Salam semua...moga-moga hari-hari anda ceria selalu. Okey saye nak cite sket pasal Penyakit Keturunan. Penyakit keturunan ni dikaitkan dengan penyakit genetik yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anak dan diantara penyakit keturunan yang optimis yang diturunkan kepada anak ialah:
Alergi
Obesity atau kegemukan terjadi ketika ada penimbunan lemak pada tubuh seseorang secara lebihan. Orang yang menderita obesity biasanya sukar untuk mengawal nafsu makan.
Buta Warna
Buta warna dapat diertikan sebagai keabnormalan yang terjadi pada panca indera penglihatan seseorang kerana sel-sel mata yang rosak sehinggan tidak mampu menangkap suatu spektrum warna tertentu.
Asma
Asma merupakan salah satu penyakit keturunan yang menyrang pernafasan dan membuatnya menyempit. Penyempitan salur pernafasan ini hanya bersifat sementara dan terjadi akibat adanya radang di saluran pernafasan. Radang ini kemudian menyebabkan saluran nafas bereaksi secara berlebihan terhadap sesuatu rangsangan sperti debu, bulu binatang, asap, udara dingin dan sebagainya.
Albino
Albino diambil dalam bahasa latin, albus yang bermaksud putih. Pensakit yang mengidap albino mempunyai kulit yang putih namun putih yang tidak wajar. Albino merupakan penyakit yang terjadi kerana hilangnya pigmen atau melanin pada rambut, mata dan kulit.
Kanser Payudara
Inilah penyakit yang ditakuti oleh perempuan manakala ada juga dikalangan lelaki yang menghidap penyakit kanser payudara. Gejala yang biasa dialami oleh pesakit umumnya kulit pada payudara atau puting berwarna kemerahan, bersisik atau menebal.
Selain itu keluar cecair dari puting. Yang paling ketara adalah adanya benjolan atau bengkak si sekitar payudara. Jika anda ada genjala sedemikian, sila cepat berjumpa doktor.
Tekanan Darah Tinggi
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi merupakan penyakit dengan kondisi meningkatnya tekanan darah di atas paras normal. Penyakit ini sering tidak disedari oleh penghidap kerana tidak menimbulkan sebarang genjala apa pun.
Selalunya ujian darah dapat menentukan sama ada seseorang itu menghidap tekanan darah tinggi. Penghidap tekanan darah tinggi joka tidak mendapatkan rawatan segera boleh terkena stroke atau penyakit jantung.
Kolestrol Tinggi
Dalam sebuah keluarga kadang-kadang ada anggota keluarga yang memiliki kolestrol tinggi yang turut dikaitan dengan penyakit keturunan. Keadaan ini mengabikatkan perubahan gen ketika lemak tidak mengalami metabolisme yang baik dalam darah.
Diabetes
Penyakit ini memiliki risiko yang tinggi diturunkan jika dalam satu keluarga terdapat anggota keluarga yang menghidap diabetes. Jika salah satu ibu atau bapa adalah penghidap diabetes, maka risiko penyakit tersebut diturunkan adalah sebanyak 15%.
Namun jika kedua ibu bapa adalah penghidap diabetes, risiko turunnya kepada anak adalah sebanyak 70%. Selain itu faktor kegemukan, kurang bersenam dan pola pemakanan juga akan meningkatkan diabetes.
Thalassemia
Sejenis penyakit darah yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anak. Penyakit ini merupakan penyakit keturunan dimana penyakit ini tidak mampu menghasilkan hemoglobin yang normal dan mencukupi untuk membolehkan sel darah merah berfungsi secara normal dalam tubuh. Hemoglobin adalah sejenis protein yang bergabung dengan zat besi (heme).
Hemoglobin membolehkan gas oksigen yang disedut meresap kepada sel darah merah dan diangkut bersama untuk menghantar gas-gas oksigen ke tisu-tisu lain dalam badan. Bagi seseotang yang normal, jangka hayat sel darah merah adalah kira-kira tiga bulan. Tetapi bagi mereka yang mempunyai thalassemia, jangka hayat darah merah mereka lebih pendek disebabkan hemoglobin yang tidak normal.
Ini adalah diantara penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan penyakit keturunan yang selalu kita dengari dan dalam pada itu kita juga boleh mengurangkan genjala penyakit-penyakit ini dengan mengamalkan hidup sihat, seperti bersenam dan menjaga pola pemakanan kita.
Konsep biologi tentang penmyakit keturunan. Hehe. Dah lupa sikit-sikit.
ReplyDeleteterima kasih berkongsi....
ReplyDeleteAlhamdulillah so far tak ada lagi yang serius rasanya..
ReplyDeleteTerima kasih atas info yang penting dan berharga...
ReplyDelete