Wednesday, 6 November 2013

Pekerja Asing Dicekup

Nampaknya kes yang melibatkan pengawal-pengawal keselamatan seperti membunuh dan merompak memberi impak yang besar kepada negara.

Sekarang ni boleh dikatakan JPN dengan kerjasama imigresen telah turun padang ke syarikat-syarikat, sekolah-sekolah yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan untuk melakukan pemeriksaan mengejut. Sama ada mereka ini betul-betul masuk ke negara ini dengan sah menggunkan pas kerja sebagai keselamatan atau sebaliknya. Jika sebaliknya, mereka akan ditahan serta-merta. Berlaku jugak kat tempat kerja saya ni. Seramai lebih kurang 15 ke 20 orang dari JPN dan imigresen telah melakukan pemeriksaan mengejut. Sudahnya semua kena angkut.

Siapa yang harus bertanggungjawab? Pihak syarikat yang mengambil pekerja pengawal keselamatan hanya tahu nak mengaut keuntungan saja, betul tak? Saya sarankan pihak kerajaan menggunakan biometrik (cap jari) untuk menghalang mereka yang dihantar balik ke negara mereka supaya tidak dapat lagi masuk ke negara ini kecuali menggunakan permit yang sah untuk bekerja. Ini tak, mereka ada yang masuk sebagai pelawat tapi boleh pulak berkerja. Ada yang permit untuk kerja kilang tapi dibagi pulak kerja sebagai pengawal keselamatan. Kalau dah terlalu ramai orang asing kita pun rasa tak selamat di negara kita sendiri. Macam dekat jalan TAR cukuplah, ramai yang menjaga kedai ialah orang asing. Macam mana mereka boleh open sangat tanpa rasa takut dicekup.

Itu belum lagi pekerja asing yang bekerja di kilang-kilang. Tak mungkin mereka yang sebegitu ramai mempunyai permit yang sah untuk bekerja. Jadi pihak berkuasa jangan hanya tertumpu kepada pengawal keselamatan sahaja.
Bila difikir-fikir balik, apalah salahnya kalau dinaikan gaji permulaan kepada orang dari negara kita sendiri. Kalau gaji permulaan itu menepati kos hidup sekarang, tak kan orang-orang kita sendiri tak nak bekerja pulak kan?
Ini alasannya orang Malaysia demand, yelah kat negara sendiri mestilah nak kan gaji yang setimpal dengan kos sara hidup apatah lagi kepada mereka yang sudah berumahtangga.


Jadi renung-renungkanlah.............

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju, risau tengok sekarang ni. Ada dengar kawan cakap yang sebenarnya hanya orang tempatan sahaja dibenarkan jadi pengawal keselamatan tapi tak tahu betul ke tak kenyataan ni.

    ReplyDelete
  3. betul tu.. takut juga bila dah bnyak pekerja asing ni..haishh

    ReplyDelete
  4. Dia orang kena serius kan wan..tak mau separuh jalan coz isu masih hangat..nanti bila sejuk semua lupa...hmmmm

    ReplyDelete