Pekan Kuah
Pekan kuah ni adalah sebuah pekan kecil tetapi kini dah maju ok, tapi tak sesibuk cam kat bandar-bandar besar lain. Kat Pekan Kuah nilah korang boleh menjulingkan biji mata dengan berbagai-bagai perkakas dapor dan sebagainya dengan harga yang murah. Mestilah murah sebab bebas cukai kan. Tempat yang harus pegi untuk julingkan mata korang adalah Idaman Suri dan Haji Ismail Group, tak ketinggalan Langkawi Saga. Kata orang perkataan "KUAH" ni berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan diantara 2 ekor gergasi sehingga menyebabkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ni. Jadi sempena peristiwa tersebut maka pekan itu diberi nama "KUAH".
Dataran Helang
Terletak berhampiran Jeti Kuah, Dataran Helang adalah mercu tanda dan tarikan di Pulau Langkawi. Tak sah rasenye kalau tak amik gambar Helang ni kan. Dengar cerita Langkawi mendapat nama dari Helang. Dalam bahassa melayu lama, "kawi" bermaksud perang kemerahan. Oleh itu Langkawi bermaksud "Helang Perang Kemerahan".
Makam Mahsuri
Makam Mahsuri ni terletak tidak jauh dari bandar Kuah. Sejarah Mahsuri rasenye semua tau kan. Tentang seorang wanita yang bernama Mahsuri dituduh berkelakuan sumbang dan dihukum bunuh. Menurut lagenda, darah yang keluar dari tubuh Mahsuri berwarna putih dan beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan. Tetapi pada masa sekarang, Langkawi telah membangun dengan pesat sekali.
Bayaran yang dikenakan untuk memasuki Makam Mahsuri adalah RM 7.00 bagi dewasa dan RM 3.50 bagi kanak-kanak.
Tempat terletaknya cable car ke Gunung Mat Chinchang. Harga tiket RM 30.00 bagi dewasa dan RM 20.00 bagi kanak-kanak, tetapi warganegara dapat setengah harga ok, bagi je mykad korang tu mase purchase tiket. Saye tak naik pon, dua kali datang dua-dua kali tak dapat naik sebab orang terlalu ramai. Last-last dok jalan2 jelah kt situ. Pastu tu budak kecik 3 orang ni naik belakang rimau...hahaha
Tempat cable car |
kalu rimau tu boleh cakap dah lama dah rimau tu sound...sakitlah belakang aku...hehehe |
Telaga Tujuh
Dinamakan Telaga Tujuh hasil dari air terjun yang terbentuk daripada pecahan tujuh telaga semulajadi. Ini pon tak pegi, saye lalu je sebab mak dan abah cakap tak laratlah nak panjat sampai atas..nnti tercabut kepala lutut...hahaha...Kalau korang rase larat nak panjat sampai atas, ok lah.
Beras Terbakar
Beras terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar ekoran dari peristiwa selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya yang mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan tentera Siam.
beras terbakar yg berwarna hitam |
tapak di telah dipagar |
Underwater WorldUnderwater worl menempatkan ikan-ikan besar dan juga peguin yang comel...ala-ala..tengok pengui tu geram je...dengan terkedek-kedek dia berjalan. Harga tiket masok seperti berikut:
Harga Tiket
Warganegara dengan Mykad
Dewasa — RM28
Kanak-kanak — RM18
Pelancong Asing
Dewasa — RM38
Kanak-kanak — RM28
Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 10:00 pg – 6 ptg
Cuti Awam : 9:30 pg – 6:30 ptg
Warganegara dengan Mykad
Dewasa — RM28
Kanak-kanak — RM18
Pelancong Asing
Dewasa — RM38
Kanak-kanak — RM28
Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 10:00 pg – 6 ptg
Cuti Awam : 9:30 pg – 6:30 ptg
Banyak lagi tempat-tempat yang menarik tetapi mase tak mengizinkan. Next kalau datang lagi saye nak ke pulau-pulau pulak. Ohh tak lupe jugak beli minyak gamat...hehehe..terdapat banyak tempat yang menjual minyak gamat ni tapi disebabkan ternampak banner Rojam saye pon singgah lah...kalau kite beli RM 20.00 keatas kite dapat beli minyak gamat pada harga RM 5.00 per 12 botol...huhuhu...berbaloi...ape lagi segala minyak hangin saye beli pastu dapat RM 5.00 per 12 botol minyak gamat. Kat sebelah tu ade sebuah periuk yang menunjukan minyak gamat sedang dimasak...orang jakin ape lagi jenguklah..hehehe
minyak gamat yang sedang dimasak |
Ok...pada sesiape yang ke Langkawi tu, pastikan korang pergi ke tempat-tempat yang korang ingin lawati ye dan sediakan kipas tangan atau topi sebab kalau panas memang tersangatlah terik...Enjoyyyyy!!!
Hari tu pegi Langkawi idah tak pegi pun cable car... sebab dah pernah pegi...
ReplyDeleteDataran Lang pun tak pegi.. :D
kita pernah pergi pekan kuah & Underwater World je..yang lain tu belum pernah walau dah banyak kali pergi langkawi!!
ReplyDeletealaa jeles nya..nak pergi jgak.. bila tengok keta banyak je nak pergi langkawi.. rasa teringin ja.. emm :)
ReplyDeleteSalam ziarah. Seronoknya bercuti. Saya belum pernah jejak kaki ke Langkawi. :)
ReplyDeleteSeronoknye bercuti kat langkawi banyak tempat menarik untuk di explore :) selamat bercuti!
ReplyDeletelain kali nak gi pulau pulak...hehehe
ReplyDelete