Nak bagitau kat semua....Pureen telah mengadakan cleareance sales pada 30/11/2013 dan 1/12/2013. Saye jamin tak mengecewakan, sebelom-sebelom ni ade gak pegi dan borong baju-baju baby, shampoo baby..memang murahlah. Okey...sila lihat poster di bawah ni. Pegi pagi-pagi tau, jgn risau dorang punye kaunter untuk membayar banyak, walaupon beratur panjang tapi cepat.
Wednesday, 27 November 2013
Monday, 25 November 2013
Gejala Dan Punca Cirit-Birit
Baru-baru ni satu famili kena cirit-birit. Mungkin sebab beli kuih kat tepi jalan. Yang terok kena ialah anak sulong saye...sampai muntah-muntah..kesian dia..tapi nasib baik dia cepat recover...cume lepas satu ke dua hari tu perot agak memulas-mulas sket. Untuk korang kat luar sane tu saye syerkan sket gejala-gejala dan punca-puncanya.
v Peningkatan kekerapan membuang air besar.
Punca- punca Cirit- Birit
v Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
v Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
pisang yang dimasak.
v Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
dihadam.
Genjala- genjala
v Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan
abdomen.
v Terdapat angin atau kentut yang melampau.abdomen.
v Kehilangan selera makan.
v Adakalanya demam.v Adakalanya terasa mual dan muntah.
v Sakit otot. Punca- punca Cirit- Birit
v Meminum air yang tercemar.
v Memakan makanan yang tercemar.
v intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
v Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan amebaApa Yang Boleh Dilakukan
Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
v Minum banyak air.
v Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.v Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
v Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
pisang yang dimasak.
v Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
dihadam.
v Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, sila dapatkan nasihat doktor.
v Ambil ubat untuk cirit-birit selepas berjumpa dengan doktor.
v Ambil ubat untuk cirit-birit selepas berjumpa dengan doktor.
Monday, 18 November 2013
Apa Ada Pada Angka 26?
Salam pada semua...saya amat tertarik pada satu nombor iaitu 26. Kenape nombor 26? Pada saye ianya satu fakta nombor yang menarik untuk kite fikirkan bersama-sama..ayuh!!
Adakah anda sedari??
1. Tsunami di Aceh berlaku pada 26 Disember 2004.
2. Gempa di Jogjakarta berlaku pada tarikh 26 Mei 2006.
4. Gunung berapi meletus di Yogyakarta pada 26 Oktober 2010.
5. Jambatan Tenggarong di Samarinda, Indonesia runtuh pada tarikh 26 September 2013.
6. Bulan lalu pada tarikh 26 Oktober 2013, Taufan Haiyyan melanda Filipina.
Mengapa selalu berlaku pada tarikh 26?.....Adakah satu kebetulan?
Friday, 15 November 2013
Kelebihan Surah Al Falaq
Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah ke-113 dalam Al-Qur’an. Ia mengandungi 5 ayat dan tergolong surah Makkiyah yang diturunkan selepas Surah Al-Fiil. Nama Al-Falaq diambil dari kata ‘Falaq’ yang terdapat pada hujung ayat pertama surah ini yang bermaksud ‘seluruh makhluk’ atau sebahagian ahli tafsir berpendapat ‘waktu subuh’.
Maksud Ayat-Ayat Surah Al-Falaq
Keistimewaan Surah Al-Falaq
1. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).” (HR Muslim r.a.)
.
2. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”
.
3. Disebut pada riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”

Wednesday, 13 November 2013
Cerita Kartun Dulu-Dulu
Salam sejahtera semua...saye dah cadang nak update entry baru tapi disebabkan terlalu sibok saye tangguhkan...
Ok..hari ni rase mood sangat baik dan ade mase terluang, hah...tak tunggu-tunggu lagi lah...bukak PC dan update...hehehehe...Entry ape ye...hmmmmm...kite kongsikan cite-cite kartun ataupon rancangan TV kanak-kanak mase kite kecik-kecik dulu okey...
Ape cite kartun atau rancangan TV kanak-kanak yang korang tonton mase kecik-kecik dulu? Saye pulak akan kongsikan ape yang saye tonton, antaranye ialah:
Mak aiii....kalau nak nak ikot kan banyak lagi cite-cite kartun yang saye bubuh lagi...tapi takpe..korang pulak bagitau cite ape lagi yang korang tonton pulak.
Ok..hari ni rase mood sangat baik dan ade mase terluang, hah...tak tunggu-tunggu lagi lah...bukak PC dan update...hehehehe...Entry ape ye...hmmmmm...kite kongsikan cite-cite kartun ataupon rancangan TV kanak-kanak mase kite kecik-kecik dulu okey...
Suria Perkasa Hitam |
Doremon (skrg pon ade lagi...tapi yang berpuloh tahun si nobita ni tak besar2 kan?) |
Thundercats |
Ultraman (skrg pon ade lg cume skrg ni dh macam2 versi ultraman, dulu tulah satu) |
Dragon Ball |
Transformer (dulu asalnya cite kartun je) |
Keluang Man (cite kartun yg lucu..dgn satu inspektor polis tu nama dia inspektor Sahab) |
Mak aiii....kalau nak nak ikot kan banyak lagi cite-cite kartun yang saye bubuh lagi...tapi takpe..korang pulak bagitau cite ape lagi yang korang tonton pulak.
Monday, 11 November 2013
Komik Dan Majalah
Kalau dulu mase kecik-kecik korang suke baca komik ape? Saye mase kecik-kecik dari sekolah rendah sampai menengah memang suke baca majalah Gila-Gila dengan Ujang. Yang tukang beli of courselah abang saye, saye tumpang bace je..hehehe. kalau komik pulak, komik yang saye baca mestilah doremon...yang bersiri-siri tu...tu pon pinjam dengan kawan-kawan yang memang peminat tegar dan mengumpul siri-siri doremon tu.
Lagi satu yang saye suke baca adalah majalah mastika, sebab mastika ni banyak cite yang berunsurkan mistik. Sekarang ni dah tak lagi membaca majalah-majalah ni. Almaklum lah....TV dah banyak cite kan...nengok jelah TV..nak baca novel macam dulu-dulu mase bujang pon tak sempat....Korang pulak macam mane? Mungkin ade majalah yang saye terlupe tentangnya. Lain kali kite kongsi cite kartun dan rancangan kanak-kanak yang saye minat dulu-dulu pulak ye...
Cheese Oh Cheese
Kasi tajuk cheese konon...hehehehe...saje nak cakap omputih. Keju kalau makan dengan roti sedap, wat macaroni and cheese...fuhhh lagi sedap...Tapi tahukah korang asal usul keju ni? Mari kite mulekan pembacaan kite...wah macam cikgu pulak...hehehe...
Asal Usul Keju
Perkara Menarik Mengenai Keju
Asal Usul Keju
- Sejarah menunjukkan pembuatannya sudah dihasilkan sejak zaman prasejarah. Namun, tiada bukti pasti di mana pembuatan keju pertama kali dilakukan sama ada di Eropah, Asia Tengah, mahupun Asia Barat. Bagaimanapun, kajian dibuat mendapati amalan pembuatan keju sudah tersebar ke Eropah sebelum zaman kuno Romawi.
- Sementara, perkiraan awal menunjukkan bahawa pembuatan keju bermula antara 8000 hingga 3000 Sebelum Masihi manakala pembuat keju pertama dikatakan, adalah masyarakat di Asia Barat atau suku nomad di Asia Tengah. Bukti arkeologi pertama mengenai pembuatan keju pula ditemukan pada mural di makam Mesir Kuno yang dibuat pada 2000 sebelum masihi.
- Biar mana sekalipun asal usul dan bila pembuatannya bermula, makanan padat yang dibuat daripada susu haiwan itu antaranya lembu, kambing dan unta ternyata dikenali di seluruh dunia. Malah, kini terdapat ribuan jenis keju di dunia yang menawarkan pelbagai khasiat tersendiri.
Perkara Menarik Mengenai Keju
- Terdapat pelbagai jenis keju. Setiap satu menampilkan kelainan sama ada dari segi gaya, rasa dan teksturnya. Keadaan ini bergantung dari mana sumber susu yang digunakan untuk membuat keju berkenaan diperoleh. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh diet yang diambil oleh haiwan terbabit.
- Walaupun ada beratus-ratu jenis keju yang dihasilkan di seluruh dunia, secara umum cara pembuatannya adalah sama yang mana
- Jenis keju boleh dibezakan berdasarkan cara pembuatannya. Umumnya, ada dua kelompok besar keju iaitu keju segar dan keju padat.
- Terdapat beberapa kajian yang diutarakan oleh pakar pemakanan bahawa keju yang berbeza menyediakan fungsi atau manfaat pada tubuh yang juga berbeza.
- Keju popular sebagai antara makanan berkhasiat kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien berguna. Ia juga adalah sumber penting yang membekalkan karbohidrat, kalsium, fosforus, zink, riboflavin, protein dan lemak. Selain itu, ia turut menyediakan vitamin serta mineral seperti vitamin A dan vitamin B12.
- Walaupun keju berkhasiat, bagi mereka yang alah dengan laktosa, selain penderita sakit ginjal, jantung dan hati, pakar pemakanan menganjurkan pengambilan keju perlulah dihadkan kerana keju juga mengandungi garam dan lemak yang agak tinggi.
macam cite kartun Tom & Jerry kan.....hehehe |
Thursday, 7 November 2013
Pulau Misteri
Sebuah pulau yang terletak di Selatan Mexico City, orang Sepanyol menyebutnya “La Isla de la Munecas”. Dikatakan bahawa pulau aneh ini sangat berhantu dan ada penunggunya. Kewujudannya amat menyeramkan kerana pulau ini dipenuhi oleh patung-patung yang bergantung di pokok-pokok. Patung-patung itu seperti dalam filem “Chaky Dolls”, seperti itulah menyeramkan pulau ini.
Mengikut mitos kononnya di pulau itu ada seorang lelaki yang bernama Don Julain Santana yang telah menghabiskan selama 50 tahun hidupnya sendirian di pulau itu. Khabarnya Don Julian Santana mengakui sering dihantui oleh hantu anak gadis kecil yang hilang kerana tenggelam di dasar laut sekitar pulau itu dan dihantui anak gadis kecil yang meminta anak patung dari Don.
Sejak dari itu Don Julian Santana menggantung anak patung di hampir setiap pohon di sekitar rumahnya untuk menenangkan roh anak kecil itu. Kemudian pada tahun 2001, Don Julian ditemui mati oleh anak saudaranya dimana anak gadis kecil itu tenggelam. Kini pulau itu menjadi kawasan paling aneh di dunia. Sejumlah pengunjung mengakui mereka boleh mendengar bisikan-bisikan aneh ketika menjejak kan kaki ke pulau tersebut. Bisikan halus seperti desiran angin itu seolah-olah mengatakan bahawa anda harus membawa hadiah bila datang ke pulau tersebut. Hadiah itu bertujuan menenangkan roh.
Fuhh...itu mesti banyak sangat setan-setan dan jin-jin yang berumah kat situ. Maklumlah mereka tu memang sering nak menguji dan menyesatkan manusa, tak gitu?
Pak Guard Jadi Pelakon
Wahhh... dengar cite pak guard yang pernah bergaduh dengan isteri pemain bola sepak tu ditawarkan berlakon dalam drama yang turut dibintangi Izara Aishah. Pak guard yang dimaksudkan ialah Azman Mohd Nayan, pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang tulah. Berlakon drama lagi...kelassss...popular gitu...
Drama ape saye pon tak tau tapi sama-sama kite nantikan ye..mane tau pakcik Azman ni ade bakat terpendam, bolehlah pengarah-pengarah lain amik pakcik Azman ni berlakon pulak dalam drama-drama mereka...tak gitu?...

Wednesday, 6 November 2013
Pekerja Asing Dicekup
Nampaknya kes yang melibatkan pengawal-pengawal keselamatan seperti membunuh dan merompak memberi impak yang besar kepada negara.
Sekarang ni boleh dikatakan JPN dengan kerjasama imigresen telah turun padang ke syarikat-syarikat, sekolah-sekolah yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan untuk melakukan pemeriksaan mengejut. Sama ada mereka ini betul-betul masuk ke negara ini dengan sah menggunkan pas kerja sebagai keselamatan atau sebaliknya. Jika sebaliknya, mereka akan ditahan serta-merta. Berlaku jugak kat tempat kerja saya ni. Seramai lebih kurang 15 ke 20 orang dari JPN dan imigresen telah melakukan pemeriksaan mengejut. Sudahnya semua kena angkut.
Siapa yang harus bertanggungjawab? Pihak syarikat yang mengambil pekerja pengawal keselamatan hanya tahu nak mengaut keuntungan saja, betul tak? Saya sarankan pihak kerajaan menggunakan biometrik (cap jari) untuk menghalang mereka yang dihantar balik ke negara mereka supaya tidak dapat lagi masuk ke negara ini kecuali menggunakan permit yang sah untuk bekerja. Ini tak, mereka ada yang masuk sebagai pelawat tapi boleh pulak berkerja. Ada yang permit untuk kerja kilang tapi dibagi pulak kerja sebagai pengawal keselamatan. Kalau dah terlalu ramai orang asing kita pun rasa tak selamat di negara kita sendiri. Macam dekat jalan TAR cukuplah, ramai yang menjaga kedai ialah orang asing. Macam mana mereka boleh open sangat tanpa rasa takut dicekup.
Itu belum lagi pekerja asing yang bekerja di kilang-kilang. Tak mungkin mereka yang sebegitu ramai mempunyai permit yang sah untuk bekerja. Jadi pihak berkuasa jangan hanya tertumpu kepada pengawal keselamatan sahaja.
Bila difikir-fikir balik, apalah salahnya kalau dinaikan gaji permulaan kepada orang dari negara kita sendiri. Kalau gaji permulaan itu menepati kos hidup sekarang, tak kan orang-orang kita sendiri tak nak bekerja pulak kan?
Ini alasannya orang Malaysia demand, yelah kat negara sendiri mestilah nak kan gaji yang setimpal dengan kos sara hidup apatah lagi kepada mereka yang sudah berumahtangga.
Jadi renung-renungkanlah.............

Penyakit Keturunan
Salam semua...moga-moga hari-hari anda ceria selalu. Okey saye nak cite sket pasal Penyakit Keturunan. Penyakit keturunan ni dikaitkan dengan penyakit genetik yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anak dan diantara penyakit keturunan yang optimis yang diturunkan kepada anak ialah:
Alergi
Obesity atau kegemukan terjadi ketika ada penimbunan lemak pada tubuh seseorang secara lebihan. Orang yang menderita obesity biasanya sukar untuk mengawal nafsu makan.
Buta Warna
Buta warna dapat diertikan sebagai keabnormalan yang terjadi pada panca indera penglihatan seseorang kerana sel-sel mata yang rosak sehinggan tidak mampu menangkap suatu spektrum warna tertentu.
Asma
Asma merupakan salah satu penyakit keturunan yang menyrang pernafasan dan membuatnya menyempit. Penyempitan salur pernafasan ini hanya bersifat sementara dan terjadi akibat adanya radang di saluran pernafasan. Radang ini kemudian menyebabkan saluran nafas bereaksi secara berlebihan terhadap sesuatu rangsangan sperti debu, bulu binatang, asap, udara dingin dan sebagainya.
Albino
Albino diambil dalam bahasa latin, albus yang bermaksud putih. Pensakit yang mengidap albino mempunyai kulit yang putih namun putih yang tidak wajar. Albino merupakan penyakit yang terjadi kerana hilangnya pigmen atau melanin pada rambut, mata dan kulit.
Kanser Payudara
Inilah penyakit yang ditakuti oleh perempuan manakala ada juga dikalangan lelaki yang menghidap penyakit kanser payudara. Gejala yang biasa dialami oleh pesakit umumnya kulit pada payudara atau puting berwarna kemerahan, bersisik atau menebal.
Selain itu keluar cecair dari puting. Yang paling ketara adalah adanya benjolan atau bengkak si sekitar payudara. Jika anda ada genjala sedemikian, sila cepat berjumpa doktor.
Tekanan Darah Tinggi
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi merupakan penyakit dengan kondisi meningkatnya tekanan darah di atas paras normal. Penyakit ini sering tidak disedari oleh penghidap kerana tidak menimbulkan sebarang genjala apa pun.
Selalunya ujian darah dapat menentukan sama ada seseorang itu menghidap tekanan darah tinggi. Penghidap tekanan darah tinggi joka tidak mendapatkan rawatan segera boleh terkena stroke atau penyakit jantung.
Kolestrol Tinggi
Dalam sebuah keluarga kadang-kadang ada anggota keluarga yang memiliki kolestrol tinggi yang turut dikaitan dengan penyakit keturunan. Keadaan ini mengabikatkan perubahan gen ketika lemak tidak mengalami metabolisme yang baik dalam darah.
Diabetes
Penyakit ini memiliki risiko yang tinggi diturunkan jika dalam satu keluarga terdapat anggota keluarga yang menghidap diabetes. Jika salah satu ibu atau bapa adalah penghidap diabetes, maka risiko penyakit tersebut diturunkan adalah sebanyak 15%.
Namun jika kedua ibu bapa adalah penghidap diabetes, risiko turunnya kepada anak adalah sebanyak 70%. Selain itu faktor kegemukan, kurang bersenam dan pola pemakanan juga akan meningkatkan diabetes.
Thalassemia
Sejenis penyakit darah yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anak. Penyakit ini merupakan penyakit keturunan dimana penyakit ini tidak mampu menghasilkan hemoglobin yang normal dan mencukupi untuk membolehkan sel darah merah berfungsi secara normal dalam tubuh. Hemoglobin adalah sejenis protein yang bergabung dengan zat besi (heme).
Hemoglobin membolehkan gas oksigen yang disedut meresap kepada sel darah merah dan diangkut bersama untuk menghantar gas-gas oksigen ke tisu-tisu lain dalam badan. Bagi seseotang yang normal, jangka hayat sel darah merah adalah kira-kira tiga bulan. Tetapi bagi mereka yang mempunyai thalassemia, jangka hayat darah merah mereka lebih pendek disebabkan hemoglobin yang tidak normal.
Ini adalah diantara penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan penyakit keturunan yang selalu kita dengari dan dalam pada itu kita juga boleh mengurangkan genjala penyakit-penyakit ini dengan mengamalkan hidup sihat, seperti bersenam dan menjaga pola pemakanan kita.
Monday, 4 November 2013
Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun
Kita akan menyambut 1 Muharam iaitu tahun baru bagi seluruh umat islam. Mari sama-sama kita amalkan membaca doa ini.
Dan pasti lagu tema Maal Hijah ini akan berkumandang di stesen-stesen TV dan radio.
Lagu Tema Maal Hijrah
lirik 1 Muharram :
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Salasilah Dan Keturunan
Setiap orang pasti ada aalasilah keturunan atau generasi masing-masing kan. Maksudnya macam Salasilah keturunan atau generasi Tok Janggut, Mahsuri, Lebai Salleh dan bermacam-macam lagi. Dan korang pule dari keturunan atau generasi ape? Jom kite kongsi, seronok gak kalau bace salasilah atau keturunan orang lain pulak.
Saye nak kongsikan tentang keturunan dari belah abah. Mak tak yah cite sebab mak saye cina of course datang naik tongkang...hehehe..Saye dan adik beradik lain ada nama WAN dipangkal nama masing-masing sebab ikot abah dan kami memang berasal dari Johor. Hah..ade gak tang tak percaye sebab dorang ingatkan kitaorang ni dari belah Kelantan ke Terengganu ke. Inilah yang saye cite dan kongsikan.
Okey, dari kecik memang abah selalu cite pasal nenek moyang dia terutama yang meneroka Pontian, Johor suatu ketika dulu. Tapi kami ni adik beradik macam tak amik port sangatlah dan cume tau ohh memang kite ni dari Johorlah. Pada tahun 2011, abah dan adik bongsu saye dapat jemputan ke perjumpaan Persatuan Waris Temenggong Muar Johor.

Kad Keahlian Persatuan Zuriat Waris Temenggong Muar Johor. |
Dari situ abah cube mengesahkan keturunan dari belah abah dan didapati abah adalah generasi keempat kalau tak silap saye dari keturunan Temenggong Muar Johor dan dari susur jalur Engku Ibrahim (Wan Hitam). Jadi untuk meneruskan generasi dan salasilah keturunan itu..kami semua telah berdaftar dengan Persatuan Waris Temenggong Muar(PEWARIS) Johor Darul Ta'zim. Siapa Temenggong Muar Johor ini?
Kalau nak cerita tentang salasilah ni memang panjang dan dipendekan cite Raja Temenggung Muar ialah pemerintah wilayah Muar yang berada di bawah kekuasaan Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Raja Temenggung Muar telah diberikan autonomi oleh Sultan Johor dalam menjalankan roda pemerintahan Muar.

Muar adalah anugerah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Shah kepada Dato' Pasir Diraja atau nama sebenarnya Sayyid Jaafar sebagai hadiah maskahwin kerana Sultan Ibrahim mengahwini adinda Dato' Pasir Diraja Sayyid Jaafar yang bergelar Marhum Bakal yang kelak melahirkan Sultan Mahmud Shah II atau Marhum Mangkat Dijulang. Keturunan beliau terus memerintah Muar sehingga zaman pemerintahan Maharaja (Sultan) Abu Bakar.
Muar telah diserahkan oleh waris-waris Sultan Ali Iskandar, Yang Dipertuan Kesang kepada Temenggung Johor yang disokong oleh British pada 1877. Pada tahun 1879, waris-waris Raja Temenggung Muar bersetuju untuk menyerahkan kuasa pemerintahan di Muar kepada Maharaja Abu Bakar (kemudian Sultan) dengan syarat mereka diberi pencen selama-lamanya. Keturunan Temenggung Muar masih menerima pencen sehingga hari ini.

Segmen #Listing Your URL blog
Subscribe to:
Posts (Atom)