Meh kite rengang-rengangkan muke dan ilangkan stress dengan gelak ketawa ye....
Lawak 1: GAJAH
Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.
Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.
Lelaki: Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.
Lawak 2: MENANTUMamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, “Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?” lantas Si Mamat Jawab “eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi…
Lawak 3:KENTUT
Seorang apek telah berjumpa dengan doktor.
Apek : Doktor aaa..Wa ada masalah la, bila wa kentut tadak bau dan tadak bunyi. Wa sulah kentut lebih 20 kali hari ni dan 3 kali dalam ini bilik.
Doktor: Ok saya bagi awak makan ubat ni, cuba habiskan dan jumpa lagi jika masih ada problem
Seminggu kemudian apek tadi datang lagi ke klinik dengan marah-marah
Apek : Haiya doktor lu bagi ubat arr? Masih belum baik lagi ooo.. tapi sikalang sudah ada bau tapi itu bunyi masih wa tak dengar lorr..
Doktor : Ok apek, tu hari saya bagi ubat hidung, lepas ni saya bagi ubat telinga pulak…
…sebenarnya apek tersebut ada masalah hidung dan telinga sebab tu takde bau dan tak dengar kentutnya.
hahahah..kelakar
ReplyDeleteerk!
ReplyDeletehahaha lawak no 3 tu. adoi apek kesian betul :D
ReplyDelete