Panas dgn kharbar angin yang melanda beberapa hari lepas sehingga semalam di laman-laman Facebook dan sebagainya bahawa minyak RON95 akan naik harga lagi.
Apalagi semalam malam berpusu-pusu kete-kete ke stesen minyak, macam pesta kete pulak rasenye. Encik suami pun tak melepaskan peluang sertai sama dalam pesta isi minyak tu. Tapi terdetik gaklah kat hati ni, betul ke minyak naik harga lagi esok? Bukan baru je ke naik 20 sen. Teruklah ekonomi keluarge camni. Kalu minyak naik lagi, harga barang yang tak jadi nak naik hari tu mesti naik mendadak. Kena naik basikal lah gi keje macam ni.
Bile tengok hari ni harga minyak masih lagi sama. Tak naik pun. Buat penat je beratur panjang malam td nak isi minyak. Kelakar pulak rasa.
Bukan maksud saye tidak menyokong tindakan kerajaan untuk menurunkan subsidi yang ditanggung kerajaan dan menambah keuntungan negara. Tapi sebagai rakyat, bukan semuanya kita harus bersetuju dalam semua perkara yang melibatkan kos hidup rakyat yang akan meningkat. Terutama untuk mereka yang berpendapatan rendah. Sedangkan gaji pun setahun baru beberapa ringgit je yang naik. Bukannye beribu-ribu ringgit.
Negara kita ni sendiri adalah pengeluar minyak. Kenapa nak dinaikan? Dan janganlah dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara lain yang bukan pengeluar minyak, memang sudah tentu harga minyak mereka lebih tinggi dari kita.
Menteri-menteri pun janganlah dok mengiyakan saja. Cuba cadangankan elaun menteri-menteri dipotong ke atau ape-ape saje yang boleh membantu meringankan beban rakyat. Ialah menteri-menteri pon dapat jadi menteri sebab rakyat jugak. Kalau tak menang PRU lepas mana boleh jadi menteri macam sekarang ni kan.
Seperti slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" .
No comments:
Post a Comment