Walaupun tugas Suri Rumah kadang kala dipandang rendah oleh sesetengah golongan atau masyarakat tetapi adakah kite sedar yang Suri Rumah juga merupakan satu Profesion? Kebanyakan orang tidak menyedarinya dan disini saya kongsikan serba sedikit dialog antara seorang kaunselor dengan seorang suami yang sedikit kecewa dengan isterinya kerana kurang melayannya dan beliau berasa si isteri tidak menghargai penat lelah dia bekerja sedangkan isterinya tidak bekerja dan merasakan si isteri tadi hanya berehat sahaja di rumah serta tidak merasakan tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.
Suami: Akautan.
Kaunselor: Isteri kamu?
Suami: Tidak bekerja, dia hanya suri rumah.
Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Suami: isteri saya yang sediakan sebab tak bekerja.
Kaunselor: Pukul berapa isteri kamu bangun untuk menyiapkan sarapan pagi?
Suami: Pukul 5 pagi sebab saya akan pergi kerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor: Siapa yang menyiapkan anak ke sekolah dan bagaimana anak encik ke sekolah?
Suami: Isteri saya yang menyiapkan anak dan menghantar anak ke sekolah sebab dia tak
bekerja.
Kauselor: Selepas hantar anak isteri encik buat ape?
Kaunselor: Selepas encik bekerja encik balik ke rumah, apa yang encik buat?
Suami: Sediakan makan, melayan anak, mengemas, melipat baju dan dia ada mengambil upah menjahit . Dia menjahit sehingga lewat malam sebab dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita diatas, anda rasa siapa yang melakukan lebih kerja? Rutin seharian si isteri dari subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan berkerja, ye kan?
Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukan mengharapkan balasan, tetapi tidak salah sekiranya seorang suami dapat memberikan ganjaran.
suri rumah lagi penat kottt.... smpai malam buat keje
ReplyDeletebtol tu. kekadang memang suami tak memahami kepenatan isteri...
ReplyDeleteSinggah sini nak share link penulisan budu ..sambungan yg hr tu Kerna Seorang Lelaki
kerja yang tak pernah stop. setiap ari kena OT.. hihi
ReplyDeleteErmm.. jadi surirumah memang betul2 penat... respek la sapa yg jadi surirumah nie..
ReplyDeleteIdah rasa hujung minggu tu jer pun dah tak larat... ini kan hari2.. huhu...
betul tu sis, itu lah pengorbanan seorang isteri..:)
ReplyDeleteSinggah untuk tinggalkan link sambungan penulisan Budu Kerna Seorang Lelaki
ReplyDeleteTerbaik!
ReplyDelete