan harga yang murah. Mestilah murah sebab bebas cukai kan. Tempat yang harus pegi untuk julingkan mata korang adalah Idaman Suri dan Haji Ismail Group, tak ketinggalan Langkawi Saga. Kata orang perkataan "KUAH" ni berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan diantara 2 ekor gergasi sehingga menyebabkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ni. Jadi sempena peristiwa tersebut maka pekan itu diberi nama "KUAH".

Dataran Helang

Terletak berhampiran Jeti Kuah, Dataran Helang adalah mercu tanda dan tarikan di Pulau Langkawi. Tak sah rasenye kalau tak amik gambar Helang ni kan. Dengar cerita Langkawi mendapat nama dari Helang. Dalam bahassa melayu lama, "kawi" bermaksud perang kemerahan. Oleh itu Langkawi bermaksud "Helang Perang Kemerahan".



Makam Mahsuri

Makam Mahsuri ni terletak tidak jauh dari bandar Kuah. Sejarah Mahsuri rasenye semua tau kan. Tentang seorang wanita yang bernama Mahsuri dituduh berkelakuan sumbang dan dihukum bunuh. Menurut lagenda, darah yang keluar dari tubuh Mahsuri berwarna putih dan beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan. Tetapi pada masa sekarang, Langkawi telah membangun dengan pesat sekali.

Bayaran yang dikenakan untuk memasuki Makam Mahsuri adalah RM 7.00 bagi dewasa dan RM 3.50 bagi kanak-kanak.

Oriental Village Park

Tempat terletaknya cable car ke Gunung Mat Chinchang. Harga tiket RM 30.00 bagi dewasa dan RM 20.00 bagi kanak-kanak, tetapi warganegara dapat setengah harga ok, bagi je mykad korang tu mase purchase tiket. Saye tak naik pon, dua kali datang dua-dua kali tak dapat naik sebab orang terlalu ramai. Last-last dok jalan2 jelah kt situ. Pastu tu budak kecik 3 orang ni naik belakang rimau...hahaha

Tempat cable car


kalu rimau tu boleh cakap dah lama dah rimau tu sound...sakitlah belakang aku...hehehe


Telaga Tujuh
Dinamakan Telaga Tujuh hasil dari air terjun yang terbentuk daripada pecahan tujuh telaga semulajadi. Ini pon tak pegi, saye lalu je sebab mak dan abah cakap tak laratlah nak panjat sampai atas..nnti tercabut kepala lutut...hahaha...Kalau korang rase larat nak panjat sampai atas, ok lah.


Beras Terbakar

Beras terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar ekoran dari peristiwa selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya yang mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan tentera Siam.


beras terbakar yg berwarna hitam

tapak di telah dipagar

Underwater WorldUnderwater worl menempatkan ikan-ikan besar dan juga peguin yang comel...ala-ala..tengok pengui tu geram je...dengan terkedek-kedek dia berjalan. Harga tiket masok seperti berikut:

Harga Tiket
Warganegara dengan Mykad
Dewasa — RM28
Kanak-kanak — RM18

Pelancong Asing
Dewasa — RM38
Kanak-kanak — RM28

Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 10:00 pg – 6 ptg
Cuti Awam : 9:30 pg – 6:30 ptg


Banyak lagi tempat-tempat yang menarik tetapi mase tak mengizinkan. Next kalau datang lagi saye nak ke pulau-pulau pulak. Ohh tak lupe jugak beli minyak gamat...hehehe..terdapat banyak tempat yang menjual minyak gamat ni tapi disebabkan ternampak banner Rojam saye pon singgah lah...kalau kite beli RM 20.00 keatas kite dapat beli minyak gamat pada harga RM 5.00 per 12 botol...huhuhu...berbaloi...ape lagi segala minyak hangin saye beli pastu dapat RM 5.00 per 12 botol minyak gamat. Kat sebelah tu ade sebuah periuk yang menunjukan minyak gamat sedang dimasak...orang jakin ape lagi jenguklah..hehehe

minyak gamat yang sedang dimasak




Ok...pada sesiape yang ke Langkawi tu, pastikan korang pergi ke tempat-tempat yang korang ingin lawati ye dan sediakan kipas tangan atau topi sebab kalau panas memang tersangatlah terik...Enjoyyyyy!!!



PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Thursday, 19 December 2013

Bercuti Di Langkawi Part 1

Tak sempat nak update blog. Ni pon curi-curi mase..hehehe...tak nak berleter panjanglah. Ni saye nak kongsi aktivi saye sepanjang berada di Langkawi dan sedikit info untuk anda semua.

Baru-baru pegi bercuti lagi ke Langkawi. Kali ni bawak kete pulak sampai Kuala Perlis. Bertolak dari rumah kol 3.30 pagi, sampai di Kuala Perlis sekitar jam 9.00 pagi. Kitaorang memang nak park kete kat Kuala Perlis je, sebab nak kan jalan air tu biar pendek sket...bukan ape, takot mabok laut pulak. Jangan risau pasal parking sebab ade yang akan menjaga kete kite sepanjang kite meninggalkan kete kat Kuala Perlis tu, bayar jelah dik nun...but ok je.

Beli tiket 4 dewasa 2 kanak-kanak semua sekali RM 98.00, harga seperti berikut.




Kalau korang bercadang hendak bertolak dari Kuala Kedah pulak harga tiket seperti berikut:



Tempat penginapan kitaorang mestilah Tanjung Malie Motel Resort kat Pantai Chenang. Setiap kali datang kami akan menginap disini..amboi bunyi macam selalu je gi langkawi kan...taklah ini adalah percutian kali kedua ke langkawi. Tanjung Malie merupakan tempat penginapan yang boleh dikata berpatutan. Bilik kami ade 2 katil queen size dan saye mintak satu extra tilam..punyelah baik tuan motel ni sampai tilam extra pon dia tak charge...terima kasih kak Aini. Pada sesiapa yang nak bercuti ke langkawi dan nak menginap di Tanjung Malie boleh call Puan Noraini di 012-4106891 untuk tempahan bilik.



Check in pastu gi makan tengah hari kat Tanjung Malie tu gak sebab malas nak gi jauh-jauh. Pas makan aktiviti adalah tido sekejap. Hehehe...charge baterilah kan nanti nak merayap takde lah penat. Dalam kol 3 petang kami menuju ke jalan gi airport tok perkena laksa dan cendol. Hari pertama kami makan di Laksa Power, ramai juge blogger2 yang rekemen. Hari kedua jalan yang same cume tempat makan je lain iaitu Laksa Pulau. Hmmmm....ape saye boleh komen adalah kedua-dua laksanya ok, cendol pon ok tapi yang beza ialah rojak. Hah...sebab kat Laksa Power lebih banyak pilihan rojak dan kuah rojaknya sedap.





 


Pada malam hari di hari pertama, lepas menjulingkan mata kat Idaman Suri dan Haji Ismail Group, kitaorang pergi serbu pasar malam di Padang Lalang. Pada sesiapa yang nak berjimat macam saya, leh lah terjah je pasar malam ni. watpe nak membazir sangat ye tak...hehehe...macam-macam yang kitaorang beli. Pulut durian lah, nasi kandar semestinye, pulut panggang yang sedap sebab ade udang kat dalam tu ok..murah pon murah 3 biji seringgit. Tapau bawak balik chalet mamam....Hari kedua pulak saye terjah pasar malam kat Pekan Kuah pulak. Hehehe...Disini saye kongsikan senarai pasar-pasar malam yang ada di sekitar Langkawi.

Isnin - Jalan Makam Mahsuri Lama (di Ulu Melaka)

Selasa - Kedawang

Rabu - Pekan Kuah

Khamis - Bohor Tempoyak (di Pantai Chenang )

Jumaat - Padang Lalang (berhampiran Tanjung Rhu)

Sabtu – Pekan Kuah

Ahad - Padang Matsirat (1km dari Airport)

Kerabu mangga....sedapppp....


Makan Tengahari pada hari kedua saye dan family ialah Jom Ikan Bakar yang terletak di Padang Mat Sirat. Boleh dikatakan harga sangat berpatutan dan berbaloi. Patutlah orang rekemen ye tak. Makanan tak sempat nak snap ye kakak-kakak, abang-abang, adik-adik...maafkan saye, sebab nampak lauk terus tak hinggat nak makan je. Tempat-tempat makan yang lain saye tak pegilah sebab pegi sane 3 hari 2 malam je.


Kalau nak ikotkan banyak lagi tempat-tempat makan yang menarik tapi siap duit jelah ye. Next saye akan kongsikan tempat2 yang harus anda lawati ok. Sekian.
Daaaa.....

Monday, 9 December 2013

Kerja Seorang Suri Rumah

Malasnye nak gi keje pagi2 ni....tapi disebabkan hari Rabu Public Holiday kat Selangor ni, jadinye saye terpakse motivate diri sendiri....hehehehe....terok bebenor perangai kan..Okey...Entry hari ni yang saya nak kongsikan adalah SURI RUMAH SATU PROFESION.

Walaupun tugas Suri Rumah kadang kala dipandang rendah oleh sesetengah golongan atau masyarakat tetapi adakah kite sedar yang Suri Rumah juga merupakan satu Profesion? Kebanyakan orang tidak menyedarinya dan disini saya kongsikan serba sedikit dialog antara seorang kaunselor dengan seorang suami yang sedikit kecewa dengan isterinya kerana kurang melayannya dan beliau berasa si isteri tidak menghargai penat lelah dia bekerja sedangkan isterinya tidak bekerja dan merasakan si isteri tadi hanya berehat sahaja di rumah serta tidak merasakan tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.

Kaunselor: Apakah pekerjaan Encik?

Suami: Akautan.

Kaunselor: Isteri kamu?

Suami: Tidak bekerja, dia hanya suri rumah.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Suami: isteri saya yang sediakan sebab tak bekerja.

Kaunselor: Pukul berapa isteri kamu bangun untuk menyiapkan sarapan pagi?

Suami: Pukul 5 pagi sebab saya akan pergi kerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor: Siapa yang menyiapkan anak ke sekolah dan bagaimana anak encik ke sekolah?

Suami: Isteri saya yang menyiapkan anak dan menghantar anak ke sekolah sebab dia tak   
bekerja.

Kauselor: Selepas hantar anak isteri encik buat ape?

Suami: Pergi ke pasar kemudian balik memasak dan kemas rumah.

Kaunselor: Selepas encik bekerja encik balik ke rumah, apa yang encik buat?

Suami: Saya berehat kerana seharian saya bekerja.

Kaunselor: Apa isteri encik buat?

Suami: Sediakan makan, melayan anak, mengemas, melipat baju dan dia ada mengambil upah menjahit . Dia menjahit sehingga lewat malam sebab dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita diatas, anda rasa siapa yang melakukan lebih kerja? Rutin seharian si isteri dari subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan berkerja, ye kan?

Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukan mengharapkan balasan, tetapi tidak salah sekiranya seorang suami dapat memberikan ganjaran.


PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Saturday, 7 December 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour



Wednesday, 4 December 2013

Luahan Tak Puas Hati

Hujan oh hujan kenape engkau turun
macam mane aku tak turun, katak panggil aku..katak panggil aku...

Hehehe...saje je...maklumlah sekarang ni kan musim ujan...kalu lah kat umah, boleh golek-golek atas katil tido kan. Eh...bukan nak cite pasal ujan tau..ni intro je. Jangan marah k...hehehe..

Sebenarnye nak meluahkan rase tak puas hati pade Ahad lepas. Pagi-pagi dah gi PJ, alah pegi memborong sket kt Pureen Warehouse Sales, pastu gi DKSH Warehouse sale pulak, siap jumpe member skolah lagi kt situ. Dah abis sesi memborong, teringat pulak nak beli barang dapor sket kt Tesco. Disebabkan kat area umah baru je bukak Tesco (Puncak Alam), so kitaorang pon terjah le.

ak aiii....ramai gile orang ok..jam dah pukul 2 lebih, perot dah lapar so gi food court, emmmm takde tempat kosong, last masok kt Pak Hailam Kopitiam, saye order laksa, nasi ayam, nasi goreng belacan dan roti bakar. Lepas 5 minti air pon sampai dengan roti bakar, tunggu lagi 10 minit, baik nasi ayam, nasi goreng belacan dengan laksa saye tak jugak sampai-sampai. Hubby panggil supervisor dia, dia cakap yang dorang akan wat within 5 minit. Ok saye tunggu lagi. Selang 5 minit tu nasi ayam dengan nasi goreng belacan pon sampai, tapi laksa tetap jugak tak dihantar. Nak sedapkan hati cakap dengan hubby mungkin dorang tengah wat gaknye. Hubby pon makan jelah nasi goreng belacan tu, tapi hubby complain masin. Saye rase sket...aah lah masin.

Kat belakang meje kitaorang ni datanglah sekumpulan pelanggan dalam 6 orang, sambil perhatikan dorang order makanan sambil jeling-jeling sket kat kaunter dapor tu, mane tau laksa dah ready tapi takde pekerje nak hantar. Tunggu lagi 10 minit sampai anak dengan hubby pon dah abis makan (nasi goreng belacan tak abislah sebab masin) tapi laksa saye tak juge sampai-sampai. Pastu ade seorang pekerja ni angkat hidangan dalam mangkuk, hati saye pon cakap...sampai gak makanan aku...tapi hampa, rupe-rupenye untuk meja belakang saye. Hai ni dah melampau...saye pon bangun cakap dengan supervisor tu, saye tanye mane makanan saye? dia cakap nanti kami buat..saye naik hangin (tapi tak tinggi suara lah)...saye cakap orang kat belakang saye yang baru duduk tak sampai 5 minit boleh dapat makanan tapi laksa saye dah setengah jam tak buat-buat lagi.

Hati dah sakit, saye teros je cancel laksa tu..bayar bill yang sedia ade je pastu masok pulak nak beli barang dapor.Tengok beras taj mahal dah abis, tengok susu anak pon dah abis, tanye pekerja yang ade kat situ...dik susu ni takde top up lagi ke? Dia jawab..takdelah kak dah abis...emmm gi pulak bahagian basah, tengok sotong kembang pon dah abis...geram pulak, dah lah mood dah spoil tadi, ni lagi lah bertambah-tambah takde mood dan bertamabh-tambah bengang lah saye dibuatnye dengan barang nak dibeli pulak takde. Last-last hubby cakap, takpelah kite pegi Tesco Setia Alam. Barulah dapat ape yang dibeli.

Agak-agak korang ade tak berlaku camni? Kongi sket.