Tuesday 1 October 2013

Tips Untuk Pelajar

Di JOHARA Pagi Era ade menjemput Dr. Fazley untuk membincangkan topik yang agak menarik iaitu persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Ialah esok PMR dah nak mule. Mesti para2 pelajar dan ibu bapa tak nak ketinggalan untuk mendapatkan pandangan dan jugak tips kan.

Disini saye nak kongsikan beberapa tips yang Dr. Fazley bagi. Perkara pertama ialah makanan. Tips untuk makanan ni katanye lagi elok kalau makan makanan manis contohnye sepotong brownies atau coklat Mois kek, sebab ianye boleh memberikan tenaga. Jangan korang bedal gule pasir pulak satu ke dua sudu, itu bukan bagi tenage tapi bagi penyakit.

Bagi pelajar-pelajar yang susah hendak tido malam, tipnye adalah minum segelas susu atau susu soya suam dan terus tido. Lebih elok jika pelajar-pelajar memakan kacang badam yang telah dipanggang terlebih dahulu dalam microwave pada suhu 130 darjah celcius dalam masa 10 minit sehari sebelum peperiksaan. Kerana didapati kacang badam fungsinye seperti lebih tenang dan maklumat pembelajaran jugak akan keluar dari otak dengan mudah. Bukan keluarkan otak korang tau...hehehe...

Elakkan makan makanan yang berkarbohidrat contohnye roti, nasi lemak, roti canai dan sebagainye kerana boleh mengakibatkan mengantuk sebab karbohidrat lambat cerna di dalam perut dan boleh mengakibatkan otak lebih lembab. Telur setengah masak dikatakan amat sempurna kalau diamik pada waktu pagi dan kalau nak tau peanut butter jugak amat bagus jika dimakan menjelang hari peperiksaan. Cuma amik 2 sudu peanut butter dan makan. Kalau nak makan dengan roti pon boleh tapi dengan roti wholemeal lah ye.

Apa-apa pon doa kedua ibu bapa adalah sangat penting. Jangan lupe mendoakan kejayaan anak-anak dan bagilah kate-kate semangat dan perangsang sebelum mereka menghadapi peperiksaan. Jangan korang awal-awal lagi dah tunjuk rotan, no no no, jangan sesekali buat macam tu ok. Anak- anak akan rase lebih tertekan untuk menjawab soalan peperiksaan.

Semoga tips ini dapat memberikan manfaat kepade kite dan mari same-same kite mencube.



No comments:

Post a Comment